omniture

Bauma 2022: Zoomlion Pamer Siri Baharu Kren Menara dan Trak Pam Disetempatkan untuk Pasaran Eropah

Zoomlion
2022-10-31 09:08 189

MUNICH, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mempamerkan siri baharu kren menara dan trak pam yang disesuaikan khusus untuk pasaran Eropah di pameran perdagangan bauma 2022, berlangsung mulai 24 hingga 30 Oktober di Munich, Jerman.

"Rangka tindakan global Zoomlion memanfaatkan teknologi perintis kami, pengalaman perkhidmatan barisan hadapan yang luas serta menggabungkan matlamat pasaran daripada subsidiari-subsidiari Eropah kami Wilber dan CIFA untuk meluaskan strategi penyetempatan dan penyesuaian kami, membawa lebih banyak produk kepada pelanggan Eropah yang akan memenuhi keperluan dan projek pembinaan mereka dengan lebih baik," kata Fan Zhide, Penolong Pengurus Besar Zoomlion Overseas Company.

Kren menara generasi-R membuat kemunculan sulung mereka di bauma 2022. Sebagai produk buatan khas yang menyasarkan pasaran Eropah, R220-10S ialah kren atas-rata yang menawarkan 15 kombinasi panjang bum untuk beradaptasi dengan pelbagai keadaan pembinaan. Konfigurasi standard didatangkan dengan super angkat satu-klik, kelajuan dalam-muatan, pengapungan tanpa-kelajuan dan penyahpepijatan satu-butang bagi mencapai operasi yang lancar dan kawalan tepat yang mengupayakan pembinaan yang cekap.

Berkongsi kelebihan teknikal yang sama dengan R220-10S, kren atas-rata R90-5RE menerima pakai badan menara puting bulat dengan rintangan angin yang lebih rendah yang menjadikannya ideal untuk projek-projek pembinaan perumahan kecil.

Wilbert, subsidiari Zoomlion di Jerman, turut mempamerkan siri produk termasuk kren atas-rata WT360 yang mempunyai kapasiti mengangkat, ketepatan dan keselamatan operasi yang utama dalam industri antara produk-produk daripada kelas yang sama.

Zoomlion melancarkan bebeapa trak pam pintar yang dibangunkan dan dikilangkan di Eropah, termasuk dua model canggih 36X-5Z dan 43X-5RZ yang menampilkan kawalan pengepaman yang berkejituan tinggi dan cekap, pengepaman bahan aktif dan teknologi penyerapan hentak bum aktif untuk memenuhi keperluan pengepaman yang berbeza, meningkatkan kecekapan dan kebolehsuaian pengepaman dan memastikan operasi dan keselamatan pembinaan yang lebih mantap.

Subsidiari Eropahnya CIFA turut memperkenalkan buat julung kalinya penyebar konkrit campuran hibrid yang paling canggih di bauma 2022, bersama-sama pembentangan produk trak pam utamanya.

Zoomlion membawa sejumlah 55 produk baharu ke bauma yang mana separuh daripada produk tersebut dibuat di Eropah. Syarikat ini turut menganjurkan satu siri pelancaran produk, seminar dan jerayawara di reruai FS905/2.

"Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-30 Zoomlion dan kami telah berkembang menjadi pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di seluruh dunia. Menjadi komitmen Zoomlion untuk terus membangun dalam pasaran antarabangsa menerusi produk dan perkhidmatan yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan, tetapi juga membina masa depan yang lebih baik bersama-sama," tambah Fan.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news