DUBAI, UAE, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- MultiBank Group, sebuah institusi derivatif kewangan terbesar di seluruh dunia, telah menyatukan kedudukannya sebagai broker paling dikawal selia di dunia, mengumumkan bahawa anak-anak syarikatnya telah dianugerahkan lesen yang sangat diidamkan yang dikeluarkan oleh dua daripada pengawal selia yang paling dihormati di seluruh dunia, termasuk Pihak Berkuasa Sekuriti dan Komoditi UAE ("SCA") dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura ("MAS").
Sejak penubuhannya pada tahun 2005, MultiBank Group mempunyai rekod yang tiada tandingan dengan lebih 11 pengawal selia kewangan dan lebih 25 buah cawangan di seluruh dunia. Kumpulan ini menyediakan para pelanggannya dengan tahap keselamatan dana tertinggi yang menjamin pemprosesan pengeluaran 24 jam, menawarkan insurans kerugian berlebihan yang unik yang ditaja jamin oleh Lloyds of London melalui anak syarikatnya MEX Atlantic.
MultiBank Group terdiri daripada beberapa institusi kewangan yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan termasuk,ASIC dari Australia, AUSTRAC dari Australia, BaFin dari Jerman, FMA dari Austria, SCA dari Emiriyah Arab Bersatu, MAS dari Singapura dan CIMA dari Kepulauan Cayman.
Encik Naser Taher, Pengasas & Pengerusi menyatakan, "Ia amat menggembirakan hari ini di mana kami akan mengumumkan pelancaran entiti berlesen yang baru yang dikawal selia oleh SCA dan MAS. Kami merupakan broker paling banyak dikawal selia di dunia yang didaftarkan dengan lebih 11 pengawal selia di seluruh dunia dan akan meneruskan komitmen jangka panjang kami untuk memajukan standard kawal selia demi manfaat para pedagang di seluruh dunia. Kami amat berbangga kerana MultiBank Group mempunyai rekod yang sempurna dengan pengawal selia globalnya. Dalam era yang menyaksikan bank bertaraf 'AAA' menghadapi cabaran kawal selia yang konsisten, status kawal selia yang begitu sempurna sememangnya unik dalam industri ini. Hasil daripada rekod prestasi kami yang luas, lebih 1,000,000 pelanggan kami yang dihargai telah mengamanahkan kami selama tiga dekad yang lalu sebagai penyedia produk kewangan dan teknologi kewangan mereka yang selamat dan dipercayai."
Dengan pasukan veteran industri yang sangat berkelayakan dan berpengalaman, MultiBank Group terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam peraturan, teknologi kewangan, perkhidmatan pembrokeran dan produk kewangan, sambil mengalami pertumbuhan tahun ke tahun yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh metrik termasuk jumlah dagangan, pelanggan dan keputusan kewangan yang memecahkan rekod.
Tentang MultiBank Group
MultiBank Group telah ditubuhkan di California, AS, pada tahun 2005. Ia mempunyai jumlah dagangan harian melebihi USD12.1 bilion dan memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang luas dengan lebih 1,000,000 pelanggan di 100 buah negara. MultiBank Group telah berkembang menjadi salah sebuah penyedia derivatif kewangan dalam talian yang terbesar di seluruh dunia, menawarkan platform dagangan yang memenangi anugerah kepada pelanggannya yang dihargai dengan leveraj sehingga 500:1 ke atas produk termasuk Tukaran Wang Asing, Logam, Saham, Komoditi, Indeks dan Aset Digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari MultiBankFX.com.
Video: https://www.youtube.com/watch?v=F19XNxIQzdc
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1925803/MultiBank_Group.jpg?p=medium600