omniture

Neurosains Bertemu Pemasaran pada 4 Disember di Mumbai

UBM India
2013-11-26 15:42 181

MUMBAI, India, 26 November 2013 /PRNewswire/ --

Pendedahan Revolusi Penjenamaan Terbesar di Simposium Buy-ology

Dalam masa 10 hari, futuris pemasaran digital dan Jenama, Martin Lindstrom, pengarang buku paling laris New York Times berjudul Buy-ology: Truth and Lies About Why We Buy, akan menuju ke Mumbai bagi mengendalikan bengkel selama 6 jam beliau yang memberi inspirasi dan turut menerima anugerah, yang dijanjikan untuk benar-benar menukarkan setiap konsep yang telah dipelajari oleh para pemasar tentang penjenamaan dan pengiklanan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130930/642888 )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131023/10078340 )

Martin Lindstrom telah diberi penghormatan oleh Time Magazine sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh dan paling meninggalkan kesan terhadap dunia.

Penyelidikan 'Buy-ology' yang didedahkan di Simposium tersebut merupakan revolusi penjenamaan paling besar dalam tempoh 50 tahun; yang turut dikenali sebagai kajian Neuro-Marketing yang paling besar di dunia dan melibatkan 2,000 pengguna di 5 negara. Keputusan yang diperoleh daripada kajian yang bernilai $7 juta itu bakal menyelesaikan masalah pulangan yang kian berkurangan berikutan perbelanjaan pengiklanan yang kian meningkat. Buy-ology adalah sangat bersemangat, provokatif dan memberi kejutan. Sesiapa yang mahukan kelebihan daya saing tidak patut melepaskan peluang menyertai bengkel hebat selama 6 jam yang menguja ini.

"Satu tinjauan yang melibatkan 12,437 individu di 56 negara menunjukkan 76% daripada para penonton Lindstrom menilai prestasi di atas pentas beliau sebagai cemerlang, 21% menilainya sebagai sangat baik dan 3% pula menilainya sebagai baik."

Lindstrom, yang diberi gelaran Fenomena Global bagi Pemasaran oleh pelbagai media, bakal membincangkan tentang masa depan penempatan produk, tajaan, pemasaran viral, pengiklanan bawah sedar, penjenamaan agama dan Penjenamaan Deria. Topik berkenaan dibincangkan melalui kajian Buy-ology beliau.

Kepakaran dan pandangan Neuro-Marketing yang dimiliki Lindstrom terhadap Penjenamaan 2.0 tiada tandingannya. Pembentangan beliau yang mendalam akan membantu sebarang pemasar merancang bagaimana untuk menyediakan strategi pengiklanan dan komunikasi yang mengambil kira 'bagaimana untuk berkomunikasi di dalam dunia yang melaluinya kebanyakan pengguna terdedah kepada lebih 2 juta iklan TV sepanjang hidupnya atau hampir 3,000 jenama setiap hari!'

Syarikat daripada senarai Fortune 100 telah memberikan beliau kebebasan untuk merombak strategi pemasaran, mengubah pasaran, memasarkan produk baharu dan menilai belanjawan pemasaran mereka. McDonald's Corporation, Walt Disney Company, PepsiCo, IBM, Nestle, Nokia, Microsoft, Mars dan Unilever telah menggunakan pendekatan kebalikan luar biasa beliau dalam pemasaran.

"Martin Lindstrom, salah seorang pemikir yang paling asal bagi penjenamaan, mendedahkan bagaimana untuk keluar daripada kepompong dua dimensi yang melibatkan penglihatan dan bunyi serta menggabungkan kelima-lima deria dengan emosi. Buku yang dihasilkan oleh beliau memberikan data dan pandangan yang juga akan memberikan kejutan kepada para pemerhati yang paling berpengetahuan." Robert A. Eckert, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi Mattel Inc.

Para pemasar kanan daripada Bates CHI & Partners, Britannia, Hindustan Unilever, Fullerton India, JK Helene Curtis (Raymond Group), Kimberly Clark Lever, Nokia, Religare Enterprises, SABMiller, Tata Global Beverages, United Distillers dan pelbagai lagi sudah pun mendaftar dan akan turut menghadiri acara tersebut.

Simposium Buyology akan berlangsung pada hari Rabu, 4 Disember 2013 di Hotel Palladium, Lower Parel di Mumbai. Bagi maklumat lanjut http://www.buy-ology.co.in/pr

Latar Belakang UBM India

UBM India ialah syarikat subsidiari bagi UBM plc yang disenaraikan pada Bursa Saham London, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia juga merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India yang bertanggungjawab terhadap 146 acara bagi 13 pengkhususan industri di seluruh negara. UBM India turut menjadi penganjur bagi NGO India yang menyatukan badan korporat, kerajaan dan NGO pada platform CSR yang sama. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman web UBM India, http://www.ubmindia.in

Nota kepada Editor:

Bagi maklumat lanjut sila hubungi

Cik Rakhi Singh, Pengurus Pemasaran, UBM India T: +91(022)6172-7077, e-mel: rakhi.singh@ubm.com

Ketahui dengan lebih lanjut tentang Simposium Buyology di http://www.buy-ology.co.in/pr

Sumber: UBM India

Source: UBM India
Keywords: Advertising Health Care/Hospital Publishing/Information Service Awards New products/services Trade show news