omniture

JKN Global Group peroleh The Miss Universe Organization daripada IMG

JKN Global Group
2022-10-27 23:14 407
  • Transaksi akan meluaskan portfolio properti siaran dan hiburan JKN Global Group ("JKN") untuk menjadi penjana omnisaluran yang terkemuka di dunia.
  • Pemerolehan akan berusaha untuk membina legasi lebih 70 tahun The Miss Universe Organization termasuk pelaburan yang diperluaskan dalam peluang pelesenan dan pembarangan.
  • Menerusi pengumuman hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif JKN Anne Jakapong Jakrajutatip menjadi pemilik wanita pertama dalam sejarah The Miss Universe Organization.

BANGKOK, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- JKN, kongomerat media dan kandungan milik Thai, hari ini mengumumkan pemerolehan The Miss Universe Organization daripada IMG.

Anne Jakapong Jakrajutatip, Ketua Pegawai Eksekutif JKN Global Group dan pemilik wanita pertama The Miss Universe Organization
Anne Jakapong Jakrajutatip, Ketua Pegawai Eksekutif JKN Global Group dan pemilik wanita pertama The Miss Universe Organization

The Miss Universe Organization ialah sebuah organisasi inklusif bertaraf antarabangsa yang meraikan wanita daripada semua latar belakang, budaya dan tradisi serta wujud untuk memperjuangkan masa depan yang dibangunkan oleh wanita dan kebaikan buat semua. Ketika mencecah 71 tahun, MISS UNIVERSE® merupakan salah satu pertandingan yang paling lama berjalan dan paling banyak ditonton di dunia, disiarkan di 165 negara seluruh dunia dan dilihat oleh lebih setengah bilion orang setiap tahun.

Dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amy Emmerich dan Presiden Paula Shugart, Miss Universe Organization menyediakan platform global untuk lebih 10,000 wanita setiap tahun bagi mempengaruhi perubahan positif melalui aktiviti peribadi, profesional dan dermawan khusus di serata dunia. Pengumuman hari ini berserta perubahan peraturan baru-baru ini untuk mewujudkan kelayakan pesaing yang lebih besar mendorong selanjutnya komitmen Organisasi ini terhadap keterangkuman, dengan Ketua Pegawai Eksekutif JKN Global Group Anne Jakapong Jakrajutatip menjadi pemilik wanita pertama The Miss Universe Organization. Peralihan ini memperluaskan portfolio properti siaran dan media global JKN merentas hiburan dan produk pengguna. Pemerolehan oleh JKN ini akan dibina berdasarkan jenama dan visi kukuh The Miss Universe Organization, membangunkan proposisi yang bersepadu dan menarik dengan peluang-peluang baharu untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran-pasaran penting dan belum diterokai, termasuk Asia.

Semasa pengumuman tersebut, JKN berkongsi rancangannya untuk menjana nilai tambahan berdasarkan kekuatan semula jadi jenama Miss Universe, termasuk penampilan sulung MU Lifestyle yang akan datang: cabang pelesenan dan pembarangan baharu The Miss Universe Organization yang akan memanfaatkan kekuatan jenama Miss Universe dan portfolio gaya hidup JKN untuk mencipta rangkaian barangan baharu serta hiburan dan pelbagai peluang perniagaan yang mencerminkan kekuatan jenama ini.

Anne Jakapong Jakrajutatip, Ketua Pegawai Eksekutif JKN Global Group, berkata: "Kami amat berbesar hati kerana dapat memperoleh The Miss Universe Organization dan bekerjasama dengan pasukan kepimpinannya yang berwawasan. Jangkauan global Organisasi ini, hubungannya dengan rakan kongsi serta jenama global serta kekayaan kandungan, pelesenan dan peluang pembarangannya menjadikan pemerolehan ini sebagai penambahan strategik yang mantap kepada portfolio kami. Kami berusaha bukan sahaja untuk meneruskan legasinya bagi menyediakan platform kepada individu-individu bersemangat daripada pelbagai latar belakang, budaya dan tradisi, tetapi juga mengembangkan jenama ini untuk generasi akan datang."

Amy Emmerich, Ketua Pegawai Eksekutif dan Paula Shugart, Presiden, The Miss Universe Organization berkongsi: "Kami teruja untuk meneruskan evolusi The Miss Universe Organization bersama JKN. Hubungan kami bersama rakan kongsi dan jenama global menjadi semakin kukuh; dan pendekatan progresif kami terus meletakkan kami di kedudukan peneraju dalam industri kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IMG kerana menyediakan asas kepada kami untuk merealisasikan aspirasi kami untuk jenama ini."

 

Source: JKN Global Group
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers Women-related news