omniture

CGTN: Kongres Kebangsaan CPC ke-20: Bagaimana China bertindak balas kepada dunia yang berubah-ubah

CGTN
2022-10-24 07:51 144

BEIJING, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Tahun 2022 semakin menghampiri penghujungnya, namun dunia terus bergelut memerangi COVID-19, kemelesetan ekonomi dan konflik. Berlatarbelakangkan risiko dan ketidaktentuan yang semakin meningkat, cara China mengendalikan hubungannya dengan dunia menjadi tumpuan.

Di sesi pembukaan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) pada hari Ahad, Xi Jinping menyatakan bahawa dunia sekali lagi tiba di persimpangan dalam sejarah dan perjalanan masa depannya akan ditentukan oleh semua penduduk dunia.

"Rakyat Cina bersedia untuk berganding bahu dengan rakyat di seluruh dunia bagi mencipta masa depan yang lebih cerah untuk umat manusia," kata Xi.

China sentiasa komited terhadap matlamat dasar asingnya dalam mendukung keamanan dunia dan menggalakkan pembangunan bersama, tambah beliau.

'Lingkaran rakan-rakan' semakin berkembang

Pada dekad yang lalu, jumlah negara yang menjalin hubungan diplomatik bersama China meningkat kepada 181, kata Naib Menteri Luar Ma Zhaoxu dalam satu sidang akhbar di Beijing pada hari Khamis.

Sidang media tersebut dihoskan oleh Pusat Akhbar untuk Kongres Kebangsaan CPC ke-20 berhubung topik "Berpandukan Pemikiran Xi Jinping tentang Diplomasi, Mara ke Hadapan dan Berusaha Membuat Penemuan Baharu untuk Diplomasi Negara-Utama dengan Ciri-ciri Cina."

"Kami menjalin perkongsian dengan 113 negara dan organisasi serantau, menjalin tali persahabatan di seluruh dunia dan mewujudkan rangkaian perkongsian global," kata beliau. 

Menjaga dengan berkesan kepentingan kedaulatan nasional, keselamatan dan pembangunan negara merupakan satu lagi sorotan dalam diplomasi China.

China terlibat dalam perjuangan menentang kata-kata dan perbuatan yang memudaratkan kepentingan nasional dan maruah negara seperti berjuang dengan penuh tekad terhadap persoalan Taiwan dan isu yang berkaitan dengan Hong Kong dan Xinjiang, antara lain.

Tambahan pula, diplomasi ketua-negara telah memperdalam pemahaman komuniti antarabangsa terhadap China. Sejak 10 tahun yang lalu, Presiden Xi Jinping telah mengadakan 42 lawatan ke 69 negara di lima benua dan menerima lebih 100 ketua negara dan kerajaan di dalam negara, merangka pelan tindakan yang besar untuk perkongsian China dengan negara-negara lain.

Membina komuniti pembangunan global dengan masa depan dikongsi bersama

Ma menegaskan di sidang akhbar tersebut bahawa menjaga keamanan dunia, menggalakkan pembangunan bersama dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia merupakan matlamat keseluruhan bagi diplomasi China dalam era baharu.

Seperti yang dikatakan oleh Ma, China telah dan akan terus mengambil tindakan yang konkrit bagi melaksanakan matlamat tersebut.

Sebagai contoh, sejak tahun lalu, Xi telah mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global, memperkayakan lagi visi komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh negara ini menjadi satu inisiatif awam bertaraf antarabangsa dan platform untuk menjalin kerjasama ekonomi global berpandukan visi keseluruhan.

Menjelang penghujung Julai 2022, China menandatangani lebih 200 perjanjian kerjasama BRI bersama 149 negara dan 32 organisasi antarabangsa, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Negara.

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 global dan juga krisis Ukraine, China turut membuktikan komitmennya dalam mengamalkan matlamat keseluruhan diplomasi negara ini. Berdiri di hadapan kerjasama anti-pandemik antarabangsa, negara ini melaksanakan operasi kemanusiaan kecemasan global yang terbesar dan menggalakkan pembinaan komuniti kesihatan global untuk semua.

Sejak bermulanya krisis Ukraine awal tahun ini, China telah melaksanakan usaha yang tidak putus-putus untuk meredakan ketegangan dan berusaha dengan aktif untuk menggalakkan dialog antara Rusia dan Ukraine, menyuarakan sokongannya untuk mencapai keamanan dan melakukan yang terbaik untuk mengadakan perbincangan.

Ditekankan dalam laporan kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, diplomasi China dalam era baharu sudah pastinya menggamit perhatian dunia. China sentiasa komited terhadap matlamat dasar asingnya untuk mendukung keamanan dunia dan menggalakkan pembangunan bersama, kata Xi.

Jawapannya tegas dan jelas.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-20/20th-CPC-National-Congress-How-China-responds-to-a-changing-world-1ehnuddaaRy/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion