BEIJING, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China akan melaksanakan dasar-dasarnya dengan aktif untuk berusaha ke arah matlamat untuk mencapai emisi karbon puncak menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060, menurut Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Zhai Qing pada hari Jumaat lalu.
China menyatakan ikrarnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2020.
"Perubahan iklim merupakan cabaran global yang menonjol dan perkara yang mempunyai kepentingan bersama untuk komuniti antarabangsa. Setiausaha Agung Xi Jinping berulang kali menegaskan bahawa menangani perubahan iklim bukanlah sesuatu yang diminta oleh pihak-pihak lain untuk kami melakukannya, sebaliknya sesuatu yang kami mahu lakukan," kata Zhai di sidang akhbar di luar Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC).
"Sebagai negara sedang membangun yang terbesar di dunia, China akan melakukan pengurangan terbesar di dunia dalam intensiti emisi karbon dan beralih daripada puncak karbon kepada keneutralan karbon dalam tempoh paling singkat dalam sejarah, yang menunjukkan sepenuhnya rasa tanggungjawab negara ini sebagai sebuah negara yang besar," ujar beliau.
Bagi mencapai matlamat tersebut, China akan mempercepatkan peralihan karbon-rendah di kawasan-kawasan utama dan mendorong dengan bersungguh-sungguh sinergi pengurangan pencemaran dan juga penurunan karbon, kata Zhai.
Negara ini juga akan memajukan pasaran karbon negara dengan cara yang mantap dan teratur, mempercepatkan penyelidikan, penggalakan dan aplikasi teknologi karbon-rendah serta mempromosikan pengeluaran karbon-rendah dan gaya hidup hijau, tambah beliau.
Kemajuan signifikan dalam peralihan hijau
China telah melakar kemajuan yang signifikan dalam peralihan karbon-rendah.
Pada dekad yang lalu, negara ini mengekalkan purata kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.6 peratus dengan purata kadar pertumbuhan penggunaan tenaga tahunan mencecah hanya tiga peratus, menurut Zhai.
Pada tahun 2020, intensiti emisi karbon China menurun sebanyak 48.4 peratus berbanding intensiti emisi karbon dalam tahun 2005, melebihi sasaran yang dijanjikan olehnya kepada komuniti antarabangsa, ujar beliau.
Pada tahun 2021, emisi karbon dioksida setiap unit KDNK menurun sebanyak 34.4 peratus berbanding dengan emisi pada tahun 2012.
Dalam tahun yang sama, bahagian penggunaan arang batu dalam campuran tenaga utamanya jatuh kepada 56 peratus daripada 68.5 peratus pada tahun 2012 dan 72.4 peratus pada tahun 2005. Sementara itu, perkadaran tenaga bukan fosil dalam penggunaan tenaga keseluruhannya mencecah 16.6 peratus.
Pada tahun 2021, kapasiti terpasang tenaga boleh baharu China melebih 1 bilion kilowatt, dengan tenaga angin, solar, hidra dan biojisim kesemuanya menduduki tempat pertama di dunia.
Negara ini juga menyaksikan peningkatan sumber hutan yang terbesar dan kawasan penghutanan terbesar di dunia, memimpin usaha penghijauan global, kata Zhai.
China sahaja menyumbang sebanyak 25 peratus daripada peningkatan bersih global kawasan berdaun dengan hanya 6.6 peratus daripada kawasan bertumbuhan global, menurut satu kajian oleh Boston University yang menjejaki satelit NASA dari tahun 2000 hingga 2017, yang diterbikan dalam Nature Sustainability pada tahun 2019.
Di samping itu, negara ini melancarkan pasaran karbon yang terbesar di dunia dari segi amaun emisi gas rumah hijau yang diliputi olehnya, memanfaatkan dengan efektif peranan mekanisme pasaran dalam mengawal emisi gas rumah hijau dan menggalakkan peralihan karbon-rendah.
Menyumbang dengan aktif kepada tadbir urus iklim global
China juga menyumbang dengan aktif kepada tadbir urus iklim global, ujar Zhai.
China mendukung multilateralisme dan prinsip tanggungjawab bersama namun dibezakan serta keupayaan masing-masing, kata beliau menambah bahawa negara ini telah menggalakkan kemasukan utama dikuatkuasakan serta pelaksanaan Perjanjian Paris.
Negara ini telah mengambil bahagian yang aktif dalam kerjasama Selatan-Selatan berhubung perubahan iklim. Ia melakukan yang terbaik untuk membantu negara-negara sedang membangun yang lain terutamanya negara-negara pulau kecil, negara-negara Afrika dan negara-negara kurang maju bagi meningkatkan kapasiti respons iklim mereka untuk mengurangkan impak perubahan iklim yang buruk, kata Zhai.
Selain itu, kemajuan yang positif telah dicapai dalam menggalakkan pembangunan hijau Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), kata Zhai. Dicadangkan oleh China pada tahun 2013, BRI membayangkan rangkaian perdagangan dan infrastruktur menghubungkan Asia dengan Eropah serta Afrika sepanjang laluan Jalan Sutera purba.
China menubuhkan sebuah pakatan antarabangsa untuk pembangunan hijau Jalur dan Jalan pada tahun 2019 yang berfungsi untuk mengukuhkan dialog dasar dan kajian bersama serta menyokong Agenda untuk Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030, kata beliau.
Ketika ini, pakatan berkenaan mempunyai lebih 150 rakan kongsi dari lebih 40 negara.
Usaha telah dibuat untuk menambah baik inovasi dan pertukaran teknologi hijau serta memupuk bakat dalam pengurusan alam sekitar.
"Kami telah melatih kira-kira 3,000 kakitangan, pakar dan ilmuwan pengurusan alam sekitar dari lebih 120 negara, mencapai kata sepakat dan membina sinergi untuk pembangunan hijau," kata Zhai.
Menuju ke hadapan, China akan bekerjasama dengan semua pihak untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam tadbir urus perubahan iklim global. Ia akan menggalakkan sistem tadbir urus iklim global yang adil dan rasional demi keputusan yang saling menguntungkan, terus mempererat kerjasama Selatan-Selatan berhubung perubahan iklim dan menyumbang kekuatan, kebijaksanaan dan penyelesaian China untuk respons perubahan iklim global, kata beliau.