SHANGHAI, 26 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kempen khidmat awam Go! 0 Carbon Walker Shanghai Electric yang dilancarkan pada Hari Berjalan Sedunia baru-baru ini melabuhkan tirai dengan jayanya.
Shanghai Electric menanam 1200 batang pokok bersama para peserta melalui kempen Go! O Carbon Walker.
Kempen ini menggalakkan orang ramai untuk berjalan daripada memandu dan, dengan berbuat demikian, membantu menjadikan masa depan karbon-rendah dapat direalisasikan. Setiap 2,000 langkah yang diselesaikan oleh peserta mewakili salah satu projek karbon-sifar firma ini, menyalakan lampu pada papan tanda yang ditetapkan. Sebaik sahaja setiap satu daripada lampu telah dinyalakan, cabutan bertuah diadakan dengan seorang peserta menerima hadiah percuma.
Satu lagi ciri kempen ini ialah 1,200 hadirin pertama yang menyelesaikan 20,000 langkah semasa acara tersebut akan menyertai Shanghai Electric di Yan'an, sebuah bandar di wilayah Shaanxi, China. Di sini, mereka akan menyaksikan nilai inisiatif alam sekitar secara dalam talian apabila mereka menanam Pokok Karbon-Sifar yang eksklusif sebagai peluang yang hakiki untuk mengambil bahagian dalam amalan karbon-rendah.
Sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan tentang apa yang diertikan untuk mematuhi prinsip ESG, usaha dalam sektor awam merupakan kunci kepada kemajuan sosial dengan impak yang luas serta mendalam ke atas alam semula jadi dan masyarakat.
Bertindak balas kepada misi kerajaan Cina untuk mencapai puncak karbon menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060 (dirujuk sebagai matlamat dwi karbon 30-60), Shanghai Electric telah menambah kekukuhan perniagaan miliknya sendiri melalui pelbagai amalan terbaik dan keupayaan yang mantap.
Dalam sektor tenaga dan pembuatan, dua bidang yang paling bertanggungjawab untuk penggunaan tenaga negara ini, Shanghai Electric telah membina sistem kuasa baharu yang komprehensif dan penyelesaian yang lengkap untuk taman perindustrian karbon-sifar futuristik sebagai langkah untuk menjadi peneraju dalam membantu kerajaan Cina mencapai matlamat penyahkarbonannya.
Menjadikan usaha menuju hijau sebagai bahagian yang penting dalam misinya, Shanghai Electric telahpun mengambil banyak langkah unutk mengurangkan secara meluas impaknya sebanyak yang mungkin ke atas persekitaran ekologi. Kemudahan kuasa terma 700MW dan kuasa solar fotovolta 250MW berkeluasan 44 kilometer persegi firma ini di Dubai ketika ini merupakan projek terma solar yang terbesar di dunia dari segi kapasiti terpasang, skala pelaburan dan storan tenaga garam lebur.
Semasa pembinaan kemudahan ini, Shanghai Electric menjadikan perlindungan terhadap alam sekitar sebagai keutamaan tertinggi, melantik agensi kebajikan haiwan profesional tempatan untuk menjalankan tinjauan di tapak dan mengatur pemindahan fauna tempatan yang selamat termasuk cicak, unta, antelop dan musang merah. Usaha berkenaan turut melibatkan penempatan semula lebih 200 batang pokok berharga yang telah membesar di tapak tersebut selama bertahun-tahun. Projek Dubai itu bukan sahaja menjadi penanda aras yang baharu untuk penjanaan kuasa solar global di bawah naungan inisiatif Jalur dan Jalan, tetapi turut mendemonstrasikan tindakan yang diambil oleh syarikat-syarikat Cina dalam melindungi alam sekitar dan memberi manfaat kepada mata pencarian rakyat semasa penglibatan mereka dalam projek-projek luar negara.
Syarikat ini turut memperluaskan inisiatif menuju hijaunya ke sektor awam. Pada tahun 2022, Shanghai Electric dan Green Carbon Foundation melaksanakan projek khidmat awam hijau yang mana 1,200 batang pokok ditanam di tebing barat Sungai Kuning di Yan'an, sebuah bandar di Wilayah Shaanxi bagi mencipta sebuah hutan karbon-rendah untuk melindungi sungai serta untuk membantu negara ini memenuhi matlamat dwi karbon 30-60 melalui tindakan praktikal. Shanghai Electric komited untuk memelihara planet ini dan menyokong idea-idea mesra alam dalam seluruh syarikat ini.
Pada bulan April 2021, Shanghai Electric memberi sumbangan sekali sahaja sebanyak 700,000 yuan bagi menyokong projek pembangunan ekonomi di Daerah Fengxian Shanghai, selain untuk memberi sokongan pemasaran kepada Pekan Zhuangxing di Daerah Fengxian bagi membantu penjualan hasil yang bernilai lebih 1.3204 juta yuan.
Firma ini turut memainkan peranan dalam mendorong kerjasama antara kawasan-kawasan barat dan timur negara ini serta menggiatkan semula kawasan luar bandar. Pada tahun 2021, Shanghai Electric Power Generation Group, Shanghai Mitsubishi Elevator dan Shanghai Electric Wind Power Group, tiga subsidiari Shanghai Electric, bekerjasama dengan tiga buah kampung di Derah Fuyuan, Qujing, Wilayah Yunnan yang mana setiap satu subsidiari ini memberi sokongan kepada salah sebuah kampung.
Sepanjang tahun 2021, Shanghai Electric menyediakan 450,000 yuan dalam dana bantuan untuk mengendalikan isu-isu praktikal yang dikenal pasti sambil membantu menyelesaikan isu-isu logistik dari segi menyampaikan lebih 9.0516 juta yuan nilai hasil ke tangan pengguna. Tindakan ini sangat membantu mempercepatkan penggiatan semula kawasan luar bandar.
Seawal tahun 2017, Shanghai Electric mula membina projek demonstrasi rawatan air teragih luar bandar pertama di Kampung Huapiao, Pekan Chenjia, Daerah Chongming. Tanpa mengeluarkan sebarang bau atau bunyi, stesen rawatan kumbahan domestik bersepadu 10 meter persegi kompak yang direka khas untuk daerah tersebut berupaya merawat dengan mudah kira-kira 30 tan kumbahan domestik yang dibuang setiap hari oleh lebih 100 isi rumah petani yang tinggal berdekatan dengan kampung tersebut.
Pada tahun 2020, Shanghai Electric menyusun satu pakej yang merangkumi peralatan rawatan kumbahan pintar bersepadu proprietarinya, kemudahan pasang siap, teknologi rawatan kumbahan, teknik mengorek sungai dan tasik serta kecerdasan digital dan teknologi maklumat mesra alam bagi membina penyelesaian pengurusan persekitaran air yang komprehensif dalam projek PPP rawatan kumbahan luar bandarnya di Daerah Huaiyuan, Bengbu, Wilayah Anhui.