omniture

ZON EKONOMI PALING INOVATIF DI DUNIA TELAH DILANCARKAN DI RIYADH

General Authority of Civil Aviation (GACA)
2022-11-01 06:26 93

Zon Logistik Bersepadu Khas ini telah dilancarkan pada 31 Oktober 2022 di Riyadh oleh TYT Menteri Pengangkutan & Logistik dan Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam. 

  • Zon Logistik Bersepadu Khas ini bersepadu sepenuhnya, dengan cadangan nilai yang telah dibangunkan bersama-sama dengan kumpulan pelaburnya yang pertama termasuk peneraju teknologi global, Apple.
  • Zon Logistik Bersepadu Khas ini mengukuhkan kedudukan Arab Saudi yang kompetitif sebagai negara perdagangan terbesar yang paling pesat berkembang dan terkemuka di Timur Tengah serta meneruskan misi Wawasan 2030 untuk menghubungkan Kerajaan Arab Saudi dengan dunia. 
  • Zon logistik khas bersepadu yang terletak di lokasi strategik ini akan memberikan perkhidmatan kepada berbilion-bilion pelanggan yang berpotensi untuk dicapai dengan mudah di Afrika, Asia dan Eropah serta membantu meningkatkan kapasiti kargo Arab Saudi secara signifikan kepada lebih 4.5 juta tan setahun. 

RIYADH, Arab Saudi, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Para pemimpin daripada industri logistik global berkumpul di Riyadh hari ini untuk menyertai Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi bagi meraikan pelancaran Zon Logistik Bersepadu Khas, sebuah zon ekonomi khas yang bersepadu sepenuhnya.

Skala Pasaran Arab Saudi 

Merangkumi keluasan 3 juta meter persegi, Zon Logistik Bersepadu Khas ini terletak di lokasi strategik untuk memberikan perkhidmatan kepada berbilion-bilion pelanggan yang berpotensi untuk dicapai dengan mudah di seluruh Afrika, Asia dan Eropah serta menggunakan teknologi yang direka untuk memperkemas pergerakan barangan, termasuk sistem inventori terbaik dalam sektornya yang dioptimumkan untuk e-dagang yang menyediakan hubungan langsung antara para pelabur, pembekal, kastam dan entiti kerajaan.

"Pelancaran Zon Logistik Bersepadu Khas pada hari ini merupakan bukti Wawasan 2030 dan sokongan Duli Yang Maha Mulia yang berterusan kepada sektor ini, meletakkan Kerajaan Arab Saudi sebagai sebuah hab logistik global yang menghubungkan tiga benua serta menarik syarikat-syarikat terbesar di dunia ke negara ini ketika sektor logistik kami diberi perubahan oleh Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan," kata Saleh bin Nasser AlJasser,  Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saud.

"Zon Logistik Bersepadu Khas ini merupakan pendaya yang penting untuk sektor logistik Arab Saudi kerana ia menawarkan cadangan nilai yang unik kepada syarikat multinasional berdasarkan insentif fiskal dan kawal selia yang dipertingkatkan. Ia akan mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai pasaran terbesar yang paling pesat berkembang dan negara perdagangan strategik terkemuka di Timur Tengah dan meneruskan misi Wawasan 2030 untuk menghubungkan Kerajaan Arab Saudi dengan dunia," tambah Saleh bin Nasser AlJasser, Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi.

Sebagai sebahagian daripada transformasi sektor logistik Kerajaan ini yang lebih luas, Arab Saudi akan meningkatkan kapasiti kargonya secara signifikan kepada lebih 4.5 juta tan setahun serta meningkatkan sumbangan sektor pengangkutan dan logistik kepada keluaran dalam negara kasar daripada kadar semasa enam peratus kepada 10 peratus menjelang tahun 2030. Ini akan membantu menjana pertumbuhan perniagaan, menarik kemasukan pelaburan dan meningkatkan hasil pendapatan bukan minyak sektor ini kepada kira-kira SR45 bilion (USD12 bilion) setahun menjelang tahun 2030.

Pendekatan Kawal Selia Ultra Kompetitif 

Zon Logistik Bersepadu Khas merupakan pendaya utama bagi objektif-objektif ini, di mana pakej insentif serta mekanisme kawal selia telah dibangunkan melalui perundingan dengan syarikat antarabangsa terkemuka untuk memastikan bahawa cadangan nilai Zon Logistik Bersepadu Khas ini tidak dapat ditandingi di peringkat global. GACA telah mereka bentuk Zon Logistik Bersepadu Khas untuk menangani keperluan syarikat-syarikat antarabangsa terkemuka di dunia bagi memastikan bahawa syarikat-syarikat terkemuka di dunia ini dapat mencapai kedudukan yang ultra kompetitif untuk pangkalan mereka di negara ini. Zon Logistik Bersepadu Khas ini merupakan sebuah zon ekonomi khas bersepadu sepenuhnya yang mengintegrasikan amalan terbaik dalam peraturan, teknologi dan infrastruktur dari seluruh dunia.

"Strategi Penerbangan Arab Saudi melabur sebanyak USD100 bilion untuk masa depan Kerajaan, mewujudkan kisah pertumbuhan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Zon Logistik Bersepadu Khas ini merupakan satu peluang untuk mengambil bahagian dalam kemunculan pesat Arab Saudi sebagai hab logistik terkemuka di Timur Tengah dan kami telah meletakkan langkah-langkah kawal selia sewajarnya untuk memberi fleksibiliti yang maksimum kepada perniagaan global apabila mereka memasuki Kerajaan Arab Saudi," ujar Saleh bin Nasser AlJasser, Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi.

Model Bersepadu Unik Memacu Kecekapan Rantaian Nilai 

Cadangan nilai unik zon ini merangkumi kelebihan Cukai Nilai Tambah ke atas perkhidmatan serta pembuatan dan pemasangan, mengurangkan kos untuk syarikat multinasional dan pembekal pihak ketiga mereka yang memasang semula produk di zon ini untuk jualan seterusnya di Arab Saudi dan wilayah Timur Tengah dah Afrika Utara (MENA) yang lebih luas. Kemudahan menjalankan perniagaan telah dipertingkatkan dengan 100% pemilikan asing, proses pemerbadanan yang diperkemas, prosedur pensijilan dan permit yang dipercepatkan serta struktur syarikat yang dibenarkan – membantu memudahkan perniagaan dengan lancar.

"Sistem inventori masuk dan keluar Zon Logistik Bersepadu Khas yang terbaik ini menyediakan hubungan langsung antara pelabur, pembekal, kastam dan agensi kerajaan yang mempercepat kelajuan pemprosesan dan penyepaduan Inventori Terurus Vendor, yang memberikan lebih fleksibiliti dan kos yang lebih menjimatkan kepada para pelabur. Pelabur yang berpangkalan di Zon Logistik Bersepadu Khas boleh menghantar produk kepada pelanggan dalam masa empat jam – menjimatkan banyak masa dan kos jika dibandingkan dengan penghantaran produk dari mana-mana lokasi lain di luar Kerajaan Arab Saudi," kata Awad A. AlSulami, Naib Presiden Logistik & Zon Ekonomi Khas GACA.

"Kami telah membangunkan produk di Zon Logistik Bersepadu Khas yang menawarkan penyepaduan di setiap peringkat. Penyepaduan pemikiran melalui perkongsian yang direka bentuk dengan peneraju sektor untuk peneraju sektor serta penyepaduan rantaian bekalan melalui teknologi dapat menyediakan pengalaman masuk dan keluar yang lancar dan tanpa henti. Suatu pendekatan yang inovatif membolehkan syarikat-syarikat mengakses pasaran Arab Saudi dengan lebih pantas dengan manfaat pada setiap titik dalam rantaian nilai," ujar Awad A. AlSulami.

Anda boleh mendapatkan semua berita tentang Zon Logistik Bersepadu Khas di www.silz.gaca.gov.sa.

Anda boleh mencari semua berita tentang Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam melalui pusat media di laman web kami.

Tentang Zon Logistik Bersepadu Khas 

Zon Logistik Bersepadu Khas merupakan Zon Logistik Khas Arab Saudi yang pertama dan telah dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA). Zon ini telah diberikan asas perundangan oleh Perintah Diraja pada bulan Oktober 2018 dan menyepadukan amalan terbaik kawal selia, teknologi dan infrastruktur bagi mewujudkan persekitaran operasi yang terbaik untuk perniagaan multinasional.

Zon Logistik Bersepadu Khas ini terletak dalam parameter Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh – menghubungkan perniagaan dengan pasaran pengguna terbesar di Timur Tengah dan menawarkan kesalinghubungan udara kepada seluruh dunia.

Zon ini direka bentuk sepenuhnya bersama dengan peneraju industri, termasuk Apple Inc, untuk syarikat-syarikat rantaian bekalan dan logistik terkemuka di dunia. Ia merupakan satu-satunya SEZ di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menawarkan Inventori Terurus Vendor (VMI) dan memberi kelebihan VAT kepada barangan yang dipindahkan buat sementara antara tanah besar dan zon ini untuk tujuan pembaikan, penyelenggaraan, perkhidmatan selepas jualan serta perkhidmatan pembuatan dan pemasangan.

Zon Logistik Bersepadu Khas ini mempunyai cadangan nilai yang unik yang melangkaui cukai, membolehkan penyewa mengurangkan masa dan kos yang diambil untuk menyampaikan barangan kepada para pengguna Arab Saudi secara drastik. Zon ini menampilkan sistem inventori masuk dan keluar yang terbaik dalam sektornya yang menyediakan hubungan langsung antara pelabur, pembekal, kastam dan kerajaan. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1933083/GACA_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1933084/SILZ_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: General Authority of Civil Aviation (GACA)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Passenger Aviation Transportation Travel New products/services