omniture

Hentak PRT Tawarkan Kualiti dan Prestasi OEM Diuji dan Dijamin

PRT (Performance Ride Technology)
2022-10-28 08:05 247

Dengan portfolio terkemuka dengan lebih 1,500 hentak dan topang, produk PRT diuji mengikut piawaian antarabangsa tertinggi yang menjamin hayat perkhidmatan yang andal dan panjang.

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Performance Ride Technology (PRT), salah satu pengeluar terbesar Hentak, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap di dunia, mengetengahkan ujian ketat produknya yang menjadikannya pilihan yang tepat sebagai pengganti berkualiti OEM.

Dengan Lebih 1500 nombor alat di Asia Tenggara --- PRT
Dengan Lebih 1500 nombor alat di Asia Tenggara --- PRT

Telahpun menjadi peneraju pasaran dengan lebih 1,500 nombor alat yang berbeza (hentak dan topang sahaja) dalam Asia Tenggara dan menawarkan alat ganti untuk model-model kereta yang paling terkini, PRT berminat untuk memberi pilihan yang terbaik dan paling luas yang tersedia kepada pengguna tanpa mengira keperluan mereka.

Diuji ke standard tertinggi

Memenuhi spesifikasi OE yang amat ketat serta piawaian tingginya yang tersendiri, pengeluaran dalaman yang lengkap serta pemasangan semua produk – termasuk alat ganti tugas sederhana dan tugas berat – yang membolehkan PRT mengawasi pemeriksaan penuh setiap alat ganti, bagi menjamin kualiti tingginya yang unik.

Ujian yang pelbagai termasuk:

  • Jadual ujian halaju rendah dan tinggi – membolehkan pengawalaturan tetapan peredam dan keselesaan tunggangan yang berkaitan
  • Ketahanan – Menguji alat ganti secara sepenuhnya bagi memastikan ketahanan dan perilaku dalam tempoh jangka panjang tetap luar biasa
  • Pengesahan peredam dan dimensi – Setiap kumpulan melibatkan alat ganti yang diuji di dalam makmal

Barisan hentak dan topang PRT diperakui Sistem Pengurusan Kualiti TUV/SUD ISO/TS16949 tetap menjadi pilihan terbaik untuk semua jenis kenderaan. Produk PRT dicas dengan nitrogen untuk menghapuskan pengudaraan, yang dapat meningkatkan prestasi pemanduan dan pengendalian serta dikeluarkan di bawah proses kualiti OE paling ketat yang diperlukan oleh pembuat auto utama.

"Penyerap kejutan PRT benar-benar diuji bagi menjamin hayat perkhidmatan yang panjang, pengekalan bendalir dan gas yang lebih baik, peningkatan ketahanan pengedap, prestasi optimum dalam semua keadaan serta pengendalian yang lebih teguh dan lebih selamat tanpa menjejaskan keselesaan. Sebagai pengeluar OE, misi kami di PRT adalah sentiasa untuk menawarkan Kualiti OEM untuk semua produk kami," tegas Bruno Bello, Pengarah Kategori dan Pemasaran di PRT.

Maklumat lanjut tentang produk PRT dalam Pasaran Asia boleh dirujuk melalui ann.budsamalee@add-asia.com (hubungi +66 (61) 541-5546) atau melalui laman sesawang kami www.prtautoparts.com. Ikuti kami di rangkaian sosial kami @prtautopartsasia

 

Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation