SINGAPURA, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- PERSOLKELLY, salah sebuah syarikat penyelesaian sumber manusia (HR) yang terkemuka di Asia Pasifik, telah menjalankan tinjauan perniagaan dalam kalangan 1,326 pembuat keputusan yang bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja di dalam organisasi mereka dan laporan bertajuk "Mengambil dan Mengurus Bakat Melangkaui Sempadan Geografi" ("Hiring and Managing Talent Beyond Geographical Boundaries") mengetengahkan keberkesanan dan trend majikan yang semakin berkembang di wilayah ini dalam menerima strategi perekrutan luar pesisir demi keperluan pengambilan pekerja mereka.
Sudahpun menjadi lebih terbuka untuk menerima pakai model operasi baharu dan kerja jarak jauh sejak Covid-19, syarikat-syarikat semakin beralih kepada strategi perekrutan luar pesisir untuk meningkatkan ketangkasan dan meletakkan operasi mereka di landasan yang betul. Melihatkan cabaran ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini, perniagaan mendapati bahawa penyelesaian ini dapat menjimatkan kos. Ia turut membuka peluang untuk mencapai pasaran baharu, memberi akses kepada kumpulan bakat yang lebih besar dengan set kemahiran tertentu, menyediakan sumber untuk mengisi jurang dengan cepat dalam tenaga kerja mereka dan mengupayakan pembelbagaian operasi perniagaan.
"Globalisasi dan teknologi memungkinkan majikan untuk mengambil dan mengurus bakat melangkaui sempadan geografi. Tatkala pasaran menjadi semakin kompetitif, syarikat-syarikat perlu membuat perbezaan bagi mencipta lebih nilai untuk pelanggan mereka sama ada untuk mengekalkan atau memperkenalkan kelebihan kompetitif yang baharu. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengambil bakat yang tepat dengan set kemahiran yang tepat bagi mencapai objektif perniagaan," kata Foo See Yang, Pengarah Urusan & Ketua Negara, PERSOLKELLY Singapore.
"Atas sebab inilah strategi perekrutan luar pesisir menjadi semakin popular. Matlamat strategi ini adalah untuk mengintegrasikan dengan lancar pengambilan bakat luar pesisir sebagai sebahagian daripada persediaan global organisasi dan untuk meningkatkan operasi perniagaan sebagai sebuah pasukan bersama-sama. Metriknya ialah mengambil individu yang tepat, agensi perekrutan yang tepat dan rakan kongsi yang tepat," kata Zen Loh, Pengarah Perniagaan Serantau, PERSOLKELLY. "Dengan adanya kesemua ini, sebuah pasukan luar pesisir bukanlah sekadar satu alternatif mampan untuk pengambilan pekerja tempatan, sebaliknya merupakan senjata rahsia dalam perebutan untuk mencapai kejayaan perniagaan."
Untuk laporan penuh, sila muat turun di www.persolkelly.com/2022-apac-workforce-insights