omniture

FII Institute lancar anugerah teknologi baharu

FII Institute
2022-10-28 10:05 250

RIYADH, Arab Saudi, 27 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Yayasan bukan untung global, Future Investment Initiative (FII) Institute, hari ini mengumumkan pelancaran 'Algoritmi Prize' dengan sokongan daripada penerbit penyelidikan global Springer Nature. Hadiah sains dan teknologi tahunan ini telah diwujudkan untuk meraikan penyelidikan kecerdasan buatan (AI) dan robotik yang berpotensi untuk menghasilkan penyelesaian dunia sebenar yang menangani cabaran global.

Setiap tahun Algoritmi Prize akan menumpukan pada cabaran global berbeza yang dihadapi komuniti dunia merentas topik seperti jaminan makanan dan air, penjagaan kesihatan, tenaga dan perubahan iklim. Semua pemohon yang layak akan dijemput ke pertandingan terbuka, dinilai oleh panel pakar global yang bebas.

Para pemenang akan menerima dana untuk membangunkan dan menskalakan teknologi mereka, dan pada masa yang sama mendapat akses kepada platform FII Institute, wadah yang membolehkan mereka berkongsi penyelidikan mereka dengan para pelabur, ahli akademik dan pembuat keputusan. Permohonan akan dibuka dalam bulan Januari 2023, dan para pemenang akan diumumkan Oktober 2023 dalam FII Edisi Ke-7.

Tambahan pula, hadiah akan diiringi oleh simposium tahunan di perjumpaan FII, melibatkan ucapan daripada penceramah berprofil tinggi dalam bidang robotik. Simposium ini akan menghimpunkan delegasi dari seluruh akademia, kerajaan dan industri dengan kepentingan yang sama, mewujudkan laluan bagi perbincangan dalam robotik dan mendorong inovasi lebih jauh lagi.

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, mengulas, "Misi kami di FII Institute adalah untuk mencipta impak ke atas kemanusiaan, dengan tumpuan pada empat bidang utama, termasuk kecerdasan buatan dan robotik. Menerusi pelancaran Algoritmi Prize, kami berharap dapat menggalakkan pemikir-pemikir yang bijaksana dari seluruh dunia untuk berkongsi idea kreatif mereka dengan para pelabur dan pembuat keputusan dan mengubahnya menjadi penyelesaian dunia sebenar untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi manusia di seluruh dunia."

Pengiktirafan global terhadap kepentingan AI dan robotik dalam menyelesaikan isu global semasa semakin meningkat, dan bilangan kertas yang diterbitkan dalam jurnal sains telah menyaksikan peningkatan yang amat besar berbanding tahun sebelumnya. Tatkala teknologi baharu mula muncul, jelas sekali wujudnya keperluan mendesak untuk penyelidikan robotik menumpukan pada penyelesaian dunia sebenar demi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar yang kita hadapi hari ini.

Pembangunan program hadiah telah dilaksanakan dengan kolaborasi bersama penerbit penyelidikan global Springer Nature, dengan kepakaran mereka merentas komunikasi saintifik dan penyelidikan, akan terlibat dalam panel penghakiman dan penilaian penyertaan bagi hadiah terulung.

Steven Inchcoombe, Ketua Pegawai Penerbitan berkata, "Program anugerah menyediakan platform yang penting untuk mengiktiraf penyelidik yang meluaskan pendekatan berasaskan bukti untuk menangani cabaran global. Kami berbesar hati untuk menyokong anugerah baharu ini yang mana FII akan menyuluh jalan kepada penyelidikan berpengaruh yang baru muncul dalam AI dan robotik."

NOTA KEPADA EDITOR

Lampiran fakta acara boleh ditemui di sini.

Latar Belakang FII Institute

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global baharu yang mempunyai cabang pelaburan dan dengan satu agenda: Impak ke atas Kemanusiaan. Global, inklusif dan komited pada prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami memupuk minda hebat dari seluruh dunia dan menukarkan idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Publishing/Information Service Awards Not for profit STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)