omniture

Mesyuarat Perniagaan G-Con Action 2022 Mempelawa Peserta

Gyeonggi Content Agency
2022-10-25 08:39 292

·  Mesyuarat 1:1 bersama Syarikat-syarikat Kandungan Korea mulai 9-11 November

BUCHEON, Korea Selatan, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Gyeonggi Content Agency (GCA) Korea ketika ini merekrut peserta-peserta untuk Mesyuarat Perniagaan G-Con Action ke-2 hingga 21 Oktober 2022.

 

Mesyuarat Perniagaan G-Con Action ialah satu mesyuarat dan pertemuan perniagaan global yang dianjurkan oleh GCA untuk memudahkan dan meluaskan peluang perniagaan untuk industri kandungan dengan menghubungkan syarikat-syarikat kandungan Korea dengan rakan-rakan kongsi berpotensi dari Asia Tenggara, China, Jepun, Eropah dan benua Amerika. Empat kategori untuk pemohon ialah: GameEXP (permainan video), K-GLO (animasi/kartun/karakter), X-WANT (webtoon/novel web) dan MAKE-G (siaran/muzik/visual/iklan).

Mesyuarat Perniagaan ke-2 akan terdiri daripada lebih 30 syarikat Korea serta lebih 20 syarikat global dan akan diadakan mulai 9 hingga 11 November secara dalam talian, menerusi pertemuan, seminar serta perundingan dan mesyuarat berfokus perniagaan.

Untuk butiran tentang cara memohon dan maklumat lanjut, hubungi Pasukan Operasi G-Con Action di scmsb2b@gmail.com

Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/Arj6CdJuRASQuJNUA

Source: Gyeonggi Content Agency
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news