omniture

ITOE 2022 - Ekspo Elektronik Pengguna Dibuka, Tonjolkan Dorongan Kuat Pembuatan Pintar

2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo-Consumer Electronics Online Exhibition
2022-10-26 08:41 296

GUANGZHOU, China, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dihoskan oleh Jawatankuasa CCPIT Guangdong dan dianjurkan oleh Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong 2022 - Ekspo Elektronik Pengguna (ITOE) (www.itoegd.com) telah membuka pintunya kepada pengunjung. Berlangsung mulai 24 hingga 28 Oktober, ITOE mengalu-alukan lebih 350 peserta pameran dari seluruh China, menjadikannya salah sebuah acara teknologi terbesar yang berlangsung di Guangdong pada bulan Oktober ini.

Gaya hidup orang ramai telah berubah dengan ketara sepanjang dekad yang lalu hasil daripada transformasi digital. ITOE - Ekspo Elektronik Pengguna telah mencerminkan trend pembuatan pintar baru muncul dan potensi tanpa had peralihan Guangdong daripada "pembuatan" kepada "pembuatan pintar".

Tahun ini, selain daripada kategori-kategori seperti elektronik pengguna, hiburan audiovisual, pakaian pintar, dapur & bilik mandi, perkakas rumah, sistem keselamatan rumah, peralatan penjagaan diri dan aksesori perkakas rumah, sejumlah besar produk pintar yang baru direka bentuk akan dipersembahkan, termasuk jam tangan, gelang, lampu, memaparkan kekuatan peranti pintar "Buatan-Guangdong."

Jurucakap daripada Shenzhen KTC Technology Co. Ltd menyatakan bahawa untuk bersaing dalam lapangan antarabangsa, sesebuah syarikat perlu sentiasa meningkatkan kapasitinya untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan bebas ke atas teknologi teras dalam sektor-sektor kritikal. Atas dasar itu, pendigitalan menandakan hala tuju baharu yang penting untuk perniagaan perkakas rumah dari Guangdong.

Banyak peserta pameran di Ekspo ini memperkenalkan buat julung kalinya peranti baharu dengan ciri-ciri jimat tenaga dan kecerdasan. Dengan mengambil kira krisis tenaga yang berlaku di Eropah, Shenzhen ENM Electronic Technology Co, Ltd mempamerkan lampu jalan solar luarnya yang baru direka dan cekap tenaga. Semasa berlangsungnya acara ini, pemenang-pemenang Red Dot Award 2022 baharu seperti siri K1 gelung tahunan Heiman Technology dan pembersih udara rumah DongGuan SANZON Smart Home Products Co, Ltd akan turut dipamerkan. Shenzhen Promi Technology Co. Ltd membuat penampilan sulung pamerannya pada tahun ini, memperkenalkan payung pintar mereka, yang bukan sahaja mempunyai lampu suluh LED pintar, tetapi turut menggabungkan dengan teliti penggera untuk keselamatan peribadi warga tua.

Acara siri ITOE diadakan berdasarkan kelebihan Guangdong dari segi rantaian bekalan yang mantap dan dioptimumkan, penggunaan teknologi internet dan potensi tanpa had teknologi awan. Ia membuka jalan yang baharu untuk perniagaan Guangdong mendekati baik pengguna tempatan mahupun antarabangsa, merangsang pertumbuhan bersepadu perdagangan domestik dan juga perdagangan asing.

Source: 2022 Guangdong Premium Products International Trade Online Expo-Consumer Electronics Online Exhibition
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news