omniture

BeyonCa: Era Baharu EV Pintar Super Premium

BeyonCa
2022-11-01 14:23 125

BEIJING, MUNICH dan SINGAPURA, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Pembuat kenderaan elektrik (EV) pintar premium, BeyonCa mengumumkan kemunculan sulung globalnya pada 30 Oktober, dengan mempamerkan BeyonCa Gran Turismo Opus 1, hasil ciptaan yang dijayakan oleh kedudukan dan keupayaan unik syarikat ini.

Merangkumi sebuah pasukan elit yang terdiri daripada kalangan veteran industri kereta, serta pakar-pakar teknologi daripada syarikat-syarikat elektronik pengguna dan Internet, BeyonCa akan menetapkan standard untuk EV super-premium.

BeyonCa akan melangkaui penetapan minda industri automotif hari ini melalui ekosistem kes penggunaan dan penyelesaiannya yang ditawarkan di dalam, sekitar dan di luar kereta. Disokong oleh kokpit pintar berasaskan AI yang memantau status kesihatan pengguna pada waktu sebenar dan khidmat doktor awan dalam-kabin pertama dunia, BeyonCa akan menitikberatkan kesejahteraan pemandu serta penumpangnya.

Weiming Soh, Pengasas dan Pengerusi BeyonCa, berkata: "BeyonCa GT Opus 1 benar-benar menunjukkan apa yang dibawakan oleh BeyonCa, ketika kami mula untuk menakrifkan segmen EV pintar super-premium. Hasil daripada usaha pasukan kami ialah kombinasi yang sempurna antara reka bentuk, ketukangan, keselesaan, gaya sport dan pengalaman yang hebat."

"Aspek 'pintar' adalah sangat penting bagi menakrifkan segmen EV super-premium. Falsafah kami ialah teknologi berada di sini untuk mencapai tujuan, namun bukan sekadar tujuan itu sahaja. Sebaliknya, kami akan mengukuhkan dan mengintegrasikan teknologi canggih dan beralih daripada metodologi berpandukan fungsi kepada berpandukan senario. BeyonCa akan menawarkan produk yang bermakna kepada pengguna dengan pengalaman pengguna super-premium bersepadu yang pengguna akan dapat menikmati nilai sebenar perkhidmatan di dalam kereta, sekitar kereta dan di luar kereta."

Chairman and Founder of BeyonCa
Chairman and Founder of BeyonCa

Christian Klingler, Pengasas Bersama BeyonCa, berkata: "BeyonCa mempunyai idea yang sangat jelas, untuk menakrifkan apa yang diertikan dengan jenama kereta super-premium yang pintar. Kami akan meningkatkan ciri-ciri apa yang menjadikan sesuatu berciri premium, termasuk kualiti yang bertaraf dunia. Kualiti ini adalah sangat penting untuk saya sepanjang kerjaya saya dan dilihat mahupun dirasakan, seperti apabila anda pertama kali memilih beg atau bagasi mewah. Ia dapat dicapai hanya dengan mementingkan setiap milimeter apa yang anda hasilkan. Falsafah ini menembusi BeyonCa dan ia digabungkan dengan reka bentuk bertaraf dunia yang tidak dapat ditandingi."

BeyondCa GT Opus 1: Mencetuskan keterujaan untuk peminat kereta dan teknologi

BeyonCa GT Opus 1 menunjukkan personaliti EV super premium generasi seterusnya, direka oleh sebuah pasukan dengan pengalaman selama berdekad-dekad mewujudkan kereta super premium dan kereta mewah.

BeyonCa GT Opus 1
BeyonCa GT Opus 1

Dirk van Braeckel, Ketua Pegawai Reka Bentuk BeyonCa, ialah seorang pereka pemenang anugerah dengan pengalaman reka bentuk automotif selama lebih 40 tahun, yang mana 20 tahun lamanya dihabiskan sebagai ketua pereka. Sepanjang kerjaya beliau, beliau membawa model GT yang paling ikonik kepada dunia dalam sejarah baru-baru ini.

Hans-Joachim Rothenpieler, Ketua Pegawai Teknologi BeyonCa, mempunyai pengalaman selama berdekad-dekad dalam segmen kereta super premium dan telah terlibat dalam pembangunan berpuluh-puluh model ikonik dalam bidang ini.

Syarikat ini juga menerajui industri auto dengan melantik Ketua Pegawai Kesihatan dalaman, Dr.Tim Guo. Seorang pakar kardiovaskular dengan pengalaman selama lebih 27 tahun di pelbagai kumpulan hospital antarabangsa, Dr. Guo akan menyelia sebuah pasukan "doktor awan" dan mengkaji kes penggunaan untuk memberi manfaat kepada pengguna kereta masa depan.

Meninjau pengembangan global

Sejak hari pertama, BeyonCa komited untuk menjadi sebuah syarikat yang benar-benar global. Kini, ia mempunyai pejabat di lima buah bandar dalam tiga buah negara termasuk tiga pejabat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, sebuah pusat reka bentuk di Munich dan sebuah pejabat Singapura yang akan menjadi sebuah hab R&D.

Rancangan masa depan

BeyonCa dijangka akan memperkenalkan model kereta keluaran besar-besaran yang pertama dalam tahun 2024.

Dongfeng Group ialah salah satu rakan pelaburan strategik BeyonCa. Syarikat ini juga mendapat dana daripada pelabur-pelabur kewangan antarabangsa yang lain.

Source: BeyonCa
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services