omniture

Melabur dalam masa depan, SWEP perkukuh keupayaan pada skala global

SWEP
2022-11-01 15:24 182

LANDSKRONA, Sweden, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Didorong oleh krisis tenaga Eropah dan peralihan tenaga global, SWEP memenuhi kehendak yang semakin meningkat terhadap penyelesaian penjimatan tenaga dengan melanjutkan pelaburan bagi menyediakan penukar haba plat Dipateri di seluruh dunia. Dimulakan pada tahun 2019, program pelaburan global ini kini terus menambah kapasiti dalam pengeluaran, kakitangan dan inovasi – komponen-komponen penting untuk membina masa depan dan terus mencabar kecekapan.

Pengembangan kilang pembuatan SWEP yang telahpun diumumkan di Kosice, Slovakia dan di Landskrona, Sweden kini disertai oleh pengembangan kapasiti ketiga di Suzhou, China. Pengembangan Suzhou melibatkan penempatan semula ke tempat baharu yang kini sedang dalam pembinaan yang mana 14,000 meter persegi akan merangkumi sebuah kilang baharu dan bangunan pejabat yang moden. Kemudahan-kemudahan direka bentuk untuk menaik taraf dan memperkukuh kapasiti pengeluaran dan operasi SWEP yang menyediakan perkhidmatan untuk pasaran Cina dan pasaran-pasaran utama yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, India, Asia Tenggara dan Australia.

SWEP, pembekal yang terkemuka di dunia bagi penukar haba plat dipateri (BPHE) terus menambah kapasiti dalam pengeluaran, kakitangan dan inovasi – komponen-komponen penting untuk membina masa depan dan terus mencabar kecekapan pada skala global
SWEP, pembekal yang terkemuka di dunia bagi penukar haba plat dipateri (BPHE) terus menambah kapasiti dalam pengeluaran, kakitangan dan inovasi – komponen-komponen penting untuk membina masa depan dan terus mencabar kecekapan pada skala global

Bagi meningkatkan lagi inovasi, SWEP turut melabur dalam Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) baharu dalam jarak yang sangat dekat dengan kilang pembuatan di Landskrona, Sweden. Kemudahan teknologi baharu yang menarik ini akan menempatkan kepakaran teknikal teras, makmal inovasi yang diperbesar dan dinaik taraf serta keupayaan pengujian yang diperbesar. Selain menyediakan lebih banyak penyelesaian pemindahan haba karbon-rendah dan cekap tenaga kepada pelanggan kami, pelaburan ini turut memanifestasikan komitmen SWEP kepada kakitangan kami, untuk meluaskan bakat dan terus menyuntik semangat inovasi dalam perjalanan korporat dan DNA kami.

Sebahagian daripada pelaburan di Landskrona, Sweden, ialah Ibu Pejabat Korporat baharu yang kini sedang dalam pembinaan. Kemudahan yang diperakui mesra alam yang baharu ini akan menerima nilai-nilai yang menyokong nilai-nilai teras SWEP dan penting untuk menarik dan mengekalkan kecekapan yang penting seperti kebolehcapaian yang mudah untuk pengulang-alik dan pengunjung, kecekapan tenaga dan kemampanan.

Permintaan terhadap produk kami terus meningkat dan kami melihat peluang pertumbuhan sekular yang signifikan di hadapan kami yang dipacu oleh penyahkarbonan global dan pelaburan kemampanan. Program pelaburan global kami untuk menyokong pertumbuhan ini dilancarkan pada tahun 2019 dan akan melibatkan semua kemudahan kami sebelum tahun 2025," kata Presiden SWEP, Ulrika Nordqvist. "Kemudahan pembuatan kami yang baharu dan diperluas serta Pusat R&D akan membolehkan kami untuk terus menyampaikan penyelesaian yang bertaraf dunia kepada pelanggan kami, mendorong kecekapan dan menyokong laluan ke arah keneutralan karbon dan masa depan yang lestari.

Didorong oleh penyiapan setiap projek pelaburan, SWEP akan memacu dan menyokong laluan global yang tidak dapat dielakkan menuju keneutralan karbon dan terus mencabar kecekapan dan mengejar masa depan yang lestari bersama pelanggan kami.

*Program pelaburan Global SWEP berjalan hingga tahun 2025 dan melibatkan projek-projek pengembangan di kilang-kilang pengeluaran di kesemua wilayah ini:
Kosice, Slovakia (EMEA)
Landskrona, Sweden (EMEA)
Suzhou, China (APAC)
Kuala Lumpur, Malaysia (APAC)
Tulsa, Oklahoma/USA (AMER)

Latar Belakang SWEP – Mencabar kecekapan

Di SWEP, kami percaya masa depan kami bergantung dengan memberi lebih banyak tenaga berbanding apa yang kami ambil – daripada planet kita dan penduduk kita. Atas sebab inilah kami mencurahkan tenaga kami untuk memimpin penukaran kepada penggunaan tenaga mampan dalam pemindahan haba. Selama tiga dekad, jenama SWP telah menjadi sinonim dengan mencabar kecekapan.

SWEP ialah pembekal yang terkemuka di dunia bagi penukar haba plat dipateri dan stesen pemindahan tenaga pasang siap untuk HVAC dan aplikasi perindustrian. Dengan lebih 1,150 pekerja berdedikasi, rakan niaga yang dipilih dengan teliti, kehadiran global dengan perkhidmatan pengeluaran, penjualan serta perkhidmatan yang tulus ikhlas, kami membawakan tahap kepakaran dan kemesraan pelanggan yang menakrifkan semula kelebihan kompetitif demi masa depan yang lebih lestari. SWEP merupakan sebahagian daripada Dover Corporation, pengeluar terpelbagai yang bernilai berbilion-bilion dolar bagi pelbagai jenis produk dan komponen proprietari untuk kegunaan industri dan komersial.

Source: SWEP
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities