omniture

'JURANG PENGGUNAAN' INTERNET MUDAH ALIH HAMPIR LAPAN KALI GANDA SAIZ 'JURANG LIPUTAN', MENURUT PENYELIDIKAN GSMA

GSMA
2022-10-21 15:23 156

Rangkaian jalur lebar mudah alih kini meliputi 95% daripada populasi dunia, namun 40% daripada populasi yang diliputi oleh rangkaian ini menghadapi halangan lain yang mencegah mereka daripada mengakses Internet

LONDON, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Memastikan orang ramai dapat menggunakan Internet mudah alih berbanding memberi tumpuan kepada liputan rangkaian semata-mata adalah penting untuk mendorong keterangkuman digital bagi 3.2 bilion orang di seluruh dunia, menurut statistik yang dikeluarkan oleh GSMA hari ini.

Laporan Status Kesalinghubungan Internet Mudah Alih tahunan yang dikeluarkan oleh organisasi ini menunjukkan bahawa 95% daripada populasi global kini tinggal di kawasan yang mempunyai kesalinghubungan jalur lebar mudah alih dan dengan pendayaan jejak liputan tersebut, 55% daripada populasi dunia kini dihubungkan kepada Internet mudah alih. Namun menyediakan liputan untuk kawasan yang berbaki sebanyak 5% lagi ("jurang liputan") masih merupakan satu cabaran yang penting.

Walau bagaimanapun, isu yang lebih besar ialah 3.2 bilion orang, iaitu bersamaan dengan 40% daripada penduduk dunia yang mendapat liputan rangkaian jalur lebar mudah alih namun menghadapi kekangan yang menghalang mereka daripada mengakses Internet ("jurang penggunaan"). Ini termasuk:

  • Kekurangan literasi dan kemahiran digital
  • Kemampuan (terutamanya kemampuan untuk memiliki telefon)
  • Akses kepada kandungan dan perkhidmatan yang berkaitan
  • Kebimbangan dan akses keselamatan dan perlindungan

Kesan cabaran ini membawa kepada akibat yang lebih besar, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana (LMIC) di mana mudah alih merupakan bentuk akses Internet yang utama – dan dalam kebanyakan kes - satu-satunya akses Internet yang ada.

94% daripada populasi yang "tidak terhubung" di dunia – yang lebih cenderung dialami oleh penduduk miskin, tinggal di kawasan luar bandar dan kaum wanita – yang berada di LMIC. Kekurangan akses Internet menghalang mereka daripada memainkan peranan yang aktif dalam dunia dalam talian yang semakin terhubung, menjadikan mereka kurang berupaya untuk mengatasi gangguan ekonomi dan sosial yang berterusan akibat pandemik COVID-19, perubahan iklim, kenaikan harga bekalan tenaga dan krisis sara hidup. Halangan ini juga mencegah mereka daripada mengakses maklumat dan perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, e-dagang, perkhidmatan kewangan dan peluang untuk menjana pendapatan.

Ketua Pengarah GSMA, Mats Granryd berkata: "Lebih 55% penduduk di seluruh dunia kini mendapat manfaat daripada kuasa transformasi kesalinghubungan Internet mudah alih. Pengendali mudah alih di seluruh dunia kini telah memperluas liputan mudah alih kepada 95% populasi global dan terus melabur setiap hari untuk meningkatkan jejak tersebut. Kita harus meraikan pencapaian ini, namun kita tidak boleh membiarkan senario ini mengaburi mata kita daripada melihat cabaran yang lebih besar.

"Sudah tiba masanya untuk meningkatkan usaha bagi mencapai 3.2 bilion orang yang masih belum menggunakan Internet mudah alih walaupun berada dalam kawasan yang diliputi oleh rangkaian jalur lebar mudah alih. Kami menyeru pihak kerajaan dan organisasi di seluruh dunia untuk bekerjasama dengan industri mudah alih dan menjadikan keterangkuman digital sebagai keutamaan yang sebenar. Menghapuskan halangan penggunaan Internet mudah alih akan dapat meningkatkan pemulihan ekonomi, mobiliti sosial dan kesaksamaan jantina serta mengubah kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia."

Trend penting 

Walaupun laporan tersebut menekankan kepentingan untuk meningkatkan tumpuan terhadap "jurang penggunaan" yang perlu ditangani, namun ia turut mendedahkan beberapa trend penting:

  • Penggunaan Internet mudah alih masih berkembang dan mendorong keterangkuman digital. Menjelang akhir tahun 2021, 4.3 bilion orang menggunakan Internet mudah alih atau bersamaan dengan 55% daripada populasi di seluruh dunia dengan kadar yang meningkat daripada 43% pada tahun 2017.
  • Hampir 300 juta orang mempunyai akses dalam talian pada tahun lalu. Kebanyakan daripada mereka yang mula menggunakan Internet mudah alih pada tahun 2021 berasal daripada LMIC di mana 94% daripada penduduk yang tidak terhubung ini tinggal. Hasilnya, separuh daripada penduduk di LMIC kini menggunakan Internet mudah alih buat buat julung-julung kalinya.
  • Di peringkat global, jurang liputan berkurangan secara ketara sepanjang 7 tahun yang lalu. Kadar peratusan mereka yang berada di luar jangkauan rangkaian jalur lebar mudah alih menurun daripada 19% pada tahun 2015 kepada 5% pada akhir tahun 2021. Walau bagaimanapun, ini masih belum memuaskan: 400 juta orang di seluruh dunia masih tidak tinggal di kawasan yang diliputi oleh rangkaian jalur lebar mudah alih dan kemajuan juga didapati perlahan sejak tahun 2018. 

Walaupun kemajuan penting telah dicapai dalam meningkatkan penerimaan dan penggunaan Internet, laporan yang dibiayai oleh Pejabat Luar Negara, Pembangunan dan Komanwel UK (FCDO) dan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Sweden (Sida) melalui Yayasan Mudah Alih untuk Pembangunan GSMA, menunjukkan bahawa pertumbuhan adalah tidak sekata dan terdapat jurang digital yang semakin luas antara negara dan dalam negara. Laporn ini merumuskan bahawa usaha kolektif yang kukuh diperlukan untuk menutup jurang digital ini. Ini memerlukan tindakan yang bermaklumat dan bersasaran oleh semua pihak berkepentingan, termasuk pengendali mudah alih, penggubal dasar, rakan kongsi antarabangsa dan seluruh sektor swasta untuk menangani keperluan golongan yang tidak terhubung serta halangan yang mereka hadapi untuk mengakses dan menggunakan Internet.

Menangani jurang penggunaan Internet mudah alih akan dijadikan fokus pada acara MWC Afrika tahun ini di Kigali, Rwanda yang akan bermula pada minggu depan. Untuk maklumat lanjut tentang MWC Africa termasuk cara untuk menghadirinya, sila layari: https://www.mwc-africa.com/.

Laporan Status Kesalinghubungan Internet Mudah Alih GSMA 2022 boleh didapati di: https://www.gsma.com/r/somic/.

Tentang GSMA 

GSMA ialah sebuah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk meneroka, membangunkan dan menghasilkan inovasi asas yang mengubah suasana perniagaan dan masyarakat yang positif. Visi kami adalah untuk memanfaatkan kuasa saling hubungan sepenuhnya supaya orang ramai, industri dan masyarakat dapat berkembang maju. Mewakili para pengendali dan organisasi mudah alih di seluruh ekosistem mudah alih dan industri berkaitan, GSMA menyampaikan tiga tonggak yang luas kepada ahlinya: Saling Hubungan untuk Kebaikan, Perkhidmatan dan Penyelesaian Industri serta Jangkauan. Aktiviti ini merangkumi usaha memajukan dasar, menangani cabaran terbesar masyarakat pada hari ini, menyokong teknologi dan saling kendalian yang menjayakan mudah alih dan menyediakan platform terbesar di dunia untuk menyatukan ekosistem mudah alih pada siri acara MWC dan M360.

Anda dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut di gsma.com.

Tentang Connected Society GSMA 

Program Connected Society bekerjasama dengan industri mudah alih, syarikat teknologi, komuniti pembangunan dan kerajaan untuk meningkatkan akses kepada penggunaan Internet mudah alih dengan fokus terhadap kumpulan penduduk yang kurang diberi perhatian dalam pasaran membangun.

Laporan ini merupakan hasil projek Yayasan Mudah Alih untuk Pembangunan GSMA yang dibiayai oleh Pejabat Luar Negara, Komanwel dan Pembangunan UK (FCDO) dan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa Sweden (Sida). Pandangan yang dinyatakan tidak semestinya mewakili mana-mana organisasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsma.com/mobilefordevelopment/connected-society/.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1882833/GSMA_Logo.jpg?p=medium600

Source: GSMA
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research Trade show news