omniture

Pengerusi Masdar, Dr. Sultan Al Jaber Menyeru kepada 'Tenaga Maksimum, Pelepasan Minimum' demi Mencapai Peralihan Tenaga Global

Masdar
2022-11-01 20:16 84

ABU DHABI, UAE, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Tuan Yang Terutama Dr. Sultan bin Ahmed Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE, Utusan Khas Perubahan Iklim yang juga Pengerusi Masdar, menyeru seluruh dunia untuk menggunakan semua sumber tenaga yang tersedia termasuk tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen bagi memenuhi keperluan tenaga penduduk global yang semakin meningkat.

Dr Sultan Al Jaber, Chairman of Masdar
Dr Sultan Al Jaber, Chairman of Masdar

"Tahun ini telah mengajar kita tentang pelbagai perkara, terutamanya jaminan tenaga merupakan asas kepada semua kemajuan – kemajuan sosial ekonomi dan iklim," ujar Dr. Al Jaber dalam ucaptama beliau di Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC). Dengan populasi global yang dijangka bakal menjangkau 9.7 bilion orang menjelang tahun 2050, dunia perlu menghasilkan 30 peratus lebih banyak tenaga berbanding hari ini.

"Dunia memerlukan semua penyelesaian yang ia boleh perolehi. Penyelesaian terhadap minyak dan gas serta solar, angin, nuklear dan hidrogen termasuk tenaga bersih yang masih belum ditemui, dikomersial dan digunakan," kata Dr. Al Jaber. "Dunia memerlukan bekalan tenaga maksimum dengan pelepasan karbon yang minimum. Inilah sebabnya kepemimpinan UAE memutuskan untuk menjadi penggerak pertama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui selama lebih 16 tahun yang lalu dengan melancarkan Masdar."

Masdar, syarikat tenaga boleh diperbaharui yang utama di Abu Dhabi, telah dilancarkan untuk menyokong kepelbagaian sumber ekonomi dan tenaga UAE melalui kemajuan pembangunan, penggunaan serta pengkomersialan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi bersih.

Pada hari ini, Masdar merupakan salah sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang paling pesat berkembang di seluruh dunia dan aktif di lebih 40 buah negara serta telah melabur dalam projek-projek yang bernilai melebihi USD20 bilion. Pada tahun lepas, Masdar telah memperluas kapasiti portfolio tenaga bersihnya sebanyak 40 peratus yang menjadikan jumlah kapasitinya melebihi 15 gigawatt (GW). Projek-projek ini boleh menggantikan pelepasan karbon dioksida sebanyak 19.5 juta tan setiap tahun.

Masdar menyasarkan kapasiti portfolio berjumlah 100 GW menjelang tahun 2030 dan berhasrat untuk membekalkan 1 juta tan hidrogen hijau menjelang akhir dekad ini, mengukuhkan kedudukannya sebagai penggerak pertama dalam industri yang memberangsangkan ini serta meletakkan Abu Dhabi sebagai sebuah hab global bagi pengeluaran dan eksport hidrogen hijau.

"Dengan mesyuarat COP27 yang bakal berlangsung pada minggu depan dan memandangkan UAE bersiap sedia untuk menganjurkan COP28 iaitu Persidangan Iklim Emiriyah, usaha kami perlu memberi tumpuan kepada laluan baharu yang berani,  realistik dan pragmatik yang memberi manfaat kepada manusia, iklim dan ekonomi," kata Dr. Al Jaber said. "Kita perlu mengekang pelepasan, bukannya menyekat kemajuan."

Saksikan ucapan tersebut di sini: https://lnkd.in/d7gT6eVF

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1934010/Dr_Sultan_Al_Jaber_Chairman_of_Masdar.jpg?p=medium600

Source: Masdar
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues New products/services