omniture

JANJI UNTUK MELUANGKAN DETIK BERMAKNA BERSAMA-SAMA DI PELANCARAN BAHARU #RIBENABONDINGPLEDGE

Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd
2022-10-25 10:00 278

Ribena Menggalakkan Rakyat Malaysia Berikrar untuk raikan Detik Bermakna Bersama yang Tersayang Melalui Kempen Kenangan Bersama, Kekal Selamanya (Timeless Goodness, Timeless Bonds)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sempena pelancaran kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) Ribena memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga.

(L-R) Lam Hui Min, Head of Marketing, Beverage at Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd; Rodney Tan, Marketing Director at Suntory Beverage & Food Malaysia; actress Zahirah Macwilson; and host Azura Zainal; take a photo after pinning up their own #RibenaBondingPledge at the Timeless Goodness, Timeless Bonds event.
(L-R) Lam Hui Min, Head of Marketing, Beverage at Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd; Rodney Tan, Marketing Director at Suntory Beverage & Food Malaysia; actress Zahirah Macwilson; and host Azura Zainal; take a photo after pinning up their own #RibenaBondingPledge at the Timeless Goodness, Timeless Bonds event.

Sasaran kempen ini adalah untuk meraikan hubungan dan detik bermakna bersama tersayang, melalui peraduan #RibenaBondingPledge yang memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia iaitu kredit dari GrabPay dan tiket wayang eksklusif di salah sebuah panggung wayang tercanggih negara – GSC Aurum.

Lam Hui Min, Ketua Bahagian Pemasaran, Minuman di Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd berkata yang Ribena berharap dapat menggalakkan lebih ramai orang akan sentiasa aktif mencipta  detik istimewa ketika meluangkan masa bersama satu sama lain. "Masa berharga yang diluangkan bersama kadang kala hanya dilalui sambil lewa sahaja dalam kehidupan seharian kita. Sebagai satu jenama yang mengutamakan masa bersama yang tersayang, Ribena amat mementingkan jalinan hubungan yang erat melalui acara yang akan dianjurkan. Kami mahu menjadikan kempen ini sebagai peluang berharga untuk membantu rakyat Malaysia menyemarakkan lagi hubungan sesama mereka".

#RibenaBondingPledge bermula pada 6 Oktober 2022 dan akan berlangsung sehingga 5 November 2022 dengan 12 pemenang akan dipilih setiap minggu sehingga kempen berakhir. Untuk sertai, apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke laman Instagram Ribena dan ikuti langkah-langkah ini:

  1. Kongsikan pengumuman mengenai peraduan di laman Instagram Story anda
  2. Masukkan kapsyen tentang bagaimana anda berazam untuk mencipta detik-detik bermakna dengan yang tersayang
  3. Tag 3 rakan anda dan @ribenamy
  4. BONUS: masukkan gambar terbaik anda ketika meluangkan masa bersama untuk merebut hadiah utama!

Pada akhir setiap minggu, 3 pemenang akan memenangi hadiah utama: dua (2) tiket GSC Aurum Theatre (The Gardens Mall), setiap seorang. Manakala, 9 pemenang bertuah akan membawa pulang kredit GrabPay bernilai RM100. Bukan itu saja! 2,000 peserta pertama yang berkongsi ikrar mereka dengan tag yang berkenaan dan hashtag menarik juga akan menerima produk Ribena bernilai RM30 dengan PERCUMA.

Dengan kelazatan rasa yang menyegarkan serta vitamin C yang mencukupi untuk memenuhi 100% keperluan harian anda, Ribena sebaiknya diminum sejuk – dan rasanya akan lebih enak bila dikongsi ketika meluangkan masa berharga bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Ribena Pledge dan langkah-langkah penyertaan, log masuk ke Facebook dan Instagram rasmi Ribena di @RibenaMalaysia.

Mengenai Suntory Group

Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd [201301042171 (1071996-A)] adalah pengeluar Ribena, salah satu jenama minuman paling popular di Malaysia. Ribena adalah minuman blackcurrant paling popular di Malaysia, serta di negara-negara lain di seluruh dunia. Ia kaya dengan Vitamin C dan turut disukai ramai kerana rasa blackcurrant yang unik dan menyegarkan. Ribena kini turut menawarkan rangkaian Simply Strawberry baharu mereka, dan juga perisa Asli Blackcurrant sama ada dalam bentuk kordial atau minuman sedia untuk diminum.

Source: Suntory Beverage and Food Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Beverages Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Social Media