omniture

Jurang Antara Matlamat Keselamatan dan Realiti Proses Semakin Membesar, Menurut Laporan Keselamatan Sphera 2022

Sphera
2022-10-24 09:03 68

Data daripada Laporan Keselamatan terkini Sphera mendedahkan jurang yang berterusan antara hasrat dengan realiti pengurusan keselamatan proses, manakala ESG merupakan pertimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan profesional PSM dan ORM

CHICAGO, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Walaupun terdapat peningkatan usaha ESG korporat secara berterusan, malah keselamatan juga telah diterima sebagai sebahagian daripada budaya korporat oleh kebanyakan syarikat, masih terdapat kelemahan untuk menangani penambahbaikan prestasi keselamatan proses, menurut Laporan Keselamatan Sphera 2022 yang baharu.

Sphera, sebuah syarikat penyedia khidmat rundingan dan global terkemuka bagi perisian pengurusan risiko dan prestasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), telah meninjau 280 orang profesional keselamatan proses dan pengurusan risiko operasi dari seluruh dunia tentang situasi semasa pengurusan keselamatan proses (PSM) dan pengurusan risiko operasi (ORM). Keputusan menunjukkan bahawa 69% responden menyatakan terdapat jurang antara matlamat keselamatan proses syarikat mereka dengan keselamatan proses seperti yang mereka alami. Ini merupakan suatu peningkatan yang ketara daripada tinjauan pada tahun 2021, di mana 21% responden melaporkan terdapat jurang antara hasrat keselamatan dengan realiti sebenar yang berlaku. Penemuan tersebut yang mendapati hanya 67% penyelenggaraan keselamatan penting dicapai pada bulan-bulan biasa, menggambarkan bahawa terdapat jurang antara hasrat dan realiti sebenar. 

Cabaran yang berterusan, contohnya sumber dan belanjawan yang terhad, sekurang-kurangnya boleh menyumbang kepada jurang yang semakin meluas ini. Trend seperti Peletakan Jawatan Besar-besaran juga boleh menjadi faktor penyumbang, kerana keselamatan proses mungkin terjejas apabila pekerja meletak jawatan dan syarikat kehilangan kepakaran mereka.

Tiga cabaran teratas yang dikenal pasti oleh responden sebagai penghalang PSM yang berkesan ialah cabaran dari segi pengurusan (46%), latihan dan kecekapan (45%) dan penglibatan pekerja barisan hadapan yang tidak mencukupi untuk meningkatkan kesedaran (34%). Responden menunjukkan bahawa tiga pemacu prestasi keselamatan utama mengurangkan pendedahan risiko bahaya kemalangan utama (MAH) dan operasi (66%), kecemerlangan operasi (57%) dan pematuhan kawal selia (49%).

Sejak tujuh tahun yang lalu, Laporan Keselamatan tahunan Sphera telah mengkaji situasi semasa PSM dan ORM dalam konteks peristiwa global dan trend makroekonomi. Para responden datangnya daripada beberapa sektor industri global, seperti Pembuatan, Minyak dan Gas, Bahan Kimia/Petrokimia, Tenaga, Pembinaan dan Kejuruteraan.

Kadar penerimagunaan penyelesaian teknologi dikenal pasti sebagai ruang penambahbaikan utama dalam Laporan Keselamatan ini. Hampir kesemua responden (96%) menyatakan bahawa teknologi mendayakan PSM dan ORM yang berkesan. Walau bagaimanapun, kadar penerimagunaan masih belum mencerminkan nilai tanggapan, dengan hanya 11% responden menunjukkan bahawa syarikat mereka menggunakan pelbagai penyelesaian teknologi yang tersedia. Faktor-faktor seperti tahap kematangan yang rendah dan cabaran untuk menghubungkan sistem dan data yang berbeza boleh dikaitkan dengan kadar penerimagunaan yang perlahan ini.

"Laporan Keselamatan 2022 mendedahkan jurang yang berterusan antara matlamat dan realiti sebenar keselamatan proses, manakala jurang perbezaan antara kesedaran dengan penerimagunaan penyelesaian teknologi merupakan halangan tambahan yang perlu diatasi oleh organisasi," kata Scott Lehmann, Naib Presiden Pengurusan Produk untuk Pengurusan Risiko Operasi Sphera. "Teknologi yang menyediakan data masa nyata dan penilaian risiko yang boleh dilaksanakan dapat membantu menghubungkan titik yang memisahkan seluruh organisasi bagi mengurangkan jurang ini dan memacu usaha untuk meningkatkan keselamatan. Pergantungan pada pelbagai alat untuk mencapai pematuhan dan peningkatan serta keputusan yang dibuat berdasarkan ramalan boleh membantu perniagaan memastikan keselamatan pekerja dan operasi mereka yang produktif."

Keselamatan merupakan asas bagi mana-mana organisasi yang mantap manakala PSM dan ORM memainkan peranan penting dalam prestasi ESG syarikat. Dalam konteks rangka kerja ESG, PSM adalah tentang memastikan para pekerja—dan komuniti tempat perniagaan beroperasi—selamat. Buat pertama kali dalam Tinjauan Keselamatan ini, para profesional PSM dan ORM ditanya tentang kesesuaian PSM dalam program ESG syarikat mereka. Walaupun sebahagian besar responden (87%) mengatakan bahawa PSM menepati usaha ESG syarikat mereka, namun hanya terdapat sedikit perbezaan tentang aspek ESG—alam sekitar, sosial atau tadbir urus— diterapkan dalam program PSM mereka secara ketara. Walau bagaimanapun, apabila ditanya tentang senario yang paling memberi kesan membimbangkan kepada perniagaan mereka, 71% responden menyatakan bahwa ia adalah senario yang memberi kesan kepada alam sekitar.

"Kini semakin jelas bahawa ESG bukan lagi sesuatu yang bagus untuk dilakukan, namun wajib dilakukan," tambah Paul Marushka, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Sphera. "Usaha pengurangan risiko syarikat terikat dengan prestasi ESG secara intrinsik dan operasi ESG di seluruh organisasi akan memacu keputusan yang dibuat secara bermaklumat dan membantu para profesional PSM dan ORM mengurus dan mengurangkan risiko ESG."

Tentang Tinjauan Keselamatan ini

Sphera menjalankan tinjauan ke atas 280 orang profesional pengurusan risiko operasi dan keselamatan proses tentang situasi semasa PSM dan ORM dalam organisasi mereka untuk Laporan Keselamatan 2022 ini. Para responden datangnya daripada beberapa sektor industri global, antaranya seperti Pembuatan, Minyak dan Gas, Tenaga, Bahan Kimia/Petrokimia, Tenaga, Pembinaan dan Kejuruteraan.

Tentang Sphera

Sphera ialah syarikat penyedia terkemuka bagi perkhidmatan perundingan, data serta perisian pengurusan risiko dan prestasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang memberi tumpuan kepada Alam Sekitar, Kesihatan, Keselamatan & Kelestarian (EHS&S), Pengurusan Risiko Operasi dan Pengawasan Produk. Selama lebih 30 tahun, kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 6,700 pelanggan dan lebih sejuta pengguna di 80 buah negara untuk membantu syarikat memastikan para pekerja mereka selamat, produk mereka lestari dan operasi mereka produktif. Ketahui lebih lanjut tentang Sphera di www.sphera.com. Ikuti Sphera di LinkedIn

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Astrid Dickinson
sphera@aspectusgroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1907993/Sphera_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Sphera
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Survey, Polls & Research