LONDON, 27 November 2013 /PRNewswire/ -- Laporan Pusat Pengajian Perniagaan Global QS 2013/14 yang diterbitkan pada hari ini di http://www.TopMBA.com menyediakan alternatif bagi pemeringkatan tradisi MBA dengan menekankan nilai program MBA di seluruh dunia, menurut pengguna akhir kelayakan tersebut: majikan bagi MBA.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130909/638188)
Laporan yang dikemukakan adalah berdasarkan 4,318 jawapan yang diberikan oleh perekrut yang mengambil lepasan MBA secara aktif, lalu menjadikannya kaji selidik terbesar seumpamanya.
Lima pusat pengajian menerima skor maksimum bagi pengiktirafan majikan, lantas menjadikan pusat pengajian tersebut yang menerajui di wilayah masing-masing: Harvard dan Stanford (Amerika Utara), INSEAD dan London Business School (Eropah) dan INSEAD sekali lagi (Asia Pasifik).
Laporan tersebut juga memperlihatkan kelompok peneraju yang terdiri daripada 33 pusat pengajian perniagaan 'global elit' merentasi seluruh Amerika Utara (18), Eropah (13) dan Asia Pasifik (2).
Wilayah kedudukan 2013/14 Institusi Negara
1 Harvard AS
2 Stanford AS
3 The Wharton School AS
1 INSEAD Perancis
2 London Business School United Kingdom
3 IE Business School Sepanyol
1 INSEAD Singapura
2 IIM Ahmedabad India
3 University of Melbourne Australia
1 Tecnologico de Monterrey Mexico
2 Pontificia Universidad Católica de Chile Chile
3 Business School Sao Paulo Brazil
1 University of Cape Town Afrika Selatan
2 University of Witwatersrand Afrika Selatan
3 American University of Sharjah UAE
Sumber: http://www.TopMBA.com
Amerika Syarikat mendominasi kedudukan yang disertakan dalam sepuluh pengkhususan subjek bagi MBA: Kewangan; Strategi; Inovasi; Kepimpinan; Pemasaran; Keusahawanan; Tanggungjawab Sosial Korporat; Pengurusan Maklumat; Pengurusan Operasi dan Pengurusan Antarabangsa.
Harvard mendahului lima daripada sepuluh subjek itu, diikuti dengan INSEAD; Kellogg; MIT Sloan; Stanford dan Wharton yang mengungguli pusat pengajian yang lain.
"Memandangkan industri utama seperti sektor kewangan sedang mengukuhkan pemulihan daripada krisis ekonomi, permintaan terhadap kelayakan MBA semakin meningkat," ujar Nunzio Quacquarelli, pengarah urusan QS. "Dengan graduan daripada pusat pengajian 'global elit' di Amerika Utara dan Eropah yang kini meminta pendapatan purata dalam pendahuluan sebanyak US$120,000, MBA kekal sebagai salah satu pelaburan yang paling selamat."
Graduan daripada pusat pengajian terkemuka di Amerika Utara didapati berpendapatan purata yang sedikit tinggi berbanding graduan di Eropah. Purata pendapatan bagi graduan di pusat pengajian 'global elit' Amerika Syarikat adalah sebanyak US$123,239 berbanding US$122,983 di Eropah.
Pusat pengajian dengan pendapatan purata tertinggi bagi graduan ialah Swiss business school IMD (US$159,912), yang mendahului Stanford Graduate School of Business Amerika Syarikat (US$156,265).
Pusat pengajian perniagaan pada kedudukan 200 terbaik yang menjadi pilihan perekrut antarabangsa, laporan penuh serta kaedahnya boleh didapati di http://www.TopMBA.com
SUMBER QS TopMBA.com