omniture

Pusat R&D Eropah GAC Baharu Perkukuh Inovasi dan Perluas Kumpulan Bakat

GAC MOTOR
2022-11-01 14:19 118

GUANGZHOU, China, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GAC Group mengumumkan pembukaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Eropah (Pusat R&D Eropah) GAC di Milan, Itali. Sebagai sebahagian daripada misi berterusan GAC untuk berkembang ke peringkat global, pelancaran Pusat R&D Eropah ini merupakan satu lagi peristiwa penting dalam strategi pengembangan syarikat ini. Hab ini menghimpunkan sumber-sumber industri yang terbaik di dunia termasuk pembekal serta institusi R&D terkemuka, bagi membentuk ekosistem dengan kecemerlangan global untuk mengukuhkan keupayaan inovatif dan reka bentuk keseluruhan.

 

Kemudahan Milan memainkan peranan penting dalam melaksanakan skim R&D syarikat ini di luar negara. Mengikut langkah strategik jangka panjang "Reka Bentuk Diutamakan, Bidang-bidang Lain Menyusul" (Design First, Other Fields to Follow), pasukan tersebut merancang untuk mengutamakan kajian prospektif dalam reka bentuk kereta konsep dan model-model pra-pengeluaran serta meneroka bidang teknologi baru muncul pada peringkat yang selanjutnya.

Zhang Fan, Nab Presiden Pusat R&D GAC, berkata: "Reka bentuk ialah salah satu nilai yang paling penting untuk GAC Group dan dalam pasaran hari ini, ia merupakan faktor keputusan yang penting untuk pelanggan. Kami telah memilih bandar Milan sebagai hab reka bentuk Eropah pertama kami lantaran identiti budaya dan kreatifnya yang mantap, yang menggabungkan idea dalam pergerakan, inovasi dan warisan gaya serta reka bentuk."

Stephane Janin, Pengarah GAC Advanced Design Europe, akan mengawasi operasi di kemudahan baharu di Milan. Janin dikenali sebagai "pakar kereta konsep" dalam industri reka bentuk dan merupakan bekas ketua jabatan kereta konsep Renault.

Janin akan mengetuai pasukan bakat "Dibuat di Eropah", disertai oleh ahli-ahli studio GAC Design di China dan AS. Mereka akan bersama-sama memainkan peranan yang aktif dalam komuniti kreatif Milan, memudahkan pertukaran idea serta amalan yang inovatif pada peringkat global.

Dengan sokongan daripada pasukan baharu, GAC MOTOR dapat memanfaatkan budaya dan bakat sofistikated Eropah serta pengalaman luas rantau ini dalam pengeluaran, jaringan R&D serta tinjauan reka bentuk yang progresif untuk memaksimumkan daya tarikan dan nilai yang dianggap daripada kenderaan GAC MOTOR.

Pembuat kereta ini mengeksport 23,544 unit antara Januari dan September 2022, meningkat 84% berbanding tahun sebelumnya. Sejak menembusi pasaran antarabangsa, GAC MOTOR mewujudkan jaringan sistem pengedaran luar negara di lebih 28 negara dan wilayah.

Hasil daripada potensi eksport industri automobil yang menggalakkan, perasmian Pusat R&D Eropah GAC akan menawarkan peluang yang jarang didapati untuk mendapat akses yang lebih mendalam kepada pelanggan di luar negara menerusi pelbagai sumber yang kini tersedia untuk jenama ini.

 

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion