omniture

CGTN: China, Vietnam rancang laluan untuk hubungan dua hala

CGTN
2022-11-02 20:13 341

 BEIJING, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- China telah mengalu-alukan pemimpin luar negara pertama untuk mengunjungi negara ini sejak penutupan Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) — Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) Nguyen Phu Trong.

Melalui jemputan daripada Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC dan presiden Cina, Trong sedang mengadakan lawatan rasmi ke China yang bermula pada 30 Oktober.

Semasa perbincangan mereka pada hari Isnin, kedua-dua pemimpin tersebut berjanji untuk menjalin usaha sama bagi menggalakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Vietnam dalam era baharu ke tahap baharu.

Lawatan menunjukkan hubungan persahabatan yang kukuh

Mengambil maklum bahawa Trong merupakan pemimpin luar negara pertama yang ditemui oleh beliau sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-20 dan ini merupakan lawatan pertama Trong ke luar negara sejak Kongres Kebangsaan ke-13 CPV, Xi berkata bahawa ia benar-benar menunjukkan betapa besarnya kepentingan yang diletakkan oleh kedua-dua pihak untuk membangunkan hubungan antara kedua-dua negara dan kedua-dua pihak.

Xi turut menyampaikan Pingat Persahabatan Republik Rakyat China (PRC) kepada Trong, berkata bahawa pingat tersebut mewakili persahabatan yang mendalam "rakan seperjuangan serta saudara" antara China dan Vietnam.

Anugerah tersebut disampaikan kepada mereka yang menyokong pemodenan negara, menggalakkan pertukaran antara China dan dunia serta menjaga keamanan dunia.

Trong berkata bahawa beliau telah menunaikan janji beliau kepada Xi bahawa beliau akan mengunjungi China untuk lawatan antarabangsa beliau susulan pemilihan semula beliau sebagai Setiausaha Agung CPV dalam bulan Januari 2021.

Lima tahun lalu dalam bulan November, Xi memilih Vietnam sebagai destinasi luar negara pertama beliau selepas Kongres Kebangsaan CPC ke-19.

Vietnam News Agency berkata bahawa lawatan Trong merupakan satu lawatan salingan, yang bertujuan untuk "mengesahkan dasar konsisten Vietnam yang meletakkan kepentingan terhadap hubungan dengan China sebagai satu keutamaan tertinggi."

Lawatan yang merancang laluan untuk hubungan dua hala

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus memajukan pemodenan sosialis, menyelaraskan strategi pembangunan dan menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti penjagaan perubatan dan kesihatan, pembangunan hijau, ekonomi digital dan perubahan iklim.

Demi kepentingan sosialisme dan hubungan China-Vietnam, berpegang kepada hala tuju politik yang betul adalah sangat penting, kata Xi.

Menekankan bahawa kedua-dua pihak harus mengukuhkan asas ekonomi sosialis, beliau berkata China bersedia untuk mensinergikan strategi pembangunannya dengan Vietnam.

China menganggap Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai keutamaan dalam diplomasi kejiranannya dan rantau yang penting dalam kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi serta meletakkan kepentingan terhadap peranan Vietnam di ASEAN, kata Xi.

Trong berkata Vietnam bersedia untuk mensinergikan selanjutnya "Lingkaran Dua Koridor dan Satu Ekonomi" serta Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

Biarpun dengan impak pandemik COVID-19 dan pergolakan geopolitik di dunia, Vietnam merupakan rakan dagangan terbesar China di ASEAN dan keenam terbesar di dunia dengan perdagangan dua hala melebihi $230 bilion pada tahun 2021.

Dalam bulan Julai, China dan Vietnam bersetuju untuk mengukuhkan lagi pengedokan strategi pembangunan dan mempercepatkan kerjasama di bawah BRI dan rancangan "Lingkaran Dua Koridor dan Satu Ekonomi".

Rancangan "Lingkaran Dua Koridor dan Satu Ekonomi" merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kerjasama ekonomi serantau antara China dan Vietnam. Ia melibatkan beberapa kawasan di selatan dan barat daya China serta utara Vietnam.

Semasa perbincangan mereka, Trong turut menegaskan bahawa negara beliau benar-benar berpegang kepada dasar satu-China, menentang dengan tegas sebarang bentuk aktiviti pemisah untuk mencari "kemerdekaan Taiwan" dan tidak akan membina sebarang hubungan rasmi dengan Taiwan.

Vietnam tidak membenarkan mana-mana negara untuk menubuhkan pangkalan tentera di wilayahnya, tidak menyertai mana-mana pakatan tentera, tidak menggunakan kekerasan terhadap mana-mana negara dan tidak bersatu dengan satu negara menentang negara lain, kata beliau.

Susulan daripada perbincangan tersebut, kedua-dua pemimpin menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama berhubung parti politik, ekonomi dan perdagangan, perlindungan alam sekitar, budaya dan pelancongan, keadilan, kastam dan hal ehwal tempatan.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-31/Xi-holds-talks-with-Vietnam-s-communist-party-chief-in-Beijing-1eAbvfKZw0E/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service