omniture

Jemputan ke AESIEAP CEO Conference 2022

China Electricity Council
2022-10-21 09:12 232

HAIKOU, China, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu acara dalam industri kuasa yang paling berprestij di wilayah Asia timur dan Pasifik barat, AESIEAP CEO Conference 2022 akan diadakan pada 9 November 2022 di Bandar Haikou, Wilayah Hainan, China.

Bertemakan "Tenaga Karbon Rendah Memperkasa Masa Depan Hijau" ("Low Carbon Energy Powering A Green Future"), AESIEAP CEO Conference 2022 bertujuan untuk menghimpunkan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan, organisasi-organisasi dan perusahaan-perusahaan yang terkemuka dalam industri kuasa dari Asia-Pasifik dan serata dunia untuk bertukar-tukar serta berkongsi pengalaman mereka, dapatan kajian serta aplikasi tentang semua aspek dalam industri kuasa dan tenaga. Dihoskan oleh China pada tahun ini, Persidangan tersebut juga ingin mempercepatkan kerjasama yang mendalam dalam industri kuasa negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan".

Program Persidangan (Dikemas kini pada Oktober 2022)

Selasa, 8 November, 2022

09:00-18:00

Pendaftaran Persidangan

18:00-20:00

Sambutan Alu-aluan

Rabu, 9 November, 2022

08:30-09:00

Perhimpunan dan Perangkaian VIP

09:00-12:00

Perasmian dan Sidang Pleno

09:00-09:15

Majlis Perasmian

09:15-09:50

Sidang Pleno

I.  Ucapan Alu-aluan

II.  Ucapan Tahniah

9:50-10:05

III.  Ucaptama

Topik: Global New Energy Development and Trend

10:05-10:20

Waktu Rehat dan Sesi Perangkaian

10:20-10:50

IV.  Ucaptama

Topik: Energy Transition and Sustainable Development of Asia and the Pacific

Topik: Roadmap of Energy Transition in China

10:50-12:00

V.  Foto Berkumpulan VIP & Lawatan Pameran

12:00-14:00

Makan Tengah Hari dan Sesi Perangkaian

14:00-17:30

Sidang Pleno AESIEAP CEO Conference 2022

14:00-15:45

VI.  Ucaptama

Topik: Power Sector Transition and Sustainable Development, Practices on Wind, Solar, Energy Storage and Hydrogen

15:45-16:00

Waktu Rehat dan Sesi Perangkaian

16:00-17:30

VII. Perbincangan Panel: Dalam Konteks Peralihan Hijau dan Karbon Rendah serta Saling Hubung Infrastruktur Kuasa, Bagaimana untuk Memastikan Bekalan Kuasa yang Selamat, Andal dan Mampan,

16:00-17:30

Jawatankuasa Eksekutif AESIEAP dan Mesyuarat Majlis ke-47 (Atas Jemputan Sahaja)

Khamis, 10 November 2022

09:00-20:00

Lawatan Teknikal

Sila ambil maklum: 1.  Perkhidmatan terjemahan serentak Bahasa Cina - Bahasa Inggeris disediakan untuk semua sesi Persidangan. 2. Program persidangan dikemas kini dalam bulan Oktober 2022 dan tertakluk kepada perubahan mengikut pelarasan yang perlu di kemudian hari. Pihak penganjur berhak untuk melaraskan program persidangan pada bila-bila masa.

Struktur Organisasi AESIEAP CEO Conference 2022

Hos:

Association of the Electricity Supply Industry of East Asia and Western Pacific
China Electricity Council

Hos Bersama:

State Grid Corporation of China
China Southern Power Grid Co., Ltd.
China Huaneng Group Co., Ltd.
China Datang Corporation Ltd.
China Huadian Corporation Ltd.
China Energy Investment Corporation
State Power Investment Corporation Limited
China Three Gorges Corporation
China National Nuclear Corporation
China General Nuclear Power Corporation
Power Construction Corporation of China
China Energy Engineering Group Co. Ltd.
Guangdong Yudean Group Co. Ltd.
Zhejiang Provincial Energy Group Company Ltd.
North China Electric Power University
Global Energy Interconnection Development and Cooperation Organization
GCL (Group) Holding Co., Ltd.
Innermogolia Power (Group) Co. Ltd.

Penyokong:

Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan

Penganjur (Pengurus Acara):

CCPIT Electric Power Industry Office

Pendaftaran Persidangan

AESIEAP CEO Conference 2022 boleh disertai secara percuma. Untuk butiran lanjut dan untuk mendaftar bagi menghadiri Acara berkenaan, sila kunjungi laman sesawang rasminya: www.aesieap.com atau emel kepada registration@aesieap.com. Sistem pendaftaran AESIEAP CEO Conference 2022 akan dibuka mulai 14 Oktober dan sila daftar secara dalam talian di laman sesawang rasmi Acara sebelum 21 Oktober 2022.

Jawatankuasa Penganjur Acara-acara AESIEAP 2022-2023 tidak sabar-sabar untuk bertemu anda di lapangan di AESIEAP CEO Conference 2022!

Latar Belakang AESIEAP
Ditubuhkan pada tahun 1975, Association of the Electricity Supply Industry of East Asia and Western Pacific (AESIEAP) merupakan organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang paling berpengaruh dalam industri kuasa di wilayah Asia Timur dan Pasifik Barat. Ketika ini, ahli-ahli AESIEAP terdiri daripada lebih 70 organisasi dari 22 negara dan wilayah. Misi AESIEAP adalah untuk membina sebuah platform komunikasi antarabangsa untuk industri kuasa di Asia Pasifik seperti persidangan canggih, seminar dan bengkel untuk mempercepatkan kerjasama antara ahli-ahli bagi mencari penyelesaian dan mencapai kata sepakat berhubung masalah yang dihadapi oleh industri kuasa di wilayah ini.

Selepas bertahun-tahun menjalani pembangunan, acara-acara AESIEAP telah menjadi acara terbesar dan paling berpengaruh dalam industri kuasa di Asia Pasifik. Antaranya, dua acara yang paling penting ialah AESIEAP CEO Conference dan CEPSI, yang akan diadakan secara bergilir-gilir setiap tahun. Di Majlis Penutup CEPSI ke-23 yang diadakan secara dalam talian pada November 2021, Xin Baoan, Presiden CEC dan Pengerusi Eksekutif SGCC, mengambil alih secara rasmi sebagai Presiden AESIEAP 2022-2023. Dalam masa yang sama, CEC, berserta utiliti-utiliti kuasa utama yang lain di China, akan menganjurkan acara-acara AESIEAP 2022-2023.

Source: China Electricity Council
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events