omniture

CGTN: Pembangunan berkualiti tinggi keutamaan pemodenan Cina

CGTN
2022-10-24 07:48 102

BEIJING, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China akan mengutamakan usaha meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi untuk membangunkan pemodenan Cina yang mana ekonominya dijangka mencapai dorongan pertumbuhan baharu yang kukuh daripada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), menurut kongres CPC.


Beberapa outlet media Barat telah membuat tuduhan palsu terhadap ekonomi Cina, bermula dengan membuat laporan tentang modal asing yang meninggalkan China, mendakwa pertumbuhan ekonomi negara ini merosot dengan mendadak, hinggalah menyalahkannya kerana mengganggu rantaian bekalan global.

Realitinya ialah ekonomi Cina telah mengalami transformasi daripada pertumbuhan kuantiti menjadi pertumbuhan kualitatif. Ia menyaksikan peningkatan kekuatan ekonomi yang bersejarah dan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dunia. Ia akan menumpukan perhatian untuk membina ekonomi terbuka yang dimodenkan dan mempunyai standard lebih tinggi dalam lima tahun akan datang.

Daripada kuantiti kepada kualiti

China telah mempromosikan corak pembangunan yang baharu iaitu dwi peredaran terbuka yang melibatkan kedua-dua pasaran domestik serta pasaran asing dan ia melaksanakan strategi pembangunan berpandukan inovasi dan merangsang industri-industri strategik baru muncul.

Negara ini telah mencapai kejayaan baharu menerusi beberapa teknologi teras dalam bidang-bidang penting, termasuk penerbangan angkasa lepas berawak, penerokaan bulan dan Marikh, penjelajahan laut dalam dan bumi dalam, superkomputer, navigasi satelit, maklumat kuantum, teknologi kuasa nuklear, pembuatan pesawat dan bioperubatan.

China telah menyertai barisan penginovasi dunia. Sebagai contoh, ia mencipta keluli "koyak dengan tangan" yang pertama di dunia iaitu senipis 0.02mm, seterusnya memberi sumbangan yang cemerlang kepada penaiktarafan pembuatan yang canggih. Ia digunakan secara meluas dalam telefon mudah alih boleh lipat, paparan dan bateri fleksibel.

Ia juga membangunkan dua piawaian antarabangsa untuk reka bentuk infrastruktur kereta api berkelajuan tinggi dan bekalan kuasa yang diterbitkan oleh International Union of Railways. Kedua-dua piawaian tersebut menunjukkan sumbangan China dalam menggalakkan pengantarabangsaan piawaian kereta api berkelajuan tinggi.

Negara ini telah menghasilkan mesin korek terowong (TBM) yang terbesar di dunia yang boleh digunakan dalam membina projek-projek mega pengangkutan. TBM buatan China telah dieksport ke lebih 30 negara dan wilayah, dengan nilai kontrak yang baru ditandatangani meningkat 58 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam enam bulan pertama.

Pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu (NEV) China telah mengungguli jualan global selama tujuh tahun berturut-turut sejak tahun 2015. Jenama-jenama Cina menduduki enam tempat antara 10 model NEV teratas paling laris terjual global dalam tahun 2021. Antara 10 syarikat terunggul dari segi penghantaran bateri kuasa, enam daripadanya merupakan perusahaan Cina.

Negara ini juga mempunyai jaringan 5G yang terbesar di dunia dan pengguna 5G menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia. Pada tahun 2021, robot industri negara ini meningkat 44.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan kekuatan ekonomi yang bersejarah

Data ekonomi menunjukkan bahawa ekonomi Cina telah mencapai pertumbuhan positif dengan potensi yang besar dan kebingkasan terbukti sepanjang dekad yang lalu, yang masih lagi menarik untuk modal asing dan telah menjadi penstabil utama dalam rantaian bekalan global semasa pandemik COVID-19.

KDNK China meningkat daripada 54 trilion yuan ($7.5 trilion) pada tahun 2012 kepada 114 trilion yuan (kira-kira $15.8 trilion) pada tahun 2021 dengan bahagian global sebanyak 18.5 peratus, meningkat 7.2 mata peratusan. Negara ini kekal sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia. Sepanjang dekad yang lalu, sumbangan puratanya kepada pertumbuhan ekonomi global melebihi 30 peratus, menduduki tempat pertama di seluruh dunia.

Penggunaan telah menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ekonomi negara ini, menyumbang 65.4 peratus kepada pertumbuhan ekonominya pada tahun 2021, 10 mata peratusan lebih tinggi berbanding tahun 2012. Ia telah menjadi pasaran runcit dalam talian yang terbesar di dunia selama sembilan tahun berturut-turut, dengan populasi seramai lebih 1.4 bilion dan kumpulan berpendapatan sederhana mencecah kira-kira 400 juta.

Keluaran bernilai tambah pembuatan negara ini meningkat daripada 16.98 trilion yuan ($2.4 trilion) pada tahun 2012 kepada 31.4 trilion yuan ($4.4 trilion) pada tahun 2021, dengan bahagian globalnya meningkat daripada 22.5 peratus kepada hampir 30 peratus. Sektor pembuatannya telah menjadi yang terbesar di dunia selama 12 tahun berturut-turut dan dinaik taraf dengan proposisi pembuatan canggih meningkat daripada 9.4 peratus kepada 15.1 peratus.

Pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam China telah berkembang daripada $111.7 bilion pada tahun 2012 kepada $173.5 bilion pada tahun 2021. Pelabur-pelabur asing telah merebut peluang baharu daripada penaiktarafan perindustrian dan penggunaan China, dengan aliran masuk FDI ke dalam industri perkhidmatan dan industri berteknologi tinggi masing-masing meningkat 8.7 peratus dan 33.6 peratus dalam lapan bulan pertama pada tahun ini.

"China mempunyai kumpulan berpendapatan sederhana yang terbesar di dunia, sistem perindustrian yang komprehensif, rantaian perindustrian yang kukuh dan infrastruktur yang semakin moden, menawarkan ruang pasaran yang banyak untuk syarikat-syarikat," kata Zhao Chenxin, naib pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Negara semasa kongres CPC.

Dengan asas perindustrian yang kukuh dan beberapa dasar bagi menjamin bekalan, perdagangan asing China mengekalkan pertumbuhan yang agak tinggi, yang mengurangkan tekanan dengan berkesan ke atas rantaian bekalan global yang timbul daripada pandemik COVID-19 dan konflik Rusia-Ukraine. Perdagangan barangan asing negara ini meningkat 10.1 peratus dalam lapan bulan pertama tahun ini.

Tugas untuk lima tahun akan datang

Lima tahun akan datang bakal menjadi sangat penting untuk permulaan yang baik bagi pemacu pemodenan China dan kongres CPC ini telah menetapkan tugas-tugas utama: China akan melakar kejayaan dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi dan mencapai kemandirian yang lebih tinggi serta kekuatan dalam bidang sains dan teknologi, dengan inovasi menjadi teras pemacu ini.

Sistem perindustrian akan dimodenkan, dengan langkah-langkah untuk memajukan industrialisasi baharu dan meningkatkan kekuatan China dalam pembuatan, kualiti produk, aeroangkasa, pengangkutan, alam siber dan pembangunan digital, menurut kongres CPC. China juga akan mengorak langkah yang baharu dalam reformasi dan pembukaan serta menyediakan sistem baharu untuk ekonomi terbuka pada standard yang lebih tinggi.

CPC pada asasnya bertujuan untuk merealisasikan pemodenan sosialis dari tahun 2020 hingga 2035 dan membangunkan China untuk menjadi sebuah negara sosialis moden lagi hebat yang makmur, kuat, demokratik, maju dari segi budaya, harmoni dan indah mulai tahun 2035 hingga pertengahan abad ini.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-20/High-quality-development-is-priority-of-Chinese-modernization-1ei0CzJzpMA/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service