BEIJING, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) sepanjang minggu ini melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari Sabtu di Beijing dan ia menyatakan bahawa pewujudan kedudukan teras Komrad Xi Jinping dalam Jawatankuasa Pusat Parti dan dalam Parti secara keseluruhan dan peranan panduan Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri-ciri China untuk Era Baharu telah menetapkan penggiatan semula bangsa Cina pada "laluan bersejarah yang tidak dapat diubah."
Pewujudan kedudukan teras Komrad Xi Jinping dalam Jawatankuasa Pusat Parti dan dalam Parti secara keseluruhan dan peranan panduan Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri-ciri China untuk Era baharu menonjolkan satu pencapaian politik yang besar untuk Parti ini dalam era baharu dan faktor penentu dalam kejayaan dan perubahan bersejarah dalam perjuangan Parti serta negara ini, ujar Kongres.
Ia memerlukan semua ahli Parti untuk memperoleh pemahaman yang mendalam tentang kepentingan penentu pencapaian yang besar ini, menjunjung kedudukan teras Komrad Xi Jinping dengan lebih bersungguh-sungguh dalam Jawatankuasa Pusat Parti dan dalam Parti secara keseluruhan dan menjunjung autoriti Jawatankuasa Pusat serta kepimpinannya yang terpusat dan disatukan, melaksanakan sepenuhnya Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri-ciri China untuk Era Baharu dan mengikuti dengan rapat Jawatankuasa Pusat Parti dengan Komrad Xi Jinping sebagai teras dalam pemikiran, pendirian politik dan tindakan, tegas Kongres ini.
Penganalisis Cina menyatakan bahawa resolusi yang diluluskan di Kongres menunjukkan bahawa Parti ini bersiap sedia sepenuhnya untuk menempuh perjalanan baharu dan mempunyai visi yang lebih besar dan lebih kontemporari dan pemikiran tentang tadbir urus, pembangunan, misi penting dan orde dunia.
Kongres CPC telah merealisasikan matlamatnya untuk menyatukan pemikiran, mengukuhkan keyakinan, merancang perjalanan dan meningkatkan semangat, Xi memberitahu 2,338 delegasi dan delegasi jemputan khas yang hadir di sesi penutup kongres yang berlangsung sepanjang minggu di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada hari Sabtu. "Ini telah menjadi sebuah kongres yang menjulang tinggi sepanduk kami, mengumpul kekuatan kami serta menggalakkan solidariti dan juga dedikasi."
Pencapaian dengan kepentingan bersejarah
"Kami percaya bahawa semua keputusan dan rancangan yang ditetapkan di kongres ini dan semua hasilnya akan memainkan peranan penting dalam memandu dan menyokong usaha kami untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek, memajukan penggiatan semula negara dalam semua bidang dan menjamin kemenangan baharu untuk sosialisme dengan ciri-ciri Cina," kata Xi di sesi penutup.
"Laporan daripada Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 yang diterima pakai di Kongres merupakan pemantapan kebijaksanaan Parti dan rakyatnya. Ia merupakan satu deklarasi politik dan program tindakan untuk Parti bagi menyatukan rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik dan memimpin mereka bagi menjamin kejayaan yang baharu untuk sosialisme dengan ciri-ciri Cina. Ia merupakan dokumen panduan Marxis," menurut resolusi yang diluluskan tentang laporan berkenaan.
Menurut resolusi yang diluluskan berhubung pindaan Perlembagaan Parti, "Kongres bersetuju sebulat suara bahawa perkembangan baharu dalam Pemikiran Xi Jinping tentang Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina untuk Era Baharu sejak Kongres Kebangsaan ke-19 Parti ini harus dimasukkan ke dalam Perlembagaan Parti, agar dapat mencerminkan dengan lebih baik sumbangan besar yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat bersama Komrad Xi Jinping sebagai terasnya untuk memajukan inovasi teori, praktikal dan institusi Parti ini."
Kongres menyatakan bahawa, di upacara yang menyambut ulang tahun keseratus Parti Komunis China, Komrad Xi Jinping dengan sesungguhnya mengumumkan bagi pihak Parti dan rakyat bahawa kami telah merealisasikan Matlamat Seratus Tahun Pertama untuk membina masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek dan kini kami sedang berarak dengan langkah yang yakin menuju Matlamat Seratus Tahun Kedua untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenasp aspek. Perlembagaan Parti disemak bagi menunjukkan matlamat ini, menurut resolusi berkenaan.
Zhang Shuhua, pengarah Institute of Political Sciences di Chinese Academy of Social Sciences, memberitahu Global Times pada hari Sabtu bahawa resolusi terkini mencerminkan dan menetapkan secara komprehensif semua pencapaian politik, teori dan ideologi yang telah direalisasikan oleh CPC sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-19 pada dekad yang lalu.
Zhang Xixian, seorang profesor di Sekolah Parti bagi Jawatankuasa Pusat CPC di Beijing, memberitahu Global Times pada hari Sabtu bahawa resolusi berhubung pindaan Perlembagaan Parti merupakan "titik permulaan untuk CPC mula berlayar demi Matlamat Seratus Tahun Kedua dan untuk mengukuhkan pembinaan Parti. Ia merupakan satu pencapaian asas yang melibatkan keperluan pembangunan, corak, hala tuju dan takdir Parti dalam perjalanannya menuju matlamat yang dijadualkan untuk direalisasikan dalam pertengahan abad ini."
Menurut resolusi yang diluluskan berhubung pindaan Perlembagaan Parti, Kongres bersetuju untuk memasukkan kenyataan ke dalam Perlembagaan Parti termasuk "aspirasi asal dan misi penubuhan Parti serta kemajuan besar dan pengalaman bersejarahnya sepanjang abad yang lalu" dan "Sistem ekonomi sosialis asas, termasuk sistem yang melaluinya pemilikan awam merupakan tunjang utama dan bentuk pemilikan yang pelbagai dibangunkan secara bersama, sistem yang melaluinya pengagihan mengikut kerja merupakan tunjang utama sementara pelbagai bentuk pengagihan wujud bersamanya, dan ekonomi pasaran sosialis, merupakan tonggak penting sosialisme dengan ciri-ciri Cina."
Kongres turut bersetuju untuk menambah kepada kenyataan Perlembagaan Parti seperti "meneruskan semangat juang kami dan membina keupayaan perjuangan kami" dan "merealisasikan secara berperingkat-peringkat matlamat kemakmuran bersama untuk semua," serta "mengikuti laluan kedaulatan undang-undang sosialis dengan ciri-ciri Cina; membangunkan demokrasi rakyat seluruh-proses yang lebih luas, lebih penuh dan lebih mantap."
Penganalisis berkata semua ini mencerminkan bahawa CPC semakin maju seiring dengan peredaran zaman kerana semua kenyataan ini yang akan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Parti hakikatnya mencerminkan pembelajaran, pengalaman dan pemahaman yang telah dikumpul oleh Parti daripada pemerintahan dan menangani cabaran sejak 10 tahun lalu serta turut mencerminkan dengan tepat kehendak utama rakyat Cina dan misi utama yang ingin dicapai oleh Parti pada masa akan datang.
Sebagai contoh, menekankan untuk "meneruskan semangat juang kami" dalam resolusi berkenaan menunjukkan sikap yang jelas berhubung cabaran yang dihadapi oleh Parti sejak lima tahun yang lalu dan akan dihadapi pada masa akan datang, kata Yang Xuedong, seorang profesor sains politik di Tsinghua University.
"Apabila menghadapi keadaan yang lebih rumit, kami perlu melaksanakan perjuangan yang lebih sukar kerana kami menyasarkan untuk mencapai matlamat bercita-cita tinggi seperti membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan merealisasikan penggiatan semula negara," Yang memberitahu Global Times pada hari Sabtu.
Kongres turut bersetuju untuk memasukkan kenyataan ke dalam Perlembagaan Parti seperti "meningkatkan kesetiaan politik ke dalam ketenteraan, mengukuhkan ketenteraan melalui reformasi, sains dan teknologi serta latihan personel dan mengendalikan ketenteraan mengikut undang-undang; memartabatkan angkatan tentera rakyat ke tahap yang bertaraf dunia; melaksanakan dasar Satu Negara, Dua Sistem secara sepenuhnya, penuh setia dan tegas; menentang dan menghalang dengan tegas pihak pemisah yang menginginkan "kebebasan Taiwan."
"Semakan ini mengesahkan sekali lagi komitmen Parti untuk membina ketenteraan yang kuat dengan ciri-ciri China, melakar kemajuan yang mampan dan mantap dengan dasar Satu Negara, Dua Sistem, memajukan penyatuan semula negara, menggalakkan pembinaan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama serta memimpin arus kemajuan manusia," menurut resolusi tersebut.
Visi global
CPC bukan sahaja menumpu pada pembangunan dan takdir China, tetapi juga mempunyai visi yang lebih besar untuk menyumbang usahanya bagi menjadikan dunia yang lebih baik untuk seluruh umat manusia. Menurut resolusi yang diluluskan Kongres bersetuju untuk memasukkkan ke dalam Perlembagaan Parti kenyataan "berpegang teguh kepada nilai yang dikongsi bersama oleh umat manusia iaitu keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan; dan memajukan pembinaan dunia yang bersifat terbuka, inklusif, bersih dan indah yang menikmati keamanan yang berkekalan, keselamatan sejagat dan kemakmuran bersama."
Semakan ini mengesahkan sekali lagi komitmen Parti untuk membina ketenteraan yang kuat dengan ciri-ciri China, melakar kemajuan yang mampan dan mantap dengan dasar Satu Negara, Dua Sistem, memajukan penyatuan semula negara, menggalakkan pembinaan masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama serta memimpin arus kemajuan manusia, menurut resolusi tersebut.
Wang Yiwei, pengarah Institute of International Affairs di Renmin University of China, memberitahu Global Times bahawa ini menunjukkan CPC bukan sahaja berpandukan aspirasi asalnya dan misi untuk mencari kebahagiaan untuk rakyat China dan penggiatan semula bangsa Cina, tetapi juga "mempunyai idea yang lebih besar bagi mencapai kemajuan untuk umat manusia dan mencari 'Keharmonian Hebat' ('Datong' dalam bahasa Cina, masyarakat ideal tanpa peperangan dan ketaksamaan dalam budaya Cina) untuk dunia, "kerana dengan kuasa yang lebih besar datangnya tanggungjawab yang lebih besar.
China sedang memasuki atau telahpun memasuki pusat arena antarabangsa, maka, CPC perlu mempunyai idea yang lebih besar pada tahap yang lebih tinggi untuk melibatkan dan bukannya mengecualikan pelbagai nilai yang dikongsi bersama oleh negara-negara yang berbeza di serata dunia dan untuk membina masyarakat manusia dengan masa depan yang dikongsi bersama secara bersama, kata pakar.