GUANGZHOU, China, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-132, turut dikenali sebagai Pameran Canton, bermula pada 15 Oktober, menampilkan pelbagai produk pelancongan luar yang canggih, padat dengan kualiti serta inovasi, menambah nilai kemegahan kepada industri hiburan luar dan riadah. Memandangkan semakin ramai orang di serata dunia lebih suka melakukan senaman dan mengembara dalam alam semula jadi, Pameran Canton ke-132 yang sedang berlangsung ini menyediakan pelbagai pilihan luar yang berkualiti.
GUANG ZHOU AOKING LEATHER CO., LTD. ("AOKING") membawakan dua kategori produk reka bentuk yang inovatif—siri fesyen riadah dan perniagaan fesyen—di Pameran Canton ini, menggunakan tema reka bentuk harapan dan mengintegrasikan produk perniagaan dengan fesyen, mengubah gaya siri perniagaan tradisional yang membosankan pada masa lalu. Berdasarkan fungsi penyimpanan tradisional, produk beg galas yang dipamerkan olehnya memberi lebih perhatian kepada keselesaan, mengurangkan berat beg galas dan menyediakan fungsi pengecasan, perlindungan wabak dan kemudahan untuk pejabat kepada pengguna. Selepas menerima inovasi teknologi yang selanjutnya, AOKING membolehkan beg galas ini untuk memberi lebih banyak kemungkinan kepada pelanggan.
Produk-produk baharu AOKING yang asli dibuat dengan ciri-ciri Cina dan trend pasaran diaplikasikan. Dengan produk yang cemerlang, AOKING serta-merta mendapat pengiktrafan daripada pasaran. Telahpun mengambil bahagian dalam Pameran Canton selama hampir 20 tahun, peserta pameran ini juga telah memenangi banyak anugerah seperti Anugerah Reruai Hijau dan Anugerah Inovasi Reka Bentuk Pameran Canton.
ANHUI LIGHT INDUSTRIES INTERNATIONAL CO., membawakan papan selaju luncur boleh kembung berdiri. Dibuat oleh kraf manual yang hebat, papan selaju luncur ini tahan lama, mudah disimpan dan sesuai untuk bermain luncur air pada bila-bila masa, lalu memberi pengalaman yang dekat dengan laut kepada peminat sukan.
Hebei Loto Garment Co., Ltd mempersembahkan jaket skinya. Jaket ini direka dengan jahitan bahu bagi meningkatkan kemungkinan berlakunya perubahan produk individu dan bagi meningkatkan kepelbagaian gaya melalui penyesuaian warna. Bagi mengurangkan tekanan ke atas alam sekitar, fabriknya mengandungi 52% poliester boleh baharu yang mesra alam dan dirawat dengan bio-penghalau tanpa-fluorida Rudolph.
Kira-kira 20,000 peralatan dan pakaian luar tersedia untuk diterokai; sila daftar melalui https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email