omniture

Forum TV Now & Beyond - Berkembang seiringan tanpa memudaratkan, berlangsung selari tanpa mengganggu

CGTN
2022-11-01 13:13 122

BEIJING, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China telah merangka pelan tindakan untuk China bagi tempoh lima tahun akan datang dan selanjutnya. Apakah kepentingannya kepada dunia? Apakah yang boleh diharapkan oleh dunia daripada China dalam tahun-tahun akan datang? Apakah pula yang akan dibawa oleh pemodenan Cina kepada komuniti global? CGTN menganjurkan satu perbincangan panel khas yang bertajuk "Now and Beyond", dihoskan oleh penyampai berita CGTN, Liu Xin, untuk membincangkan tentang laluan ke hadapan untuk China dan dunia bersama pembuat keputusan dan juga pemikir global.

"Pesanan China yang sebenar merupakan pesanan multilateralisme," kata Profesor Jeffrey Sachs, pengarah Center for Sustainable Development di Columbia University, ketika mengulas tentang liputan berat sebelah oleh media A.S. tentang kongres kebangsaan ini. "China mahukan sebuah dunia pelbagai hala di bawah UN Charter dengan sangat jelas. Ia bukan bertujuan untuk mendominasi; ia tidak menimbulkan konflik dalam apa jua cara. Pesanannya adalah benar-benar jelas… Apa yang kita perlukan ialah dialog, kita memerlukan pemahaman yang lebih baik," tegas Profesor Sachs.

"Pesanan utama Presiden Xi kepada dunia ialah China tidak mahu komited kepada dunia yang aman dan mengejar kewujudan bersama yang damai," Xie Tao, profesor dan dekan Sekolah Perhubungan Antarabangsa dan Diplomasi di Beijing Foreign Studies University, mengulangi ulasan Profesor Sachs, menambah bahawa "China tidak mengenakan atau mengeksport nilai-nilainya sendiri, institusi-institusi ke negara-negara lain, begitu juga China tidak mahu melihat negara-negara lain memberitahu kami apa yang anda harus lakukan. China mempunyai penduduk yang sangat ramai. China sangat berbeza daripada banyak negara lain. China juga akan mencapai penggiatan semula negara melalui laluan Cina menuju pemodenan," ujar Xie.

Ini merupakan kali pertama pemodenan Cina ditulis dalam satu laporan kepada pihak kongres kebangsaan dan ia merupakan pelan tindakan untuk masa depan China. Martin Jacques, felow kanan di Jabatan Politik dan Pengajian Antabarangsa di Cambridge University, menyatakan bahawa di bawah globalisasi gaya-Amerika, ketaksamaan merebak hampir ke seluruh masyarakat. Beliau menyatakan bahawa aspek penting dalam pemodenan Cina ialah tentang kemakmuran bersama dan sekiranya China dapat membalikkan trend ketaksamaan dan mewujudkan persekitaran yang lebih saksama, itu akan memberi impak yang besar ke seluruh dunia. "Dalam abad ke-21, apa sahaja yang baik untuk China juga perlu baik untuk seluruh pelosok dunia. Apa sahaja yang baik untuk seluruh pelosok dunia perlu baik untuk China. Ini merupakan abad ke-21, kita mendiami planet yang sama," kata bekas menteri luar negeri Sepanyol Arancha Gonzalez Laya.

Benyamin Poghosyan, pengarah Center for Political and Economic Strategic Studies, berkata bahawa usaha untuk membahagikan dunia kepada hitam dan putih adalah amat membimbangkan dan kuasa-kuasa sederhana dan lebih kecil menghargai agar China tidak melihat dunia melalui lensa konfrontasi yang mana perpecahan sedemikian akan meletakkan kuasa yang sederhana dan lebih kecil pada kedudukan yang sukar. Memandangkan inflasi, krisis tenaga, krisis makanan dan cabaran-cabaran lain mengancam semua orang, kerjasama antara kuasa-kuasa lebih besar amat diharapkan.

Banyak negara tidak mahu memilih antara China dan A.S., ujar bekas Pengarah Eksekutif UN Environment dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Erik Solheim. Duta Afrika Selatan ke China Siyabonga Cyprian Cwele berkata terdapat banyak yang boleh dipelajari oleh negara-negara daripada China. Afrika Selatan dan negara-negara lain tidak akan dipaksa untuk memilih, tetapi akan menerima sesiapa saja yang menghormati sistem mereka dan menjadi rakan kongsi bersama mereka, kata Cwele. Perkongsian merupakan apa yang dicari-cari oleh banyak negara, bukan paksaan.

"Anda boleh memimpin sama ada, melalui teladan atau kemurahan hati atau kerjasama pelbagai arah; atau anda boleh memimpin dengan paksaan, anda boleh memimpin dengan pemangsaan dan tindakan unilateral," kata Profesor Xie, "China jelas sekali meneruskan laluan pertama." Beliau percaya bahawa kepimpinan global untuk China adalah tentang memberi faedah-faedah kepada seluruh pelosok dunia, bukan untuk tuntutan hegemoni.

"Semua yang hidup boleh berkembang seiringan tanpa memudaratkan satu sama lain dan laluan-laluan yang berbeza mungkin terbentang selari tanpa mengganggu satu sama lain," Setiausaha Agung Xi Jinping memetik falsafah Confucius purba dalam laporan beliau kepada kongres kebangsaan ke-20 CPC. Dalam dunia yang mana konflik dan perbezaan seringkali mengalahkan kerjasama dan pengurusan, menghormati perbezaan dan mencari jalan untuk melangkah ke hadapan bersama-sama diidamkan-idamkan oleh banyak negara. China mencari laluan yang aman menuju pemodenan dan perkongsian bersama komuniti global.

Forum TV Now & Beyond - Berkembang seiringan tanpa memudaratkan, berlangsung selari tanpa mengganggu
Forum TV Now & Beyond - Berkembang seiringan tanpa memudaratkan, berlangsung selari tanpa mengganggu

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service