omniture

Ingenico dan Live Payments jalin kerjasama tawarkan penyelesaian pembayaran dan perdagangan termaju untuk teksi dan peruncit di Australia

Ingenico
2022-10-31 09:14 298

SYDNEY, PARIS dan SINGAPURA, 29 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ingenico, rakan teknologi yang paling dipercayai dalam penerimaan pembayaran, dan Live Payments, salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran Australia yang terkemuka dan Ingenico mengumumkan satu perkongsian strategik jangka panjang untuk melengkapkan peruncit dan teksi dengan penyelesaian pembayaran dan perdagangan yang lancar dan mudah. Ingenico akan memperkenalkan rangkaian Android Smart POS AXIUM untuk pelanggan Live Payments di seluruh Australia.

Live Payments, dengan pengalaman selama lebih 15 tahun menawarkan peranti pembayaran dan rangkaian perkhidmatan yang disediakan untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) kepada 8000 pelanggan di serata Australia, memilih Ingenico AXIUM DX8000 untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang dipertingkat, penyelesaian perdagangan dan pembayaran yang inovatif dengan tahap keselamatan yang dipertingkat. Rangkaian AXIUM Ingenico dan penyelesaiannya yang fleksibel akan memberi manfaat kepada Live Payments dengan keupayaan untuk membina aplikasi bernilai tambah dengan lebih pantas dan menyediakan pengalaman yang disesuaikan untuk segmen individu atau peniaga.

Reuven Barukh, Ketua Pegawai Eksekutif Live Payments berkata: "Dengan menjalin kerjasama bersama Ingenico, kami berupaya untuk memperkasa pelanggan kami dengan teknologi pembayaran terkini, mengupayakan mereka dengan perkhidmatan bernilai tambah dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada apa yang mereka lakukan dengan terbaik – menjalankan perniagaan mereka. Kesemuanya daripada salah satu penyedia teknologi pembayaran yang paling dipercayai di dunia, Ingenico."  

Ingenico terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam dunia penerimaan pembayaran di Rantau Asia Pasifik.

Berhubung perkongsian ini, Anushka WEERATUNGA, Pengarah Urusan untuk Ingenico Pacific berkata: "Kami berbesar hati untuk mengumumkan perkongsian bersama Live Payments ini untuk menyokong ekosistem pembayaran Australia dengan kombinasi antara AXIUM DX8000 yang canggih dan keupayaan Ingenico dari segi perkhidmatan dan penyelesaian. Saya secara peribadi gembira untuk terlibat dalam perjalanan ini bagi membantu peniaga mengembangkan dan mencipta semula perniagaan mereka."

Live Payments akan mengakses aplikasi pembayaran dan rangkaian perdagangan Ingenico yang terkemuka dalam pasaran untuk mengupayakan keupayaan pembayaran dan perdagangan yang lancar. Syarikat ini juga mungkin mendapat peluang untuk memanfaatkan platform Ingenico untuk mengatur perkhidmatan pembayaran, perdagangan dan data daripada pelbagai penyedia perkhidmatan.

Latar Belakang Ingenico

Ingenico ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penerimaan pembayaran. Sebagai rakan teknologi yang dipercayai untuk peniaga, bank, pemeroleh, ISV, pengagregat bayaran dan pelanggan teknologi kewangan (fintech), terminal, penyelesaian dan perkhidmatan bertaraf dunia kami mengupayakan ekosistem penerimaan pembayaran global. Dengan pengalaman selama 45 tahun, inovasi adalah penting kepada pendekatan dan budaya Ingenico, memberi inspirasi kepada komuniti pakar kami yang besar dan pelbagai yang menjangkakan dan membantu membentuk evolusi perdagangan seluruh dunia. Di Ingenico, kepercayaan dan kemampanan merupakan keutamaan bagi segala-gala yang kami lakukan.

Latar Belakang Live Payments

Live Payments mempunyai pengalaman selama 15 tahun menawarkan perkhidmatan kepada lebih 8,000 PKS Australia dan pelanggan teksi, menawarkan rangkaian penuh penyelesaian pembayaran yang bertujuan untuk membantu perniagaan berkembang. Kami berusaha untuk mempermudah pembayaran dan mengupayakan pelanggan kami dengan teknologi dan penyelesaian yang terkemuka.

 

 

Source: Ingenico
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology