omniture

Huawei: Keterhubungan Termaju, Rangsang Pertumbuhan

Huawei
2022-10-31 21:23 374

BANGKOK, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Semasa UBBF 2022, En. Simon Lin, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Huawei Rantau Asia-Pasifik, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Keterhubungan Termaju, Rangsang Pertumbuhan." Dalam ucapan beliau, beliau merancang satu hala tuju dari segi cara operator boleh menyerlahkan nilai penuh sambungan dalam senario rumah dan perusahaan dan bagaimana rangkaian hijau dapat menyokong pembangunan hijau pelbagai industri.

Simon Lin, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Asia-Pacific Region
Simon Lin, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Asia-Pacific Region

Persekitaran rumah: Kemasukan rumah pintar dibina untuk sambungan jalur lebar gigabit bagi mencapai pengewangan perniagaan dalam senario sambungan rumah.

Penaiktarafan rangkaian rumah dan kemunculan perkhidmatan baharu seperti penstriman langsung di rumah mencetuskan keperluan baharu kepada jalur lebar gigabit. Digandingkan dengan jalur lebar gigabit, perkhidmatan baharu dapat menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman terpelbagai, mencipta model perniagaan rangkaian kediaman baharu untuk operator dan mengupayakan pengewangan sambungan. Simon Lin memperkenalkan tiga cara untuk mengewangkan sambungan rangkaian rumah:

  • Gigabit ke Rumah: Penggunaan gentian optik yang pantas dan berskala besar meletakkan asas untuk operator membina kitaran perniagaan yang positif. Menggunakan gentian optik pada skala besar dapat mengurangkan dengan berkesan kos setiap talian dan mengupayakan operator untuk melancarkan perkhidmatan gigabit dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang lebih tinggi.
  • Gigabit ke Bilik: Penyelesaian optik-menyeluruh gentian ke bilik (FTTR) Huawei menangani cabaran dengan berkesan yang mana hanya 100 Mbps lebar jalur tersedia semasa langganan gigabit ke rumah, memastikan sambungan gigabit dalam setiap bilik. Penyelesaian ini turut menyediakan konfigurasi rangkaian rumah jarak jauh dan keupayaan O&M bagi mengurangkan kos penyelenggaraan operator sebanyak lebih 50%. Pengalaman rangkaian dan perkhidmatan yang baik dapat memastikan jualan penyelesaian operator pada kadar yang premium.
  • Gigabit + Perkhidmatan: Operator dapat menggabungkan rangkaian rumah gigabit dengan perkhidmatan baharu seperti menyediakan perkhidmatan jalur lebar senario-tertentu, mengikat perkhidmatan Internet dan mengikat perkhidmatan peranti rumah pintar. Dengan cara ini, setiap perkhidmatan baharu dapat meningkatkan ARPU perkhidmatan jalur lebar. Ketika ini, operator baru sahaja mula mempraktikkan dan meluaskan perkhidmatan baharu berdasarkan kepada rangkaian rumah gentian optik dan potensi untuk penerokaan yang selanjutnya pada masa depan adalah tiada batasan.

Persekitaran perusahaan: Kemasukan sambungan dibina untuk transformasi digital perusahaan bagi mengewangkan talian persendirian dan rangkaian mereka.

Transformasi digital industri-industri tradisional menggesa penaiktarafan sambungan. Pelbagai industri mempunyai keperluan yang berbeza untuk sambungan, mendorong operator untuk menyediakan penyelesaian sambungan rangkaian perusahaan yang pelbagai. Ketika ini, semakin banyak perkhidmatan perusahaan berhijrah ke awan, membolehkan operator untuk meluaskan ruang perniagaan mereka. Simon Lin menyatakan bahawa operator boleh mengewangkan sambungan berorientasikan perusahaan dengan tiga cara:

  • Penaiktarafan lebar jalur untuk perkhidmatan talian persendirian: Talian persendirian perusahaan merupakan pasaran yang bernilai tinggi untuk operator dan boleh digunakan untuk meliputi rangkaian kampus dan rangkaian pusat data perusahaan. Lebar jalur talian persendirian dinaik taraf daripada Gbps kepada 10 Gbps untuk menawarkan sambungan yang berkualiti tinggi di dalam dan luar kampus serta pusat data.
  • Penyelesaian dibezakan senario-tertentu: Transformasi digital perusahaan memerlukan perkhidmatan sambungan rangkaian yang pelbagai. Operator boleh menyediakan talian persendirian senario-tertentu untuk meningkatkan hasil. Sebagai contoh, mereka boleh menyediakan talian persendirian lebar jalur ultra-tinggi untuk industri media dan talian persendirian kependaman rendah tahap-milisaat serta perkhidmatan awan keselamatan untuk syarikat-syarikat keselamatan.
  • Penaiktarafan daripada talian persendirian kepada rangkaian persendirian: Memandangkan banyak cawangan perusahaan perlu mengakses berbilang awan, talian persendirian N x N diperlukan. Operator boleh menggunakan tulang belakang berbilang awan dan teknologi penghirisan rangkaian untuk menaik taraf talian persendirian ke rangkaian persendirian, menyediakan jaminan rangkaian berketentuan untuk perusahaan.

Penyelesaian hijau: Rangkaian hijau optik-menyeluruh, dipermudah dan pintar membolehkan pembangunan hijau pelbagai industri.

Menurut Simon Lin, Huawei bekerjasama dengan operator untuk membantu Sektor Kesatuan Telekomunikasi-Pemiawaian Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-T) membentuk piawaian dan menakrifkan secara bersama sistem penunjuk tenaga intensiti karbon rangkaian (NCIe).

"Sebuah acra tersembunyi dalam blok marmar, namun hanya artis paling hebat sahaja yang boleh mengeluarkannya," kata Simon Lin, menyatakan bahawa operator mempunyai kelebihan rangkaian yang wujud dalam ketersambungan dan akan membawa nilai saling sambung tanpa had kepada dunia sekiranya keupayaan sambungan mereka diserlahkan sepenuhnya. Beliau turut menyatakan bahawa Huawei akan terus meneroka teknologi dan penyelesaian sambungan bersama pelanggan dan rakan kongsi serta bekerjasama dengan operator untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Expansion Corporate Social Responsibility