omniture

Hijau dan Pintar: Zoomlion Pamer Platform Udara Baharu, Produk Tolak Tanah dan Forklift di bauma 2022

Zoomlion
2022-10-28 00:16 298

MUNICH, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) membuka pamerannya di bauma 2022 di Munich, Jerman pada 24 Oktober. Dengan Vision Creates Future (Visi Cipta Masa Depan) sebagai temanya pada tahun ini, Zoomlion mempamerkan pencapaian utamanya baru-baru ini dalam teknologi dan pembangunan produk serta transformasi dalam pendigitalisan, kecerdasan dan kemampanan.

Green and Intelligent: Zoomlion Exhibits New Aerial Platforms, Earthmoving and Forklift Products at bauma 2022
Green and Intelligent: Zoomlion Exhibits New Aerial Platforms, Earthmoving and Forklift Products at bauma 2022

Zoomlion mempamerkan barisan komprehensif produk jentera yang canggih termasuk jentera tolak tanah, pengangkat, konkrit dan kerja udara serta kenderaan perindustrian.

Produk platform kerja udara (AWP) utama yang ditampilkan termasuk model angkat gunting, bum lurus dan jenis-engkol. AWP lengan-kren, luar-jalan, ion-litium terdorong diri ZA16JERT-Li dn ZA20JERT-Li membuat kemunculan sulung mereka di bauma. Dengan pemacu motor AC, ia dapat beradaptasi dengan pelbagai keadaan kerja, mencapai hingar rendah dan juga operasi bebas emisi.

Dua AWP elektrik bum lurus, ZT22JE dan ZT26JE, dipamerkan di bauma 2022. Dilengkapi dengan bateri litium 80V yang direka khas untuk aplikasi dalaman, kedua-dua model ini mempunyai kapasiti beban-berganda 300/450kg, meja berputar berterusan 360-darjah, pemacu empat-roda dan 45 peratus kebolehgredan (24°) untuk menyampaikan prestasi yang senyap, tanpa emisi dan cekap.

Bermula daripada sektor tolak tanah, lima produk pengorek yang dibangunkan untuk pasaran Eropah yang canggih dipamerkan. Tiga daripada produk ini (ZE18GU, ZE26GU dan ZE35GU) merupakan produk pengorek tanan-kecil yang mempunyai reka bentuk tanpa ekor dan sistem hidraulik peka-beban tersuai yang dapat meningkatkan keboleholahgerakan dan keandalan di samping mengupayakan diagnosis kesalahan automatik dan penyelenggaraan yang mudah.

ZE210GLC ialah pengorek 21-tan yang menekankan keselesaan, kawalan dan pengalaman penyelenggaraan peringkat-kereta. Ia mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 10 peratus melalui anjakan besar kawalan aliran positif elektronik disesuaikan dengan teknologi RPM yang rendah dan turut dilengkapi dengan sistem panduan pintar 2D/3D, pagar elektronik, pengecaman suara bagi meningkatkan kecekapan operasi. Pemuat kemudi kelincir ZS090V mempunyai peranti angkat menegak dengan kapasiti pemuatan 10 peratus lebih tinggi daripada peranti angkat membulat manakala reka bentuk modularnya membolehkan pemuat untuk membawa lebih 200 jenis alat fungsian bagi melengkapkan pelbagai tugasan.

Zoomlion turut mempamerkan forklift pintar dan hijau yang baharu termasuk model-model ion-litium FB25H dan FB35S. Kedua-duanya dilengkapi dengan kawalan elektrik tarikan AC dan kawalan elektrik pam AC manakala motor dilengkapi dengan sensor suhu dan kelajuan bagi merealisasikan perlindungan dan penyelenggaraan autonomi. Fungsi bref regeneratifnya dapat memulihkan 25 peratus tenaga apabila membrek, lalu melanjutkan hayat baterinya dengan signifikan.

Pendigitalisan sebagai keutamaan tinggi Zoomlion

Zoomlion telah meletakkan pendigitalisan sebagai yang tertinggi dalam senarai keutamaannya dan di bauma 2022 syarikat ini memaparkan platform pengurusan jarak jauh pintar untuk jentera kerja udara dan jentera tolak tanah. Platform pintar buatan khas untuk pemantauan dan pengurusan sewa boleh menyelesaikan tugas dengan cepat seperti penentududukan/pemantauan peralatan, diagnosis kesalahan, mengunci/membuka kunci dan banyak lagi, di samping turut membantu pelanggan mengurus kontrak sewa dan pembayaran serta memperoleh maklumat peralatan waktu sebenar dari jauh.

Zoomlion akan menganjurkan satu siri acara pelancaran produk baharu, seminar produk dan jerayawara di bauma 2022. Sila kunjungi reruai FS905/2 untuk maklumat dan pandangan lanjut.

"Zoomlion berbesar hati untuk membawakan produk pintar dan mampan serta perkhidmatan pendigitalisan dan berkongsi bersama rakan kongsi kami di bauma 2022," kata Fan Zhide, Penolong Pengurus Besar Zoomlion Overseas Company. "Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-30 Zoomlion dan sebagai peneraju industri perintis yang komited untuk membawa nilai kepada pelanggan dan memenuhi tanggungjawab sosial korporat, kami komited untuk memajukan transformasi digital, pintar dan hijau serta menyumbang kepada masa depan yang lebih baik, lebih mampan."

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation New products/services Trade show news