Permohonan Dibuka kepada Ahli Teknologi Elit yang ingin Menyertai Cabaran Global dengan Hadiah Terkumpul bernilai USD10,000
NEW YORK, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Andela, pasaran global untuk bakat teknikal jarak jauh, telah membuka permohonan untuk Pertandingan EPIC yang akan datang. Melalui kerjasama dengan HackerEarth dan Payoneer, pertandingan ini akan menyaksikan para pembangun elit bekerjasama secara berpasukan untuk menghasilkan prototaip suatu penyelesaian yang akan memberi kesan positif kepada tenaga kerja jarak jauh global yang semakin meningkat.
Para peserta dibenarkan untuk berada di mana-mana sahaja di dunia tetapi mesti memilih sebuah negara untuk diwakili dalam 4 rantau yang berbeza: Amerika, Eropah, Afrika Timur Tengah atau Asia Pasifik. Selaras dengan fokus Andela untuk membantu syarikat-syarikat membina pasukan kejuruteraan jarak jauh, para pengekod akan menggodam dan mereka bentuk produk yang akan membantu menyelesaikan masalah masa depan pekerjaan. Terdiri daripada dua pusingan, pusingan awalnya akan menyaksikan pasukan atau individu mengambil bahagian dalam Cabaran Pengekodan EPIC, di mana mereka akan dinilai berdasarkan keupayaan pengekodan mereka. Cabaran selama 3 jam ini akan menyaksikan para peserta bersaing untuk mengungguli carta kedudukan.
Satu senarai pendek yang melibatkan 16 pasukan [empat pasukan daripada setiap rantau] akan mendapat akses eksklusif kepada Hackathon Pekerja Jarak Jauh EPIC mulai 28 November 2022, di mana mereka akan menghabiskan masa selama sepuluh hari untuk melakukan penggodaman sebelum membentangkan penyelesaian mereka kepada panel hakim. Hasil kerja akhir setiap peserta akan dinilai berdasarkan kemahiran penyelesaian masalah dan pembangunan produk serta berdasarkan nilai EPIC Andela. Mereka digalakkan supaya:
Pasukan yang mempunyai tiga penyelesaian paling kukuh yang terbaik dari segi Kreativiti, Impak, Kebolehlaksanaan dan Kebolehskalaan akan diberikan hadiah wang tunai bernilai USD10,000 serta barangan daripada Andela dan rakan kongsi lain.
Mengulas tentang hackathon ini, Michael Starkenburg, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi berkata: "Melalui pertandingan EPIC ini, kami mewujudkan pengalaman yang akan membantu para pembangun di seluruh dunia menguji kemahiran dan bekerjasama dengan mereka yang lain sambil menunjukkan potensi untuk membangunkan penyelesaian yang bermakna untuk memberi kesan positif kepada bilangan pekerja jarak jauh yang semakin meningkat di seluruh dunia. Hackathon menggalakkan para peserta untuk memanfaatkan kreativiti mereka, dan kami menantikan penyelesaian kreatif yang akan dihasilkan oleh pakar teknologi."
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penerimagunaan utama bagi pekerjaan jarak jauh telah menyaksikan pertumbuhan yang begitu pesat, dengan 56% daripada syarikat global membenarkan kerja jarak jauh, manakala 16% daripada syarikat global mengadaptasikan kerja jarak jauh sepenuhnya, menurut kajian oleh Owl Labs. Hackathon akan memberi inspirasi kepada penyelesaian yang boleh memperkasakan masa depan pekerjaan jarak jauh di seluruh dunia.
Membincangkan tentang pertandingan ini, Carlos Carrascal, Pengurus Pemasaran Kanan Bakat di Andela berkata: "Bakat ada di mana-mana di seluruh dunia. Teknologi hari ini mewujudkan peluang yang kini semakin pelbagai dan inklusif - tidak kira di mana jua anda dilahirkan, tempat anda tinggal, umur atau jantina anda. Di Andela, kami telah mencipta pertandingan EPIC ini sebagai satu ruang untuk para jurutera mempamerkan kemahiran mereka, mewakili negara mereka, berseronok serta menjadi sebahagian daripada pasukan terbaik di rantau mereka - dan di seluruh dunia."
Dilancarkan pada tahun 2014, Andela membantu syarikat-syarikat seperti GitHub, Goldman Sachs dan Cloudflare membina pasukan kejuruteraan jarak jauh dengan menyediakan akses kepada jurutera perisian terbaik di dunia. Hari ini, rangkaian Andela mewakili bakat kejuruteraan dari lebih 100 buah negara.
Permohonan akan ditutup pada 26 November 2022, dengan pasukan yang disenarai pendek akan dinilai dalam acara akhir dan majlis penyampaian hadiah yang akan distrim secara langsung pada 13 Disember 2022. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran tentang pertandingan EPIC, sila berkunjung ke sini.
Untuk maklumat tambahan tentang Andela atau permintaan temu bual, sila hubungi Maria Adediran daripada Wimbart | di andela@wimbart.com
Tentang Andela
Andela ialah sebuah rangkaian bakat global yang menghubungkan syarikat-syarikat dengan para jurutera jarak jauh yang disaring dengan teliti di pasaran baru muncul. Beratus-ratus syarikat terkemuka seperti GitHub, Cloudflare dan ViacomCBS memanfaatkan Andela untuk mengembangkan pasukan kejuruteraan mereka dengan cepat dan pada kos yang menjimatkan. Merupakan sebuah organisasi teragih di enam buah benua, Andela disokong oleh para pelabur, termasuk Generation Investment Management, Chan Zuckerberg Initiative, Spark Capital dan Google Ventures.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1931927/Andela_EPIC_Tournament_Hero.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1931928/Andela_EPIC_Tournament.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1881755/AND_Logo_Lockup_Black_RGB_Logo.jpg?p=medium600