LambdaTest telah melancarkan awan ujian Playwright yang dikuasakan oleh HyperExecute dan mengumumkan penyepaduan mendalam dengan Microsoft Azure DevOps dan GitHub Actions. Kemahiran, pensijilan dan tawaran eksklusif Playwright kepada para pelanggan Microsoft direka untuk mengurangkan halangan penerimagunaan. LambdaTest juga merupakan sebuah syarikat pempamer dan rakan kongsi yang ditampilkan di Microsoft Ignite.
SAN FRANCISCO dan NOIDA, India, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- LambdaTest, platform awan ujian kualiti berterusan yang terkemuka, telah menjalin kerjasama dengan Microsoft dalam pelbagai bidang untuk membolehkan pembangun mengurangkan gangguan dan dengan demikian, dapat membantu perniagaan memasuki pasaran dengan cepat. Kerjasama ini merangkumi penyepaduan teknologi mendalam, kursus pensijilan dan tawaran eksklusif kepada para pelanggan Microsoft.
Platform pengorkestraan ujian pintar LambdaTest, HyperExecute yang bersepadu dengan Azure, turut disepadukan dengan Azure DevOps dan GitHub Actions untuk mendayakan ujian yang lancar buat para pelanggan perusahaan Microsoft.
Pengguna kini dapat memulakan pengorkestraan ujian pada HyperExecute tanpa membuat sebarang perubahan kepada tetapan CI/CD pada Azure DevOps. Selain itu, ia juga boleh memudahkan aliran kerja dan mengautomasikan pelaksanaan ujian secara pintar pada HyperExecute menggunakan Azure Pipelines.
Seterusnya, penyepaduan HyperExecute dengan GitHub Actions turut memperkemas pemantauan dan pengurusan semua pepijat pada satu tempat. Pengguna boleh melog pepijat pada repositori GitHub terus daripada HyperExecute LambdaTest, hanya dengan menekan butang. Ini menghasilkan penggunaan kod yang mudah dan penghantaran yang boleh dipercayai.
Dengan adanya tetapan penyepaduan ini, pembangun dan penguji akan dapat mengalami persekitaran tanpa gangguan apabila mereka melakukan komitmen kod, malah perusahaan juga dapat memasuki pasaran dengan lebih cepat.
Selain itu, pengguna Playwright kini boleh menjalankan skrip dalam persekitaran hiper skala dan selamat pada awan ujian HyperExecute Playwright yang sangat pantas. Perusahaan juga mampu mempercepat maklum balas pembangun dan menghasilkan kepantasan dengan mengurangkan masa kitaran triaj ujian. Infrastruktur HyperExecute yang sangat dipercayai dan selamat disepadukan dengan lancar dengan teknologi sedia ada untuk memberikan pengalaman ujian yang terbaik kepada perusahaan.
LambdaTest turut melancarkan dua kursus pensijilan Playwright iaitu (Playwright 101 untuk pemula dan Playwright 102 untuk pengguna mahir) bagi membantu pembangun/penguji menyediakan rangka kerja mereka dengan lebih pantas.
"Pembangun dan penguji berusaha keras setiap hari kerana mereka perlu menukar ganti pelbagai alatan dan platform untuk menjalankan ujian mereka yang menyebabkan berlakunya pelbagai halangan dan gangguan. Penyepaduan HyperExecute dengan Microsoft Azure DevOps dan GitHub Actions akan menyelaraskan keseluruhan aliran ini sekali gus membolehkan pembangun dan penguji menumpukan perhatian kepada kemahiran mereka," kata Maneesh Sharma, Ketua Pegawai Operasi LambdaTest. "Dengan HyperExecute, pengguna Playwright akan dapat menjalankan skrip mereka dengan lancar dan menikmati pelaksanaan ujian yang lebih pantas dan seterusnya, masa ke pasaran yang lebih cepat. Selain itu, kursus pensijilan kami yang dikaji secara mendalam akan membantu pengguna meningkatkan strategi mereka."
Pelanggan Microsoft Enterprise yang menggunakan sama ada Playwright, GitHub Actions atau Azure DevOps boleh mendaftar untuk tawaran tempoh terhad dan mendapatkan akses percuma kepada 3 sesi HyperExecute serentak.
LambdaTest juga merupakan pempamer di acara tahunan Microsoft yang amat dinanti-nantikan iaitu Microsoft Ignite (12-14 Oktober 2022) yang menampilkan teknologi terbaik seterusnya daripada Microsoft dan rakan kongsinya, pembuat keputusan teknikal dan pelaksana teknologi maklumat.
"Di Microsoft Ignite, di mana kami merupakan syarikat pempamer dan rakan kongsi yang ditampilkan, kami mengadakan perbincangan yang merangsang minda dan bertemu dengan syarikat-syarikat yang mempunyai fikiran yang sama. Ia merupakan suatu pengalaman yang benar-benar hebat," kata Maneesh Sharma.
"Di Microsoft, menyampaikan pengalaman pembangun yang lancar merupakan keutamaan kami dan teknologi Microsoft Cloud menawarkan platform yang luar biasa kepada para pembangun untuk mengguna dan membina aplikasi serta penyelesaian. Penyepaduan HyperExecute dengan Microsoft Azure DevOps dan GitHub Actions ialah cara terbaik untuk memberikan ketangkasan dan produktiviti kepada pembangun dan penguji dan pada masa yang sama, turut menyediakan bahan latihan yang diperlukan untuk memanfaatkan tawaran ini sebaiknya," kata Venkat Krishnan, Pengarah Eksekutif Penyelesaian Rakan Kongsi Global Microsoft, India.
Tentang LambdaTest
LambdaTest ialah sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang membantu pembangun dan penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 10,000 pelanggan serta lebih satu juta pengguna merentasi lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.
Platform LambdaTest menyediakan pengorkestraan ujian yang selamat, boleh ditingkatkan dan bermaklumat untuk para pelanggan pada peringkat yang berbeza dalam kitaran hayat Operasi Pembangunan (CI/CD) mereka:-
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://lambdatest.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600