PARIS dan AMSTERDAM, 30 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Consumer Goods Forum (CGF) Human Rights Coalition – Working to End Forced Labour (HRC), dengan kerjasama AIM-Progress, hari ini mengeluarkan "Panduan Bayaran Balik Yuran Perekrutan Dibayar Pekerja dan Kos Berkaitan" baharu untuk menyokong tindakan korporat berkaitan topik penyelesaian yuran perekrutan yang dibayar pekerja. Memandangkan pekerja dalam rantaian bekalan global - terutamanya pekerja asing - mungkin dipaksa membayar yuran kepada agensi perekrutan untuk mendapatkan pekerjaan, mereka berisiko untuk diikat dengan beban hutang yang boleh membawa kepada kes buruh paksa. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), sekitar satu perlima daripada mereka yang mengalami eksploitasi buruh paksa dalam ekonomi swasta menghadapi situasi terikat dengan beban hutang.
Panduan ini diwujudkan untuk dijadikan sebagai alat yang praktikal yang dapat membantu memastikan perekrutan dan amalan pekerjaan semua perniagaan menghormati Prinsip Industri Keutamaan (PIP) CGF yang telah dilancarkan pada tahun 2017 dan turut mentakrifkan amalan pekerjaan paling lazim tetapi bermasalah yang boleh menyebabkan berlakunya kes buruh paksa. PIP menyatakan bahawa:
Panduan yang dilancarkan hari ini ialah satu alat berkuasa yang dapat membantu syarikat mematuhi Prinsip-prinsip ini, terutamanya yang kedua – pekerja tidak perlu membayar untuk mendapatkan pekerjaan – serta Prinsip Bayaran Majikan dalam amalan pekerjaan mereka. Panduan ini direka agar dapat dikemas kini seiring dengan perkembangan landskap kelestarian global, agar perniagaan mempertingkatkan sistem penyiasatan terperinci terhadap hak asasi manusia (HRDD) mereka dan agar lebih ramai yang terlibat dapat menjalani proses pemulihan ini. Dengan garis panduan langkah demi langkah tentang cara membayar balik pekerja untuk sebarang yuran perekrutan dan kos berkaitan, HRC dan AIM-Progress menjemput semua pihak berkaitan dari sektor berbeza untuk menggunakan Panduan ini sebagai alat untuk mengukuhkan pendekatan HRDD mereka, terutamanya apabila yuran perekrutan dianggap sebagai amalan biasa, untuk memastikan perekrutan yang bertanggungjawab di seluruh dunia.
Panduan ini dikeluarkan semasa satu sesi Sidang Kemuncak Peruncitan Lestari tahunan CGF tentang "Tindakan Industri Tentang Perekrutan Bertanggungjawab untuk Memerangi Buruh Paksa" yang menampilkan Didier Bergeret daripada Consumer Goods Forum; Heidi Koester Oliveira daripada Mars, Inc.; Anbinh X. Phan daripada Walmart; Benjamin Gatland daripada The Heineken Company; dan Rosey Hurst daripada Impactt. Panduan ini diperoleh dan diselaraskan dengan "Prinsip dan Garis Panduan Bayaran Balik Yuran Perekrutan dan Kos Berkaitan Pekerja Asing" Impactt.
Sebagai satu inisiatif daripada 30 pengeluar dan peruncit barangan pengguna terbesar di dunia, HRC komited untuk membantu mencapai persekitaran kerja yang adil dan memuaskan di seluruh dunia dengan menghapuskan buruh paksa daripada rantaian bekalannya. Usaha HRC ini merupakan lanjutan sejarah penglibatan CGF dalam isu buruh paksa yang panjang dalam rantaian bekalan barangan pengguna dengan membentuk Resolusi Sosial Buruh Paksa CGF yang pertama seumpamanya dalam industri ini; Prinsip Industri Keutamaannya; dan hubungan berterusan dengan pihak berkepentingan utama dalam industri.
AIM-PROGRESS ialah satu inisiatif global daripada para pengeluar barangan pengguna cepat laris serta para pembekal biasa mereka dengan misi untuk memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai dan memastikan pematuhan hak asasi manusia, sambil menyampaikan nilai kepada ahli kami dan rantaian bekalan mereka. Ini dilakukan dalam empat bidang: keutamaan hak asasi manusia dan Kumpulan Kerja masing-masing, Hab Serantau, aliran kerja Pengakuan Timbal-balik bagi mewujudkan pendekatan bersinergi dan aliran kerja Pembinaan Keupayaan bagi melengkapkan ahli kami dengan pengetahuan dan keupayaan untuk melaksanakan program penyumberan yang bertanggungjawab dan lestari.
Didier Bergeret, Pengarah Kelestarian CGF berkata, "Dengan pengiraan baharu yang dikeluarkan oleh ILO tentang perhambaan moden yang menunjukkan semakin ramai manusia di seluruh dunia terlibat dengan kes buruh paksa berbanding pada tahun 2016 di mana semua majikan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan bagi memastikan pekerja mereka diambil bekerja dan dilantik secara adil. Panduan ini menawarkan nasihat langkah demi langkah kepada perniagaan tentang cara menangani yuran perekrutan yang menjadi topik penting."
Louise Herring, Pengarah Eksekutif AIM-Progress berkata, "Perekrutan yang bertanggungjawab adalah fokus dan usaha utama yang dijalankan oleh AIM-Progress dan ahlinya berkaitan hak asasi manusia. Kami menyedari bahawa memberikan panduan praktikal di samping sokongan langsung kepada pembekal dan pengantara perekrutan adalah penting untuk menambah baik amalan rantaian bekalan. Kami berharap agar Panduan ini dapat menyokong kerjasama selanjutnya dalam kalangan rakan kongsi rantaian bekalan untuk menyelesaikan dan menangani punca masalah yuran perekrutan."
Heidi Koester Oliveira, Pengarah Impak Sosial Global Mars berkata,"Perekrutan yang bertanggungjawab bukan suatu norma biasa dalam sesetengah rantaian bekalan global, dan itulah sebabnya Mars bekerjasama dengan jenama dan peruncit utama untuk mengubah sistem, membantu pembekal dan menunjukkan bahawa kemajuan boleh dicapai. Kami percaya bahawa golongan pekerja yang lemah boleh diambil bekerja secara bertanggungjawab – tanpa menanggung sebarang yuran dan perbelanjaan – jika kos sebenar perekrutan dikongsi bersama di seluruh rantaian nilai. Panduan ini dapat membantu syarikat menangani masalah yuran perekrutan jika dikenal pasti, supaya kita boleh maju ke hadapan untuk memberi tumpuan kepada sokongan kerajaan serta sistem, kawalan dan kaedah komersial baharu bagi menghapuskan amalan ini."
Rachel Cowburn-Walden, Ketua Kelestarian dan Hak Asasi Manusia Global Unilever, berkata, "Unilever menyokong pelancaran Panduan ini yang merangkumi langkah praktikal yang apabila dilaksanakan, akan membantu pekerja, mengurangkan risiko perniagaan dan mewujudkan industri perekrutan yang lebih bertanggungjawab."
Rosey Hurst, Pengasas Impactt berkata, "Kami mengalu-alukan pelancaran Panduan ini yang berpotensi untuk memacu pemulihan secara besar-besaran di seluruh rantaian bekalan global dan memberi sumbangan besar dalam mengurangkan beban hutang dan membayar balik beratus-ratus juta dolar kepada pekerja yang telah membayar yuran."
Panduan lengkap tersedia di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha yang dijalankan oleh HRC, sila layari www.tcgfsocial.com.
Tentang Human Rights Coalition – Working to End Forced Labour
Human Rights Coalition – Working to End Forced Labour (HRC) CGF ialah sebuah Pakatan Bertindak yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif daripada Consumer Goods Forum. Sebagai satu inisiatif daripada 30 syarikat barangan pengguna terbesar di dunia, HRC komited untuk membantu mencapai persekitaran kerja yang adil dan memuaskan di seluruh dunia dengan menghapuskan buruh paksa daripada rantaian bekalannya. Usaha HRC ini merupakan lanjutan sejarah penglibatan CGF dalam isu buruh paksa yang panjang dalam rantaian bekalan barangan pengguna dengan membentuk Resolusi Sosial Buruh Paksa CGF yang pertama seumpamanya dalam industri; Prinsip Industri Keutamaannya; dan hubungan berterusan dengan pihak berkepentingan utama dalam industri. Untuk maklumat lanjut tentang HRC, sila layari www.tcgfsocial.com.
Tentang Consumer Goods Forum
Consumer Goods Forum ("CGF") ialah rangkaian industri berasaskan kesaksamaan global yang didorong oleh ahlinya untuk menggalakkan penerimagunaan amalan dan piawaian global yang berkuat kuasa ke atas industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menghimpunkan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan kanan daripada kira-kira 400 peruncit, pengilang, penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan di 70 buah negara dan mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat yang menganggotainya telah memperoleh jualan gabungan sebanyak EUR 3.5 trilion dan merekrut hampir 10 juta pekerja secara langsung dengan 90 juta lagi pekerjaan berkaitan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Ahli Lembaga Pengarah, yang terdiri daripada lebih 55 Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembuatan dan peruncitan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.theconsumergoodsforum.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600