omniture

Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan Rakam Penghargaan Kepada Pekerja Pembersihan Di Seluruh Dunia

Karcher Malaysia
2022-11-02 15:50 257

Masa untuk mengucapkan terima kasih

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- Berjuta-juta pekerja pembersihan hanya mempunyai satu matlamat setiap hari, iaitu bekerja untuk memastikan kita berasa selesa dan selamat dalam kehidupan dan persekitaran kerja kita.  Pembersihan merupakan industri yang paling penting di dunia, namun anda jarang-jarang melihat sebahagian besar daripada orang yang melaksanakan kerja yang penting ini.  Setiap hari, kakitangan pembersihan yang berkemahiran, rajin dan berdedikasi bekerja untuk memastikan kemudahan kita bersih dan selamat, terutamanya ketika pandemik Covid-19.  

Karcher Malaysia Meraikan Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan 2022 bersama kakitangan PARKROYAL COLLECTION Hotel, Kuala Lumpur.
Karcher Malaysia Meraikan Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan 2022 bersama kakitangan PARKROYAL COLLECTION Hotel, Kuala Lumpur.

Karcher berjanji untuk menjadikan pembersihan prosedur yang lebih cekap dan kurang tekanan kepada para pekerja pembersihan. Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat dan Kemampanannya, Karcher Cleaning Systems Sdn Bhd menganjurkan "Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan". Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan mengiktiraf usaha gigih yang dilakukan oleh pekerja pembersihan selain menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada mereka.

Pada tahun ini, Kärcher Malaysia menyambut Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan bersama-sama dengan sektor hospitaliti yang merangkumi GENTING, AMARI, HILTON, SHERATON, PARKROYAL, FRASER, dan lain-lain di  PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Seramai 100 tetamu dari pelbagai hotel menghadiri acara tersebut untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada para pekerja pembersihan. Karcher menyampaikan Trofi Penghargaan untuk menghargai etika kerja cemerlang dan amalan industri terbaik kepada 10 syarikat sementara 10 orang pekerja pembersihan dianugerahi sijil dan hadiah penghargaan sebagai pengiktirafan kepada prestasi kerja mereka yang luar biasa dan membanggakan.

Selama 87 tahun, Kӓrcher terus berusaha untuk mencapai penyelesaian terbaik terhadap setiap tugasan pembersihan pada peringkat global.  Sebagai penyedia terkemuka sistem pembersihan yang menyokong pemuliharaan sumber dan cekap, Kӓrcher mencetuskan impak yang ketara dengan memenuhi keperluan pembersihan pelanggan kami dengan cara yang mesra ekonomi dan alam sekitar, baik untuk industri rumah mahupun komersial.

Mempamerkan penghargaan yang lebih tinggi kepada perkhidmatan pembersihan merupakan objektif Hari Terima Kasih Pekerja Pembersihan, yang berlangsung sekali lagi tahun ini pada bulan Oktober 2022.

Source: Karcher Malaysia
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Not for profit