omniture

Xinhua Silk Road: Pameran awan + luar talian menyuntik kevitalan baharu dalam Pameran Perdagangan Bahan TCM dan Farmaseutikal Kebangsaan

Xinhua Silk Road
2022-11-02 08:25 150

BEIJING, 2 November 2022  2022 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bahan Ubat Tradisional Cina (TCM) dan Farmaseutikal Kebangsaan kali ke-53, platform yang penting untuk menggalakkan komunikasi dalam bidang perubatan di China, menjadi saksi bagaimana penyepaduan dalam talian-luar talian meningkatkan dengan ketara perdagangan pada hari perasmian pada hari Jumaat.

Foto menunjukkan data waktu sebenar dipamerkan di tempat pameran data raya dagangan pameran tersebut.
Foto menunjukkan data waktu sebenar dipamerkan di tempat pameran data raya dagangan pameran tersebut.

Dengan lebih 9,000 pengeluar perubatan hadir dan lebih 30,000 farmaseutikal dipamerkan di pameran tersebut, nilai perolehan di pameran berkenaan melebihi 13 bilion yuan pada 28 Oktober.

Hasil daripada pengenalan kepada platform media baharu dan teknologi IT yang moden seperti realiti maya/realiti buatan serta data raya, pameran awan pertama pada tahun ini membolehkan pembeli profesional berurus niaga secara dalam talian.

Bagi memudahkan pembeli antarabangsa, mesyuarat pembelian dalam talian TCM yang pertama di dunia telahpun dilancarkan berserta pelbagai aktiviti dalam talian seperti strim langsung di Douyin, Kuaishou and Xiaohongshu untuk merangsang perdagangan.

Dengan menjemput ilmuwan, pakar dan wakil daripada pengeluar-pengeluar ubat terkenal untuk mengambil bahagian dalam satu siri simposium di bawah pameran tersebut, kajian teknologi berkaitan TCM, pendedahan maklumat dan kajian piawaian telah ditekan ke hadapan untuk menangani kesukaran yang sedia ada dan meninjau hala tuju pembangunan baharu untuk industri TCM.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bandar Zhangshu mengutamakan pembangunan industri TCM dan memupuk corak pembangunan industri perubatan yang mengintegrasikan pengeluaran, pemprosesan, penjualan dan juga penyelidikan saintifik.

Sebagai hab tradisional TCL di China, Bandar Zhangshu mempunyai kawasan ladang seluas 33,333.33 hektar untuk bahan TCM dan 406 syarikat perubatan. Kluster perindustrian perubatan tempatan telah berada dalam senarai 100 teratas kluster perindustrian peringkat-daerah yang paling kompetitif di China.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330784.html

Foto menunjukkan seorang pekerja daripada Zhangshu Qingren TCM pieces Co., Ltd. mendemonstrasikan teknik pemprosesan tradisional akar ubat herba Cina daripada bunga peony herba.
Foto menunjukkan seorang pekerja daripada Zhangshu Qingren TCM pieces Co., Ltd. mendemonstrasikan teknik pemprosesan tradisional akar ubat herba Cina daripada bunga peony herba.

 

 

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service