omniture

Dengan Inovasi dan Teknologi Cemerlang, Hisense Sasar Jadi Teman Sempurna Pelanggan untuk FIFA World Cup Qatar 2022™

Hisense
2022-10-29 01:08 2241

QINGDAO, China, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dalam dekad-dekad yang lalu, Hisense, pengeluar perkakas rumah dan barangan elektronik bertaraf global, berkembang menjadi peneraju dalam pasaran perkakas rumah di dunia. Dikuasakan oleh inovasi dan teknologi canggih, Hisense sentiasa berusaha untuk menyediakan kepada pelanggannya dengan keseronokan hidup tahap pertama serta gaya hidup yang premium.


Tahun ini, sebagai penaja rasmi FIFA World Cup Qatar 2022™, Hisense melancarkan siri produk disesuaikan, bersiap sedia untuk menyediakan pengalaman tontonan FIFA World Cup™ yang unggul dan menjadi teman sempurna pelanggan semasa berlangsungnya acara bola sepak yang paling dinanti-nantikan ini.

Siri TV ULED dan TV Laser: Menyampaikan Keseronokan Tahap-Stadium

Tatkala FIFA World Cup Qatar 2022™ semakin menghampiri, Hisense memaparkan barisan TV baharunya dengan teknologi yang terkini, bertujuan untuk menyediakan kepada pelanggan global dengan pengalaman menonton tempat-duduk-depan.

Hisense Laser TV
Hisense Laser TV

TV ULED U7 Hisense mengupayakan pengalaman menonton perlawanan yang sempurna dengan mengintegrasikan Mod Sukan AI, Ultra Gerakan 120Hz dan teknologi gambar yang paling terkini seperti Pemalapan Setempat Tatasusunan Penuh dan Warna Bintik Kuantum. Selain daripada menstrim acara sukan, TV ULED U7 juga merupakan pilihan yang tidak dapat ditandingi untuk pelbagai senario kehidupan: fungsi adaptif cahaya ambien membolehkannya untuk menjadi pilihan yang tepat bagi mewujudkan ruang pawagam rumah; ciri Game Mode PRO yang diperakui oleh AMD Freesync Premium menawarkan kesemua sokongan yang diperlukan untuk pemain, menyampaikan kepada pelanggan dengan kualiti imej permainan terbaik dan keasyikan permainan yang dipertingkat.

Selain itu, TV Laser L9H Hisense, dengan keupayaannya untuk menyokong resolusi sehingga 4K Ultra HD dapat mempersembahkan perlawanan dalam definisi tinggi dan juga dengan cara yang memukau, bermula daripada gerak kaki pemain yang kompleks kepada wajah dalam khalayak yang bersorak. Teknologi laser Tri-Chroma yang mengubah keadaan boleh mencecah 107% ruang warna BT. 2020, seterusnya memberikan persembahan gambar yang lebih terang dan autentik.

Sektor Perkakas Rumah: Memenuhi Keperluan Pelanggan

Hisense home appliances make life easier and smoother
Hisense home appliances make life easier and smoother

Selain daripada siri TVnya, Hisense turut mencapai prestasi cemerlang dalam sektor perkakas rumah, bermula daripada peti sejuk, penyaman udara pintar hinggalah mesin basuh. Menggunakan teknologi pintar, perkakas rumah Hisense komited untuk meningkatkan pengalaman rumah.

Hisense Auto Dosing Washing Machine adalah sangat mudah dan menjimatkan tenaga, dengan satu isian detergen untuk 16 kali ganda cucian dobi. Hisense Energy Pro Plus Air Conditioner, membawakan AI Smart, merealisasikan kawalan suhu, kelembapan, kelajuan angin dan arah angin yang tepat. PureFlat Series Refrigerator pemenang anugerah pula dapat memberi pengalaman penyejuk beku yang lebih baik semasa kehangatan perlawanan dengan pendispens Ais & Air yang disepadukan. Produk-produk ini dapat berfungsi sebagai pelengkap yang hebat kepada tontonan permainan dan gaya hidup premium, menekankan sekali lagi dedikasi Hisense untuk menjadi jenama yang mengutamakan pengguna.

Bermula daripada barangan elektronik hinggalah barangan putih, agenda penting setiap produk Hisense adalah untuk meningkatkan kepuasan dan pengalaman pelanggan. Pada masa akan datang, Hisense akan tetap berpegang teguh kepada visi asal dan sentiasa melancarkan produk yang dapat memenuhi kepentingan dan keperluan orang ramai.

 

Source: Hisense
Related Stocks:
Shanghai:600060
Keywords: Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Sports Contracts