omniture

Penyelesaian storan tenaga semua-senario CATL jadi tumpuan di All Energy Australia

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-10-29 02:47 2284

NINGDE, China, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, membawakan penyelesaian storan tenaga semua-senario cemerlangnya di All Energy Australia, acara tenaga bersih yang terbesar dan paling dinanti-nantikan di Australia, yang diadakan mulai 26-27 Oktober di Melbourne, Australia.


Menampilkan hayat perkhidmatan yang panjang, penyepaduan tinggi dan tahap keselamatan yang tinggi, EnerOne, sistem bateri pendinginan cecair luar utama CATL menggamit perhatian khususnya di reruainya.

  • Dilengkapi dengan 280 sel Ah LFP, EnerOne mempunyai kitaran hayat hingga 10,000 kitaran dan disokong oleh sistem pendinginan cecair bersepadu, perbezaaan suhu antara sel-sel dapat dikawal dalam 3 darjah Celsius, penambahbaikan yang besar berbanding purata industri iaitu 5 hingga 8 darjah Celsius yang turut menyumbang kepada hayat perkhidmatannya yang panjang.
  • Dengan ruang lantai hanya berkeluasan 1.69 meter persegi, strukturnya yang kompak mengambil 35% kurang ruang lantai berbanding produk pendinginan udara tradisional, lalu mengurangkan lagi kos pembinaan. Ia juga serasi dengan penyongsang dengan voltan operasi bermula daripada 600 hingga 1,500 volt.
  • EnerOne telah lulus pelbagai ujian kritikal pada tahap sel, modul dan rak. Ia telah memperoleh laporan ujian UL9540A dan dalam ujian ini, tiada kebakaran dan tiada perambatan haba tambahan tanpa bantuan daripada sistem pemadaman kebakaran.

Tambahan pula, EnerOne telah menyiapkan laporan semakan pematuhan produk standard Australia oleh GHD, salah sebuah syarikat perkhidmatan profesional yang terkemuka di dunia. CATL telah menjadi salah satu penyedia penyelesaian storan tenaga pertama yang mana produk-produknya telah melengkapkan laporan tersebut.

Penyelesaian storan tenaga ulung untuk memudahkan peralihan tenaga Australia

Benua Australia mendapat sinaran solar yang tertinggi bagi setiap meter persegi berbanding mana-mana benua. Australia mempunyai kuasa solar yang banyak dengan kualiti yang tinggi, yang merupakan salah satu kelebihan Australia dalam penjanaan kuasa fotovolta. Ketika dunia beralih ke arah keneutralan karbon, Australia sedang menggiatkan peralihan tenaga bersih dengan meningkatkan proposisi penjanaan kuasa tenaga boleh baharu.

Sebagai peneraju global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, CATL berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi dalam pelbagai projek storan tenaga bateri di Australia, termasuk sistem storan tenaga bateri terhubung-grid utama yang pertama di Australia Barat, projek storan tenaga bateri 250MWj di Torrens Island di Australia Selatan dan projek storan tenaga bateri terhubung-grid dibiayai secara persendirian yang terbesar ketika ini di Australia, yang terletak di Victoria. Dalam masa yang sama, CATL menyediakan sistem storan tenaga untuk sistem PV atas bumbung berskala besar untuk sebuah hospital di New South Wales, menjimatkan kos untuk hospital dengan storan tenaga solar yang cekap dan menyumbang kepada pembangunan yang mampan.

Selain daripada EnerOne, CATL turut membawakan sistem bateri pendinginan cecair bekas EnerC, rak bateri litium UPS, modul bateri 48100 untuk stesen utama dan produk untuk storan tenaga kediaman yang meliputi sepenuhnya senario storan tenaga untuk penjanaan kuasa, penghantaran dan pengagihan kuasa serta penggunaan kuasa, membawakan kekuatan perancangan dan teknologi strategiknya yang menyeluruh dalam perniagaan storan tenaga.

Pada tahun 2021, CATL menduduki tempat pertama dalam bahagian pasaran pengeluaran bateri storan tenaga global, menyokong lebih 100 projek berskala-utiliti di serata dunia. Dalam separuh pertama tahun 2022, hasil jualan sistem storan tenaga CATL meningkat sebanyak 171% berbanding tahun sebelumnya (YoY).






 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities