omniture

KEKAL SIHAT DENGAN RANGKAIAN PRODUK KESIHATAN SEMULA JADI HERBALMEDS DARI BIO-LIFE

BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd
2022-10-25 13:45 175

Pelihara Kesejahteraan Anda dengan Ubat-ubatan Herba dari Sumber Semula Jadi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- BiO-LiFE, salah satu syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia dengan pelbagai produk kesihatan yang berkualiti, berdasarkan ujian secara saintifik, kini menawarkan produk daripada sumber semula jadi dan herba sebagai solusi untuk masalah mereka.

Herbalmeds range of products by BiO-LiFE
Herbalmeds range of products by BiO-LiFE

Herbalmeds memberikan pengguna pelbagai pilihan untuk produk. Terdapat juga penambahan dalam rangkaian produk mereka, iaitu: Urocran untuk melancarkan pembuangan air kecil, Articap untuk masalah pencernaan dan Grape Seed Extract bagi melancarkan peredaran darah. Menggunakan sumber bahan mentah yang berkualiti merupakan keutamaan kepada Herbalmeds di mana ia juga adalah matlamat jenama tersebut – termasuk berkongsi kebaikan produk herba semula jadi di samping membantu orang ramai untuk kekal sihat.

Chee Swee Rin, Ketua Pemasaran di BiO-LIFE Malaysia berkata, "Melihat kepada kepelbagaian dalam perubatan tradisional dalam kehidupan kami yang berbilang kaum dan budaya, industri perubatan berasaskan herba - juga dikenali sebagai produk nutraseutikal. Kami memahami keperluan pengguna yang ingin sihat secara semula jadi, dan yang paling penting – untuk merawat penyakit mereka dan di sinilah Herbalmeds memainkan peranan untuk memenuhi keperluan itu"

Dr Annaletcumy Loganathan, Pembantu Profesor di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu (Allied Health Sciences) di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) –amat menitik beratkan tentang kepentingan sumbangan dan kaitan penemuan saintifik bahan-bahan ini dalam perawatan penyakit. Saya percaya ujian klinikal adalah penting untuk menghasilkan data yang boleh dipercayai serta kesahihan ke atas kebaikan bahan semula jadi ini. Bahan yang biasanya boleh diperolehi di rumah seperti kunyit dan sebatian paling aktifnya iaitu, curcumin — mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan yang telah diuji secara saintifik dalam penyelidikan kami."

Senarai lengkap rangkaian produk Herbalmeds termasuklah*:

  1. CurcurePhyto – mengandungi kunyit, yang terkenal untuk melegakan kesakitan
  2. Urocran – diperbuat daripada kranberi, untuk melancarkan pembuangan air kencing.
  3. Femosa – mengandungi herba yang dipanggil 'cohosh', yang melegakan simptom putus haid.
  4. Echinax – mengandungi herba 'echinacea', untuk melegakan demam atau selsema biasa.
  5. Grape Seed Extract – dihasilkan oleh biji anggur yang baik untuk memperbaiki perjalanan darah.
  6. Articap - mengandungi articok, yang dikenali untuk menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.

Rangkaian produk Herbalmeds oleh BiO-LIFE adalah ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dan dijamin Halal. Produk-produk ini boleh diperolehi di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://biolife.com.my/product-category/herbalmeds/.

Kod Kelulusan KKLIU - 2780/2022

Tentang BiO-LiFE

BiO-LiFE Marketing adalah sebuah syarikat produk kesihatan yang terlibat dalam penjagaan diri dan telah wujud di Malaysia selama 30 tahun. Ia menggabungkan Pakar Pemakanan, Biokimia, Teknologi Makanan dan Mikrobiologi yang membantu memberikan produk yang pengguna perlukan. BiO-LiFE Marketing menjadi sebahagian daripada Mega Lifesciences sejak pemerolehannya pada November 2016. Mega Lifesciences adalah salah sebuah syarikat farmaseutikal dan nutraseutikal terkemuka yang berpusat di Bangkok dan telah disenaraikan di pasaran terbuka sejak 2014. Mega Lifesciences aktif dalam penglibatannya membantu berjuta-juta orang mendapatkan suplemen pemakanan & herba yang selamat dan berkualiti. Ditubuhkan pada tahun 1982, Mega Lifesciences terlibat dalam pembuatan, pemasaran, penjualan dan pengedaran Ubat-ubatan terus melalui syarikatnya sendiri dan juga rangkaian pengedarnya yang meluas.

Source: BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Organic Food New products/services