SINGAPURA, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ragnarok Online yang popular di seluruh dunia meraih pencapaian baharu apabila Gravity Game Hub (GGH) PTE.LTD, subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) mengumumkan keluaran permainan mudah alih baharu mereka; Ragnarok Arena yang akan tiba dalam masa terdekat pada lewat suku keempat tahun 2022 di seluruh Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah, Oceania dan wilayah-wilayah lain pada gedung Apple serta Google.
Ragnarok Arena (ROA) merupakan kombinasi antara RPG, strategi dan permainan melahu. Pemain-pemain pastinya akan menantikan permainan ini kerana mereka akan dapat mengikuti jalan cerita dan mengumpul lebih 99 raksasa terkenal dan MVP daripada Ragnarok Online yang akan bertarung di samping watak utama mereka untuk menghabiskan permainan dan memburu ketua. Bagi menyusun strategi permainan, pemain-pemain perlu menentukan jampi, taktik, formasi dan pasukan untuk digunakan bagi mendominasi dan menggulingkan semua pihak lawan mereka.
Permainan ini juga memaparkan ciri-ciri klasik yang kompetitif seperti perburuan ketua dunia, pertempuran perikatan dan peperangan wilayah yang akhirnya akan menjurus kepada kejohanan dan pertandingan serantau secara langsung yang boleh dinantikan oleh komuniti.
Sorotan Ragnarok Arena berbeza daripada Ragnarok Online klasik. Ia telah banyak ditambah baik bagi menjadikannya lebih menyeronokkan. Fungsi-fungsi permainan yang boleh dijangkakan adalah seperti berikut:
GRAVITY GAME HUB DI ESGS 2022
Bersiap sedia dan lihat sekali imbas Ragnarok Arena! Gravity Game Hub akan menyertai Sidang Kemuncak Sukan dan Permainan Elektronik (Electronic Sports and Gaming Summit, ESGS 2022) pada tahun ini – Catatkan tarikh mulai 28 hingga 30 Oktober dan temui pasukan ini di Reruai #C4, ESGS, Pusat Konvensyen SMX, Bandar Pasay, Filipina.
Butiran pra-pendaftaran akan diumumkan dalam masa terdekat. Ikuti Halaman Facebook Rasmi Ragnarok Arena untuk mendapatkan perkembangan terkini!
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan juga permainan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mencipta komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.
Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan permainan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di peringkat global dengan lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut tentang Ragnarok Arena, sila kunjungi laman sesawang berikut:
Laman Sesawang Rasmi: https://roa.gnjoy.asia/ Facebook Ragnarok Arena: https://www.facebook.com/ROArenaGlobal
Komuniti Ragnarok Arena: https://www.facebook.com/groups/ragnarokarenaglobal
YouTube: https://bit.ly/GravityGameHub