omniture

STARLUX Terima A350-900 Pertama

STARLUX Airlines
2022-11-01 09:19 178

Bersedia Buka Pasaran Merentas Lautan Pasifik

TAIPEI, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- STARLUX Airlines (SJX) menerima A350-900 pertama pada hari ini di Ibu Pejabat Airbus di Toulouse, Perancis. Upacara penyerahan dipimpin oleh Pengerusi STARLUX Airlines K.W. Chang dan Ketua Pegawai Eksekutif Glenn Chai yang mana kedua-duanya berasa gembira untuk meraikan pencapaian baharu ini.

 

Chang tiba di Toulouse untuk mengambil bahagian dalam proses penyerahan dan untuk menerbangkan sendiri A350-900 baharu ini kembali ke Taiwan. Pesawat ini dijangka tiba di Lapangan Terbang Antabangsa Taoyuan Taiwan jam 15:00 pada 29 Oktober waktu tempatan.

"Penyerahan ini merupakan satu pencapaian untuk STARLUX Airlines. A350-900 merupakan pesawat besar berbadan lebar pertama kami yang akan membolehkan STARLUX membuka pasaran untuk laluan yang lebih jauh dan ini juga merupakan langkah yang seterusnya dalam perkongsian kami dengan Airbus, dengan 17 lagi penyerahan A350 pada masa akan datang. Dengan penambahan A350-900, armada STARLUX kini dapat meliputi penerbangan jarak pendek, sederhana dan jauh, seterusnya menyediakan perkhidmatan kepada penumpang di luar Asia," kata Pengerusi STARLUX.

Christian Scherer, Ketua Pegawai Komersial Airbus dan Ketua Airbus International berkata: "Dengan armada semua-Airbus, semua-generasi baharu, STARLUX membawakan tahap keselesaan dan kecekapan yang baharu kepada pasaran premium. Sebagai pesawat utama dalam armada ini, A350-900 akan membawa jenama syarikat penerbangan ini melalui laluannya yang terpanjang ketika ia membuka pasaran baharu. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada syarikat penerbangan ini ketika ia melebarkan sayapnya ke lebih banyak destinasi di seluruh dunia."

Ewen McDonald, Ketua Pegawai Pelanggan, Rolls-Royce Civil Aerospace, berkata: "Kami ingin mengucapkan tahniah kepada STARLUX atas penerimaan pesawat penumpang A350 pertama mereka yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent XWB-84. Penyerahan ini membina perkongsian kami dengan STARLUX yang mana pada tahun ini menerima A330neo pertama mereka yang turut dikuasakan oleh enjin Trent 7000 kami. Kami berharap dapat memberikan sokongan selanjutnya kepada STARLUX untuk memaksimumkan prestasi armada mereka dan mencapai kecemerlangan operasi. Kami berterima kasih kepada STARLUX atas kepercayaan mereka terhadap Rolls-Royce dan kami akan meneruskan komitmen kami untuk menyediakan kuasa yang andal dan perkhidmatan bertaraf dunia untuk membantu STARLUX terbang lebih tinggi dan lebih jauh."

Penyerahan B-58501 merupakan yang pertama daripada lapan belas A350 yang ditempah oleh STARLUX dan dirancang untuk mula digunakan dalam bulan Januari tahun hadapan selepas proses kelulusan dan latihan anak kapal yang diperlukan. Akan terdapat satu lagi A350-900 ditambah kepada armada ini pada tahun ini. A350-900 pada mulanya akan terbang ke bandar-bandar utama di rantau Asia-Pasifik dan memulakan operasi ke Los Angeles pada April 2023.

A350-900 dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent XWB kembar, iaitu rangkaian Trent terkenal Rolls-Royce dan merupakan enjin aero besar paling cekap yang terbang pada hari ini. Enjin tersebut direka bentuk dan dioptimumkan terutamanya untuk rangkaian A350 Airbus, menyumbang kepada peningkatan pembakaran bahan api 25% A350 dan membantu mengurangkan jejak hingar keseluruhan pesawat. Seperti mana armada A330neo semasa, STARLUX turut menandatangani perjanjian perkhidmatan TotalCare jangka panjang untuk semua pesawat A350 dengan enjin Rolls-Royce, lalu mengukuhkan lagi perkongsian syarikat penerbangan ini dengan pengeluar enjin jet.

A350 STARLUX ialah A350 pertama yang menawarkan Kelas Pertama di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada kira-kira 70% material canggih seperti gentian karbon dan mempunyai emisi CO2 terendah dalam kelasnya dan juga merupakan pesawat pertama di rantau Asia-Pasifik yang mengintegrasikan evolusi terkini yang merangkumi peningkatan kepada prestasi dan juga kepada kabin Ruang Udaranya. Dibandingkan dengan A350 lain yang digunakan pada hari ini, A350-900 baharu untuk STARLUX mempunyai kabin yang lebih luas sebanyak 4 inci dan lebih panjang sebanyak 35 inci yang memberi lebih banyak ruang kepada penumpang dalam semua kelas dan juga ruang saji yang lebih besar untuk anak kapal kabin.

Pesawat ini juga membawakan tingkap boleh malap elektrik yang paling terkini, menghalang 99.99% cahaya nampak, menukar dua kali ganda kelajuan daripada generasi sebelum ini. Pesawat STARLUX merupakan A350 yang pertama menggunakan tingkap baharu ini. Tambahan pula, STARLUX juga merupakan syarikat penerbangan pertama yang memasang panel bercahaya sekan dinamik pada A350. Tiga panel gerakan terletak di dua pintu masuk dan pada hujung Kelas Perniagaan, menunjukkan bentuk seramik yang berbeza dengan daun yang tumbuh secara beransur-ansur untuk membuatkan penumpang berasa seperti di rumah sendiri. Memandangkan A350-900 akan mengoperasikan laluan jarak jauh, kabin STARLUX boleh disesuaikan dengan cahaya ambien bergantung kepada tahap penerbangan. Terdapat juga tiga tema bermusim untuk dipilih: Tahun Baharu Luar, Krismas Putih dan Pesta Bulan.

Susun atur empat-kelas premium menampilkan empat tempat duduk dalam Kelas Pertama, 26 dalam Kelas Perniagaan, 36 dalam Kelas Ekonomi Premium dan 240 dalam Kelas Ekonomi. STARLUX merupakan syarikat penerbangan pertama di Taiwan yang menawarkan Kelas Pertama. Suit Kelas Pertama dibina dengan dinding pintu 60-inci, membolehkan penumpang mempunyai suit peribadi di atas pesawat. Sebuah almari pakaian peribadi disediakan untuk menyimpan bagasi. Tempat duduk Kelas Perniagaan menampilkan pintu 48-inci dan lampu yang selesa untuk memberi kehangatan. Tempat duduk baik dalam Kelas Pertama mahupun Kelas Perniagaan boleh ditukarkan kepada katil baring-rata sepenuhnya dan turut didatangkan dengan ciri "graviti sifar" untuk menawarkan keselesaan dan santaian tambahan. Tempat duduk Kelas Ekonomi Premium direka khas dengan tempat rehat kaki dan bar alas kaki. Bagi mengelakkan kebas kaki dalam Kelas Ekonomi, ketebalan setiap tempat duduk telah dikurangkan dan direka bentuk semula dengan bentuk-S yang unik bagi menyediakan ruang letak kaki yang lebih luas.

Hiburan dalam penerbangan A350 ditingkatkan ke tahap baharu. Untuk Kelas Pertama, setiap tempat duduk dilengkapi dengan skrin 4K 32-inci, manakala Kelas Perniagaan boleh menikmati resolusi 4K kami dengan skrin 24-inci. Malah penumpang Kelas Ekonomi Premium juga boleh menikmati resolusi 4K masing-masing dengan skrin 15.6-inci atau skrin 13-inci. Di samping itu, semua penumpang di atas pesawat A350-900 boleh menggunakan Bluetooth untuk disambungkan ke fon kepala mereka sendiri.

Bagi meraikan penyerahan pesawat A350-900 pertama STARLUX, serta gabungan tiga model penerbangan Airbus ke dalam armadanya, STARLUX bekerjasama dengan Airbus dan pasukan pengeluaran profesional Master Films untuk menjadikan penerbangan ujian Airbus sebagai satu peluang untuk merakam video udara-ke-udara ketiga-tiga model yang sedang terbang. STARLUX juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menyempurnakan penerbangan formasi, menampilkan ketiga-tiga jenis Airbusnya: A321neo, A330neo dan A350. Proses penyusunan adalah rumit, mengambil masa hampir setahun untuk memuktamadkan butiran rakaman. STARLUX, Airbus dan Master Films membincangkan secara ekstensif berhubung konsep video, termasuk formasi kapal terbang, sudut tangkapan dan laluan penerbangan. Bagi melaksanakan dengan sempurna misi yang belum pernah terjadi sebelum ini, Airbus menugaskan juruterbang-juruterbangnya yang paling berpengalaman untuk menerbangkan kapal terbang tersebut. Penggambaran udara-ke-udara bukan sahaja mempromosikan STARLUX, tetapi turut menggalakkan rasa suka terhadap penerbangan itu sendiri, seterusnya menetapkan standard baharu untuk filemografi udara-ke-udara.

STARLUX telah memasuki fasa baharu menerusi penyerahan A350-900 yang baharu. Dengan penambahan A321neo - B58211 lagi yang dijadualkan untuk diserahkan pada hari esok, STARLUX akan mempunyai sebelas A321neo, empat A330neo dan satu A350-900. Menjelang penghujung tahun ini, akan terdapat satu lagi penyerahan dua A321neo dan penambahan A350-900, yang akan meningkatkan kapasiti untuk STARLUX ketika syarikat ini bersedia untuk mula menawarkan perkhidmatan ke pasaran-pasaran di luar Asia. Dengan pembukaan semula sempadan Taiwan dan tatkala semakin banyak pesawat sedia untuk diserahkan, STARLUX akan dapat menyediakan perkhidmatan yang mewah kepada lebih ramai penumpang dan untuk melanjutkan rangkaian dengan kecekapan terbaik.

To commemorate STARLUX’s first A350-900 delivery, as well as the union of three Airbus flight models: A321neo, A330neo and A350-900 into its fleet, STARLUX cooperated with Airbus and the professional production team Master Films to take Airbus test flights as an opportunity to shoot an air-to-air video of all three models in flight.
To commemorate STARLUX’s first A350-900 delivery, as well as the union of three Airbus flight models: A321neo, A330neo and A350-900 into its fleet, STARLUX cooperated with Airbus and the professional production team Master Films to take Airbus test flights as an opportunity to shoot an air-to-air video of all three models in flight.

STARLUX First A350-900 delivered today
STARLUX First A350-900 delivered today

Source: STARLUX Airlines
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Transportation Travel