omniture

CGTN: Bagaimana kepimpinan baharu CPC melihat komitmen China terhadap dunia?

CGTN
2022-10-26 08:15 256

BEIJING, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Semua mata tertumpu kepada China ketika kepimpinan baharu Parti Komunis China (CPC), parti pemerintah Marxis yang terbesar di dunia, diperkenalkan buat julung kali pada hari Ahad di Beijing.

"Saya telah dilantik semula sebagai setiausaha agung CPC," Xi Jinping memberitahu wartawan di Dewan Besar Rakyat.

Memperkenalkan enam ahli Jawatankuasa Tetap baru dilantik yang lain daripada Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 – Li Qiang, Zhao Leji, Wang Huning, Cai Qi, Ding Xuexiang dan Li Xi – kepada wartawan, Xi berjanji mereka akan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas mereka untuk membuktikan bahawa mereka layak mendapat kepercayaan Parti dan juga rakyat.

Menegaskan bahawa dunia sedang bergelut dengan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini, Xi menekankan komitmen China kepada komuniti global. "Kami akan bekerjasama dengan rakyat di semua negara lain untuk memperjuangkan nilai bersama umat manusia melibatkan keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan untuk menjaga keamanan global serta mendorong pembangunan global dan terus menggalakkan pembinaan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama."

Merealisasikan aspirasi rakyat demi kehidupan yang lebih baik

Pada hari Ahad, Xi sekali lagi menekankan kepentingan falsafah tadbir urus bertumpukan rakyat yang selari dengan semangat CPC.

"Parti ini harus sentiasa bertindak untuk rakyat dan bergantung pada rakyat dalam perjalanan ke hadapan," tegas Xi, menambah bahawa CPC tidak akan gentar dengan angin kencang, perairan yang bergelora atau ribut yang berbahaya kerana rakyat akan sentiasa menyokongnya dan memberi keyakinan kepadanya.

Dalam dekad yang sebelumnya, selain daripada membasmi kemiskinan melampau, China telah menyaksikan penambahbaikan yang menyeluruh dalam kehidupan rakyat.

Purata jangka hayat China telah mencecah 78.2 tahun, pendapatan tahunan boleh guna per kapitanya meningkat kepada 35,100 yuan (kira-kira $4,938) daripada 16,500 yuan dan lebih 13 juta pekerjaan bandar telah dicipta saban tahun secara purata sejak 10 tahun yang lalu, menurut laporan oleh Xi kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20.

China, yang telah membina sistem pendidikan, keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan yang terbesar di dunia, telah mengorak langkah yang bersejarah dalam menjadikan pendidikan tersedia secara sejagat, menjadikan 1.04 bilion orang mendapat perlindungan insurans asas hari tua dan memastikan insurans perubatan asas untuk 95 peratus penduduk.

Di samping itu, lebih 42 juta unit perumahan di kawasan bandar yang terbiar dan lebih 24 juta buah rumah luar bandar yang usang telah dibina semula, menghasilkan penambahbaikan yang signifikan dalam keadaan perumahan baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Menjadikan keutamaan mereka sebagai keutamaan kami dan bertindak menurut hasrat mereka, kami akan meneruskan kerja keras bagi mengubah aspirasi mereka untuk mencapai kehidupan yang lebih baik menjadi kenyataan," tegas Xi pada hari Ahad.

Pemodenan Cina, peluang untuk dunia

Pemodenan Cina, istilah penting yang menakrifkan perjalanan China menuju penggiatan negara dan satu lagi istilah popular dalam laporan kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, telah mencetuskan perbincangan yang hangat di peringkat domestik dan luar negara.

Ia mengandungi elemen-elemen yang biasa terdapat dalam proses pemodenan semua negara, namun lebih penting lagi, ia mempunyai konteks Cina. Seperti mana yang dinyatakan oleh laporan tersebut, ia merupakan pemodenan penduduk yang ramai, kemakmuran bersama untuk semua, kemajuan material dan etika-budaya, keharmonian antara umat manusia dan alam semula jadi serta pembangunan yang damai.

China yang makmur akan mencipta banyak lagi peluang untuk dunia, ujar Xi kepada wartawan pada hari Ahad. Beliau menegaskan bahawa China akan teguh dalam memperdalam reformasi dan pembukaan secara menyeluruh dan dalam meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Data daripada Biro Statistik Kebangsaan menunjukkan bahawa purata sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi global melebihi 30 peratus sepanjang tempoh 2013-2021, menduduki tempat pertama di seluruh dunia.

China telah menjadi rakan dagangan utama untuk lebih 140 negara dan wilayah sepanjang dekad yang lalu, menerajui dunia dari segi volum dagangan barangan keseluruhan.

Walaupun dengan pandemik COVID-19, China terus menjadi penstabil rantaian bekalan dan perindustrian global serta daya penggerak bagi pemulihan ekonomi global. Pada tahun 2021 sahaja, keluaran dalam negara kasar China menyumbang sebanyak 18.5 peratus daripada ekonomi dunia.

Tambahan pula, proses pemodenan China tidaklah sehingga menjejaskan alam sekitar. Negara ini telah mengurangkan intensiti emisi karbonnya sebanyak 34.4 peratus sepanjang 10 tahun yang lalu dan berikrar untuk mencapai puncak emisi CO2 sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060.

"Sama seperti China yang tidak dapat membangun secara berasingan dari dunia, dunia juga memerlukan China untuk pembangunannya," kata Xi, menegaskan sekali lagi komitmen China bahawa ia akan membuka pintunya dengan lebih luas ke seluruh pelosok dunia.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-23/How-does-new-CPC-leadership-view-China-s-commitments-to-the-world--1emHpG4HO3m/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service