Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Filipina sulung mengetengahkan keperluan untuk kolaborasi rentas-sempadan
MANILA, Filipina, 24 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Digital Pilipinas, pergerakan sektor swasta yang terbesar dalam mencipta ekosistem teknologi dan inovasi di negara ini, memaparkan Filipina sebagai "pendaratan lunak dan tempat berlindung selamat" untuk penginovasi global.
Pemimpin-pemimpin industri dan teknologi Filipina serta global berhimpun sempena Digital Pilipinas Festival, yang memulakan sambutan sepanjang bulan untuk teknologi ASEAN sekali gus melancarkan teknologi anti-rapuh dan ekosistem inovasi bagi mewujudkan wilayah yang lebih mantap dari segi ekonomi.
Amor Maclang, Penganjur Digital Pilipinas Festival (DPF), memberi kedudukan kepada Filipina sebagai "pintu masuk yang mengalu-alukan ke ASEAN untuk negara-negara lain yang ingin berurus niaga di rantau kami, untuk penginovasi dari negara-negara lain yang mana, dalam menghadapi keadaan politik dan ekonomi yang buruk, perlu berpindah sementara ke tempat di mana budaya inovasi mereka akan terpelihara."
Semasa berlangsungnya DPF, pemimpin-pemimpin asing dan Filipina berkongsi rancangan mereka untuk mewujudkan ASEAN yang lebih kuat dan anti-rapuh dengan menjadikan teknologi digital lebih mudah diakses oleh orang ramai. Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Penolong Setiausaha Filipina, David Almirol menegaskan peranan penting untuk menerima kualiti-kualiti pemboleh teknologi bagi memperkasa agensi-agensi dalam melaksanakan mandat mereka. Melalui dasar dan projek yang berbeza termasuk Akta E-Kerajaan dan iLGU, orang ramai boleh merasai pengalaman perkhidmatan yang lancar yang membuka jalan untuk mereka membuat keputusan yang lebih besar, bahkan berkembang ke peringkat global.
Jimmy Kyle Siy, Pengarah Kejayaan Pelanggan Brankas berkata bahawa impak yang positif ke atas perdagangan akan menjadi kelebihan pertama daripada kolaborasi teknologi ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif Angkas George Royeca berkata: bekerjasama dengan ASEAN memerlukan "kolaborasi bersama pengawal selia bagi mencipta produk terbaik yang akan memberi kesan positif tertinggi."
Manish Bhai, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UNO Digital Bank, bersetuju bahawa tanpa ekosistem rentas-sempadan, pendigitalan tidak akan berjaya: "Semua orang merupakan rakan usaha sama – sama ada rentas-negara, ASEAN, serantau, global."
Wei Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Coins.ph, berbicara tentang rancangan beliau untuk menjadikan Filipina sebagai "peneraju Web 3.0 bukan sahaja di ASEAN, tetapi juga secara global. Aset digital dan blok rantai merupakan pengimbang dan boleh diertikan sebagai pemerkasaan kewangan."
DPF yang merangkumi Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Dunia-Filipina dan Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Filipina diadakan dengan kerjasama Elevandi, sebuah organisasi yang diasaskan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mendorong dialog sektor-awam-swasta bagi memajukan FinTech dalam ekonomi digital.
Jobbagy László, Pengarah Urusan Digital Success Nonprofit Ltd., menekankan bahawa "pendigitalan berada di sekeliling kita. Kita boleh membuatkan semua kelompok individu dan semua jenis ijazah mendigitalkan budaya biarpun dari segi penggubalan dasar sepanjang 30 tahun akan datang."
Mengambil bahagian dalam DPF ialah penyampai bersama Coins.ph dan penganjur bersama Etiqa Philippines; Angkas; PayMongo, UnionBank of the Philippines; digiCOOP; ADVANCE.AI; NinjaVan Philippines; KPMG Philippines; UNO Digital Bank; Creador; Globe; PruLife UK; ACUBELAW; Gorriceta Africa Cauton & Saavedra; Brankas; GCash; COL Financial; and, Xendit Philippines. Other partners were Tech Exactly; StartUp Village; Bounce Back PH; Fintech Philippines Association; FinScore; Mapúa University; GeiserMaclang Marketing Communications; Inquirer Group of Companies; Inquirer Mobile; Inquirer.Net; Philippine Daily Inquirer; The Philippine Star; Manila Bulletin; United Neon; dan Coinvestasi.
Pemimpin-pemimpin industri dan teknologi Filipina serta global berhimpun sempena Digital Pilipinas Festival, yang memulakan sambutan sepanjang bulan untuk teknologi ASEAN sekali gus melancarkan teknologi anti-rapuh dan ekosistem inovasi bagi mewujudkan wilayah yang lebih mantap dari segi ekonomi.