omniture

GenScript Sokong Pembangunan Semburan Hidung untuk Perlindungan COVID-19 dengan Antibodi gred-GMP dan Seterusnya Merancang Kolaborasi Jangka Panjang dengan Biogenexis

Genscript
2022-11-02 20:17 351

SINGAPURA, 2 November 2022 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod Saham: 1548.HK), sebuah syarikat bioteknologi global terkemuka yang disokong oleh Chulalongkorn University, sebuah universiti berintensifkan penyelidikan di Thailand dalam membangunkan antibodi anti-SARS-CoV-2 manusia menerusi perkhidmatan penghasilan dan pencirian antibodi. Antibodi tersebut dilesenkan kepada Hibiocy Co. Ltd., yang terus membangunkannya menjadi peranti perubatan semburan hidung yang dinamakan VAILL COVITRAP™. FDA Thai telah meluluskan VAILL COVITRAP™ sebagai peranti perubatan Kelas 4, seterusnya menjadikan Thailand sebagai negara pertama yang meluluskan pembuatan semburan hidung COVID-19 berasaskan antibodi monoklon manusia. Antibodi anti-SARS-CoV-2 manusia yang merupakan bahagian penting peranti semburan hidung VAILL COVITRAP™ dibangunkan oleh pasukan Dr. Trairak Pisitkun daripada Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand. GenScript menyokong pasukan tersebut dengan penghasilan dan pencirian antibodi semasa fasa penyelidikan awal dan menyumbang kepada pembangunan VAILL COVITRAP™ dengan menghasilkan antibodi gred-GMP pada platform pembuatan pantas proprietari mereka.


Pasukan daripada Chulalongkorn University, yang membangunkan antibodi anti-SARS-CoV-2, menubuhkan sebuah syarikat bioteknologi bernama Biogenexis (BGX). Selepas kejayaan projek VAILL COVITRAP™, GenScript dan BGX kini merancang untuk memulakan satu kolaborasi jangka panjang pada masa akan datang untuk membangunkan inovasi bioperubatan yang sangat moden, melibatkan antibodi terapeutik, produk penjagaan kulit termaju, bahan berkaitan vaksin serta pembangunan dan pembuatan kit IVD dalam masa terdekat. Projek-projek BGX akan dianggap sebagai projek-projek yang diberi keutamaan tinggi semasa penjadualan slot pembuatan dan kakitangan yang berpengalaman akan ditetapkan untuk mengendalikan projek-projek tersebut.

"Kejayaan projek VAILL COVITRAP™ mewujudkan kepercayaan yang kukuh bersama rakan kongsi kami di Chulalongkorn University dan kami berasa gembira untuk memulakan satu lagi kolaborasi jangka panjang bersama pasukan ini dalam inovasi bioperubatan yang lain," kata En. Johnson Wang, Presiden GenScript Asia Pasifik. "GenScript dan Biogenexis tidak sabar-sabar untuk menggabungkan kekuatan pelengkap kami bagi mencapai lebih banyak kejayaan saintifik."

"Kini, kami bersedia untuk melancarkan pendekatan kami yang inovatif untuk menangani cabaran global dalam aspek kesihatan dan penyakit, terutamanya virus memuncul, kanser dan penuaan. Bersama rakan kongsi yang mantap seperti GenScript, kami benar-benar percaya misi kami akan didorong ke hadapan dengan minda yang hebat, teknologi serta ketekunan," kata Dr. Trairak. "Biogenexis dan GenScript berseiringan dengan lancar untuk usaha yang akan datang."

GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (HK.1548) ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di dunia bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains hayat serta pembuatan. Dibina berdasarkan teknologi sintesis gen mantapnya, GenScript Biotech dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform perkhidmatan dan produk sains hayat, platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologik (CDMO), platform terapi sel global dan platform produk biologi sintesis industri.

GenScript Biotech ditubuhkan di New Jersey, AS pada tahun 2002 dan disenaraikan pada Hong Kong Stock Exchange dalam tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript Biotech mencakupi lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia dengan entiti sah yang terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, China, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript Biotech menyediakan perkhidmatan dan produk premium, mudah dan andal kepada lebih 200,000 pelanggan.

Setakat 30 Jun 2022, GenScript Biotech mempunyai lebih daripada 5,500 pekerja di peringkat global, lebih 38% daripada mereka berkelulusan ijazah sarjana dan/atau Ph.D. Di samping itu, GenScript Biotech memiliki beberapa hak harta intelek termasuk lebih 190 paten, lebih 820 permohonan paten sedang menunggu dan sejumlah besar rahsia perdagangan.

Didorong oleh misi korporat untuk "menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript Biotech berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 30 Jun 2022, 74,700 artikel jurnal berwasit di seluruh dunia telah memetik perkhidmatan dan produk GenScript Biotech.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi GenScript Biotech

https://www.genscript.com

Latar Belakang Biogenexis

Biogenexis ialah sebuah syarikat pemula bioteknologi Thai terkemuka yang berpangkalan di Bangkok, Thailand. Biogenexis bermatlamat untuk membangunkan inovasi teknologi mendalam "pertama-dalam-kelas" bagi diagnosis termaju, profilaksis dan terapi berdasarkan kepada teknologi antibodi terkini. Kami berwawasan dalam mereka bentuk padanan produk-pasaran yang inovatif melalui gabungan antara pemahaman yang mendalam dan penyepaduan antara sains serta kepintaran. Kami membangunkan produk asli yang inovatif melalui aliran kerja reka bentuk tersuai kami untuk bagi menjayakan visi kami.

https://biogenexis.com

 

Source: Genscript
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Licensing/marketing agreements