omniture

Mesir bersedia untuk menganjur persidangan COP27 yang penting

COP27
2022-10-29 01:40 2168
  • Bakal Presiden COP, T.Y.T Sameh Shoukry menyelia persiapan COP27 sebelum persidangan tersebut berlangsung di Sharm El Sheikh, Mesir dari 6-18 November
  • Mesyuarat diadakan dengan para pegawai UNFCCC dan pasukan Bakal Presiden untuk memeriksa persiapan yang dijalankan
  • Persiapan adalah mengikut jadual bagi menyambut kedatangan para peserta dari seluruh dunia ke Sharm El Sheikh, Mesir dengan lebih 30,000 perwakilan akan berkumpul dan bertindak terhadap perubahan iklim

SHARM EL SHEIKH, Mesir, 28 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- T.Y.T Sameh Shoukry, Menteri Hal Ehwal Luar Negara Mesir yang juga Bakal Presiden COP27 menegaskan bahawa Mesir "bersedia" untuk menerima kedatangan para pemimpin dunia, perwakilan dan pihak berkepentingan iklim bagi menyertai persidangan tersebut di bawah slogan "Together for Implementation" atau ''Pelaksanaan Bersama-sama", setelah melakukan pemeriksaan di lokasi bagi persiapan COP27 di Sharm El Sheikh, Mesir.

H.E. Sameh Shoukry, Egyptian Minister of Foreign Affairs and COP27 President-Designate, checking on the preparations for COP27.
H.E. Sameh Shoukry, Egyptian Minister of Foreign Affairs and COP27 President-Designate, checking on the preparations for COP27.

COP27 yang bakal berlangsung pada 6 November dan penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia pada 7 dan 8 November, dijangka akan menjadi antara perhimpunan pihak berkepentingan iklim yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh COP yang menyaksikan lebih 30,000 perwakilan telah mendaftar.

Mengulas tentang persiapan persidangan tersebut, T.Y.T Shoukry berkata: "Kepresidenan COP27 Mesir bersedia untuk menerima kedatangan komuniti iklim dari seluruh dunia ke Sharm El Sheikh pada bulan November ini. Sebagai negara yang menjadi Presiden COP27, kami berusaha dengan bersungguh-sungguh mewujudkan persekitaran kondusif untuk rundingan yang berjaya dan memperoleh hasil yang bercita-cita tinggi, boleh dipercayai dan kukuh."

"Kami akan menetapkan persekitaran di mana kami berharap semua pelaku negara dan bukan negara akan bersatu dengan pemikiran yang kolaboratif dan konstruktif dalam melaksanakan tindakan terhadap iklim.  Saya yakin bahawa komuniti antarabangsa akan memberikan usaha yang terbaik dan memastikan kejayaan COP27 yang memberi kesan. Kami akan terus menggesa komuniti antarabangsa untuk mengambil keputusan transformasi yang diperlukan bagi bertindak balas terhadap masalah utama kecemasan iklim yang kita hadapi ini."

T.Y.T Shoukry telah melawat lokasi mesyuarat yang diadakan pada minggu ini dengan para pegawai UNFCCC dan Pasukan Presiden COP27 bagi memantau persiapan terakhir di lokasi sebelum persidangan ini berlangsung.

NOTA KEPADA EDITOR
Imej akhbar untuk digunakan dengan kisah ini, boleh didapati di sini.
Presiden COP27:comms@cop27.eg
+20 (0)2 23588326
www.cop27.eg

Twitter: @COP27P

Video "Act Now" - https://www.youtube.com/watch?v=N0k-EXPLmm4

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1931787/COP27_President.jpg?p=medium600

Source: COP27
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Trade show news