omniture

CGTN: Demokrasi rakyat seluruh proses jamin rakyat sebagai pentadbir

CGTN
2022-10-21 21:25 1527

BEIJING, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Selepas lebih tujuh dekad melalui penerokaan dan percubaan yang sukar, China membentuk dan menerima pakai himpunan lengkap sistem politik demokrasi sosialis secara beransur-ansur yang sesuai dan berkesan untuknya.

Di sesi pembukaan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) pada hari Ahad, Xi Jinping menyatakan bahawa demokrasi rakyat seluruh proses merupakan ciri penentu demokrasi sosial dan ia juga merupakan demokrasi dalam bentuknya yang paling luas, paling tulen dan paling berkesan.

Xi berkata China akan menggalakkan penyertaan rakyat yang teratur dalam urusan politik dan menjamin keupayaan mereka untuk terlibat dalam pilihan raya demokratik, perundingan, pembuatan keputusan, pengurusan dan pengawasan selaras dengan undang-undang.

"Kami akan memperbaiki sistem institusi yang melaluinya rakyat mentadbir negara," kata Xi.

Kuasa kepada rakyat

Demokrasi rakyat seluruh proses merupakan ciri penting demokrasi sosialis yang membezakannya daripada sistem demokrasi kapitalis, menurut Wang Chen, naib pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC).

Tidak seperti politik pilihan raya berbilang parti di negara-negara Barat, yang mana parti-parti biasanya menabur janji kepada pengundi dan membuat tuduhan kepada pihak pembangkang untuk menang dalam pilihan raya, demokrasi sosialis China melalui semua proses, termasuk pilihan raya, pembuatan keputusan, pengurusan dan pengawasan.

NPC, yang merupakan badan perundangan tertinggi China, memainkan peranan penting dalam pelaksanaan demokrasi rakyat seluruh proses.

Sebagai organ tertinggi dalam kuasa Negara, NPC ke-13 ketika ini terdiri daripada lebih 2,900 timbalan yang dipilih secara demokratik daripada pelbagai profesion dan latar belakang, bermula daripada peguam dan profesor universiti hinggalah petani dan pekerja kilang.

Semasa penggal lima tahun mereka, timbalan-timbalan ini telah mengundi beberapa keputusan dan dasar dengan implikasi yang meluas. Mereka memilih presiden Republik Rakyat China, menerima pakai Kanun Sivil yang pertama seumpamanya di negara ini dan meluluskan Rancangan Lima-Tahun ke-14, satu pelan tindakan yang merangka perjalanan pembangunan negara ini sepanjang tahun 2021-2025.

Pada penghujung tahun 2020, seramai 2.62 juta orang berkhidmat sebagai timbalan kepada kongres rakyat pada semua peringkat di seluruh negara, menurut statistik rasmi. Antaranya, mereka yang berada di peringkat daerah dan perbandaran menyumbang kira-kira 95 peratus. Tanpa mengira jantina, umur, etnik dan profesion mereka, setiap timbalan membuang undi yang sama pentingnya.

Sementara itu, sebagai badan penasihat, Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina (CPPCC) berperanan sebagai platform untuk parti-parti mencapai kerjasama berbilang parti dan memastikan tadbir urus yang baik demi bangsa Cina dan bukannya menjadi arena untuk parti-parti memperoleh faedah untuk kepentingan mereka sendiri.

Dengan perpaduan kepimpinan Parti, CPC memanfaatkan sepenuhnya peranan penting demokrasi perundingan sosialis melalui pendekatan diselaraskan, yang bukan sahaja menjamin operasi cekap jawatankuasa Parti, kongres rakyat, jabatan kerajaan, laluan mahkamah rakyat dan badan pentadbiran yang lain, tetapi turut menjamin penyertaan yang luas daripada parti-parti yang berbeza.

Diiktiraf oleh dunia

"Pemahaman saya tentang 'demokrasi rakyat seluruh proses' ini ialah ia merupakan proses demokrasi parti dalaman yang melaluinya anda mengenal pasti, berasaskan kepada meritokrasi, siapakah individu yang paling layak untuk tugas tersebut dan siapakah orang berkhidmat yang [terbaik] untuk kebaikan bersama," kata Helga Zepp-LaRouche, pengasas dan presiden Schiller Institute, dalam satu temubual bersama CGTN.

Profesor undang-undang Brazil Evandro Menezes de Carvalho berpendapat bahawa demokrasi China tertumpu kepada dua persoalan utama: Apa yang dimahukan oleh rakyat? Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan?

Beliau berkata berbanding dengan banyak negara Barat, demokrasi China membolehkan lebih ramai orang mengambil bahagian dan semakin mendekati keperluan dan kepentingan rakyat yang sebenar.

Demokrasi rakyat seluruh proses "ialah model tadbir urus yang unik," kata Mustafa Hyder Sayed, pengarah eksekutif Pakistan-China Institute. "Apabila anda berbicara tentang China, kami melihat demokrasi rakyat seluruh proses telahpun dilaksanakan."

Wilson Lee Flores, seorang penganalisis ekonomi-politik dan pengerusi kehormat Anvil Business Club di Manila, Filipina, menerangkan sistem tadbir urus progresif China sebagai "demokrasi rakyat dengan ciri-ciri China" kerana ia merupakan satu sistem yang bertujuan untuk menyokong dasar-dasar ekonomi dan politik dengan menjadikan rakyat sebagai tumpuan.

Flores berkata sistem tersebut "berunding secara langsung dan benar-benar menonjolkan keperluan, suara dan aspirasi rakyat," dan ia merupakan "Konfusianisme dengan nilai-nilai moral."

https://news.cgtn.com/news/2022-10-19/Whole-process-people-s-democracy-guarantees-people-as-the-master--1eg6y5qPBLy/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service