omniture

Thunes Melancarkan Pembayaran Masa Nyata ke dalam New Zealand

Thunes
2026-04-21 10:00 23

Ahli Rangkaian Global Langsung Thunes kini boleh menghantar pembayaran masa nyata ke akaun bank di New Zealand, mengukuhkan lagi kehadiran syarikat di rantau Asia Pasifik.

BANGKOK, 21 April 2026 /PRNewswire/ -- Thunes, Lebuh Raya Super Pintar untuk memindahkan wang ke seluruh dunia, pada hari ini mengumumkan pengembangan Rangkaian Global Langsung syarikat berkenaan dengan pelancaran perkhidmatan Bayar ke Bank (Pay-to-Bank) secara terus dan masa nyata ke New Zealand.

Pengembangan ini meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan Thunes di rantau Asia Pasifik, menyediakan kepada Ahli Rangkaian Global Langsung Thunes dengan penyelesaian pembayaran yang lebih cepat dan lebih telus untuk transaksi pengguna dan perniagaan. Dengan pelancaran ini, pengguna boleh memindahkan NZD secara terus ke akaun bank New Zealand dengan mudah. Transaksi boleh dibuat sama ada melalui penyepaduan API terus ke Thunes atau dengan memanfaatkan ketersambungan Swift sedia ada.

New Zealand semakin memberikan tumpuan kepada menaik taraf infrastruktur kewangan negara itu bagi menyokong perdagangan digital masa nyata dan ekonomi gig yang sedang berkembang pesat. Memandangkan negara beralih kepada ekosistem pembayaran generasi akan datang, transaksi masa nyata diramalkan akan berkembang pada CAGR sebanyak 21.3% hingga 2027.

Eugene Chua, Ketua Rangkaian, APAC, di Thunes, berkata: "Di Thunes, kami menghapuskan kesukaran disebabkan oleh budaya lama yang mewujudkan halangan kepada ekonomi digital global. Asia Pasifik ialah tempat kisah mengenai Thunes bermula, oleh yang demikian kami amat berbesar hati dapat mengukuhkan jangkauan kami dalam pasaran yang berkembang pesat seperti New Zealand. Keadaan geografi tidak seharusnya menghalang cita-cita dan kami amat berbangga menjadi enjin yang memacu ketersambungan kewangan, menyediakan infrastruktur yang menyokong dan memperkasa perniagaan dan individu untuk mendapat manfaat daripada pergerakan wang antarabangsa, serta melibatkan diri lebih sepenuhnya dalam ekonomi global."

Dengan pengembangan ini, Thunes memperkukuh kedudukan syarikat sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran rentas sempadan masa nyata yang terkemuka. Rangkaian Global Langsung syarikat memanfaatkan Sistem Perbendaharaan SmartX dalaman Thunes untuk ramalan dan pengurusan kecairan masa nyata dipacu AI, serta Platform Fortress Compliance, yang mendapat manfaat daripada lebih 50 lesen di seluruh dunia. Ini memastikan setiap pembayaran dilaksanakan pada tahap keselamatan, pematuhan dan kecekapan operasi paling tinggi.

CATATAN KEPADA EDITOR:

Thunes akan menghadiri Money20/20 Asia di Bangkok dari 21-23 April 2026, bertempat di reruai 6005. Jadualkan pertemuan di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Thunes, sila kunjungi: https://www.thunes.com/

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2831061/5891541/Thunes_Logo.jpg

Source: Thunes
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion New products/services Trade show news Financial Technology