SHANGHAI, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali ke-5 bakal diadakan mulai 5 hingga 10 November 2022. Bekas Perdana Menteri Perancis Jean-Pierre Raffarin dan Bekas pengarah pusat warisan UNESCO dan ADG untuk kebudayaan Francesco Bandarin mengucapkan selamat maju jaya untuk kejayaan acara tersebut melalui video, memuji China kerana menggalakkan kemakmuran ekonomi dunia melalui pembukaan peringkat tinggi.
Jean-Pierre Raffarin berkata bahawa beliau pernah mengambil bahagian dalam CIIE sebelum ini dan perusahaan-perusahaan Perancis begitu bersemangat untuk datang ke China bagi tujuan pembangunan. Ketika ini, CIIE memainkan peranan yang penting dalam pertukaran perdagangan antarabangsa. Perusahaan-perusahaan boleh mencadangkan banyak projek yang saling menguntungkan di CIIE yang menunjukkan pengaruh antarabangsanya yang tidak boleh diabaikan. Beliau telah menyeru syarikat-syarikat Perancis untuk mengambil bahagian dalam CIIE agar kedua-dua rakyatnya boleh memberi manfaat antara satu sama lain.
Francesco Bandarin bahawa beliau telah banyak kali berkunjung ke China dan menganggap CIIE sebagai sebuah acara besar-besaran yang bertaraf antarabangsa untuk perolehan global, penggalakan pelaburan, pertukaran budaya dan rakyat-dengan-rakyat serta kerjasama terbuka. Melalui jendela ini, dunia akan dapat melihat China dan budayanya yang mengagumkan. Rakyat Cina akan dapat melihat, menyentuh dan merasai pengalaman produk serta budaya yang pelbagai dari seluruh dunia. Beliau berkata sekiranya ada peluang, beliau sendiri akan datang ke acara tersebut untuk merasai pengalaman CIIE.
Sumber video: http://news.medianet.com.au/xinhua-news-agency/ciie
Hubungi: Cik Cui Yan
Tel.: 0086-21-968888
Emel: ciie2022@ciie.org
Laman Sesawang: http://www.ciie.org/zbh/en/
Facebook: https://www.facebook.com/ciieonline
Twitter: https://twitter.com/ciieonline