omniture

Satu Lagi Kejayaan Pembayaran Balik Pelaburan EB-5 Dana Imigresen A.S.

U.S. Immigration Fund
2022-10-28 14:49 215

JUPITER, Florida, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dana Imigresen A.S (USIF) amat berbesar hati mengumumkan pembayaran balik penuh kepada 113 pelabur daripada projek AREA15 di Las Vegas, Nevada. Proses pembayaran balik ini membantu memudahkan matlamat pelabur untuk memperoleh status pemastautin tetap dan pulangan tinggi daripada modal yang telah mereka laburkan.

"Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa jutaan dolar telah dibayar balik kepada para pelabur EB-5 dalam satu lagi tawaran projek kami, AREA15," kata Nick Mastroianni II, Pengerusi USIF. "Kami berbangga kerana projek-projek yang di antaranya seperti AREA15 telah menjadi suatu kejayaan ekonomi dan imigresen kepada para pelabur kami dan pencipta pekerjaan utama untuk ekonomi Amerika Syarikat. Setelah membantu lebih 5,000 buah keluarga memperoleh status pemastautin tetap di Amerika Syarikat, kami tidak sabar untuk membantu lebih banyak lagi keluarga pada tahun-tahun akan datang. AREA15 di Las Vegas mencerminkan projek masa depan USIF yang memberi tumpuan terhadap penyertaan program. Tahniah diucapkan kepada semua para pelabur dan keluarga mereka."

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, USIF telah berjaya mengumpul modal bagi tujuan pembiayaan pembangunan hartanah yang layak dan peluang pelaburan dengan mewujudkan berpuluh-puluh ribu pekerjaan dan menggunakan lebih $2.9 bilion dalam projek hartanah di seluruh Amerika Syarikat yang sekali gus menjadikan USIF sebagai salah sebuah pengendali sah Pusat Serantau EB-5 yang paling prolifik Amerika. Kongres A.S. telah mewujudkan Program EB-5 pada tahun 1990 bagi membolehkan Pelabur Asing mendapat Visa A.S. dengan melabur dalam perniagaan A.S. yang akan memberi manfaat kepada ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

AREA15 terletak tidak jauh dari Las Vegas Strip. AREA15 yang dibangunkan oleh Fisher Brothers dan melalui kerjasama dengan agensi kreatif, Beneville Studios, merupakan sebuah bazar beli-belah dan hiburan moden yang berkonsep terbuka dan imersif. Projek AREA15 ini terdiri daripada 126,000 kaki persegi ruang yang boleh disewa; 68,000 kaki persegi ruang tingkat bawah yang boleh disewa; 40,000 kaki persegi ruang acara dalaman dan luaran serta 25,000 kaki persegi ruang untuk kesenian, persembahan, hiburan pengalaman, makanan dan peruncitan – yang kesemuanya telah disewakan sepenuhnya. Penyewa terkenal termasuk Meow Wolf, Emporium Arcade, Dueling Axes, 5 Iron Golf, Wink World, Museum Fiasco dan Kappa Toys serta banyak lagi.

Para pelabur yang berminat dengan Program Visa EB-5 kini boleh melanggan projek Wave Spa USIF yang terletak di pinggir laut Atlantik, New Jersey. Wave Spa akan membina sebuah hotel tepi pantai yang baharu yang terletak berhampiran dengan kawasan-kawasan utama termasuk Bandar Raya New York dan Philadelphia.

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SAMA ADA ANDA LAYAK UNTUK PROGRAM VISA EB-5 

Dana Imigresen A.S.- NJ, LLC ("USIF-NJ"), Pusat Serantau EB-5 yang sah telah menaja Projek Wave Spa untuj bakal pelabur EB-5. Wave Spa sedang dibangunkan oleh pemaju hartanah yang sangat terkenal dan dihormati dengan pengalaman yang berjaya selama beberapa dekad. USIF-NJ menjalin kerjasama yang berjaya dengan pemaju Wave Spa dalam pembangunan hartanah sebelum ini di mana sebuah syarikat gabungan USIF-NJ telah mengumpul dan diberikan pinjaman sebanyak $50 juta untuk salah sebuah projek hartanah EB-5 mereka sebelum ini dan berjaya mengembalikan modal pelaburan tersebut lebih awal daripada yang dijadualkan. INI BUKAN SATU TAWARAN UNTUK MENJUAL SEKURITI. Maklumat yang terkandung dalam siaran ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual sekuriti atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti dan tidak akan ada jualan sekuriti di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sedemikian adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut.

HUBUNGI KAMI: info@usifund.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1884862/USIF_Logo.jpg?p=medium600

Source: U.S. Immigration Fund
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate Investment opinions