omniture

Huawei Membantu APT Membina Pusat Data Awan, Menyepadukan Perkhidmatan Pusat Data Pengkomputeran Awan dengan Perkhidmatan Komunikasi Satelit

Huawei
2013-11-27 14:23 206

HONG KONG, 27 November 2013 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui, hari ini bekerjasama dengan APT Satellite Holdings Ltd. (APT) bagi mengacarakan simposium yang bertemakan "Memudahkan Perniagaan Menstabilkan Pusat Data – Peluang dan Cabaran untuk Era Awan" di Hyatt Regency Hong Kong. Acara itu memberi peluang untuk kedua-dua pihak berkongsi pengalaman kejayaan membina pusat data pengkomputeran awan dengan lebih 150 pelanggan dan tetamu dari rantau Asia Pasifik.

APT berjaya menetapkan pusat data pengkomputeran awan yang menerajui industri sebagai sebahagian daripada strategi terasnya, dengan menggunakan kelebihan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Awan Fabrik Awan dan suis pusat data siri CloudEngine Huawei, lalu membolehkan perluasan tawaran mereka ke perkhidmatan pusat data pengkomputeran awan menyeluruh di samping perkhidmatan komunikasi satelitnya.

"APT sangat menghargai suis pusat data siri CloudEngine generasi seterusnya milik Huawei serta produk pusat data hujung ke hujung dengan keandalan tinggi dan penyelesaian rangkaian pengkomputeran awan milik Huawei," kata En. Ricky Yiu, Timbalan Pengurus Besar APT Datamatrix Limited, syarikat subsidiari milikan penuh APT. "Inilah sebabnya APT akhirnya memilih Huawei sebagai rakan kongsi kami yang dipercayai."

"Berdasarkan pengalamannya yang beraneka dan sudah lama terkumpul, Huawei kini bertumbuh pesat dan membuat penemuan hebat yang signifikan dalam bidang perangkaian pusat data dengan kemampuan penyelidikan & pembangunan yang kuat dan bilangan paten standard yang banyak," kata En. Swift Liu, Presiden Enterprise Networking Product Line, Huawei Enterprise Business Group. "Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Fabrik Awan dan suis pusat data siri CloudEngine yang dipertunjukkan hari ini direka bagi membina rangkaian pusat data terbuka maya yang fleksibel untuk pelanggan, lalu membolehkan perkhidmatan rangkaian yang lebih tangkas bagi membantu pelanggan merebut peluang perniagaan dan mencapai kejayaan perniagaan dalam era pengkomputeran awan."

APT telah mengumpul pengalaman yang meluas dalam menawarkan perkhidmatan satelit "kedai sehenti". Dengan menggunakan kelebihan ini, APT merancang untuk melanjutkan lagi falsafah perkhidmatan "kedai sehenti"nya ke dalam perkhidmatan pusat data awan. Dengan menyepadukan pusat data pengkomputeran awannya yang baru dibina serta kemudahan komunikasi satelitnya, APT kini menawarkan perkhidmatan data menyeluruh, sepanjang masa dan tanpa gangguan bagi memenuhi permintaan pelanggan untuk keselamatan data yang tinggi.

Dibuat khusus mengikut ciri-ciri individu perniagaan APT, Huawei menawarkan penyelesaian perangkaian pusat data pengkomputeran awan tersuai khusus untuk APT, dengan CloudEngine 12800 sebagai suis teras, yang membolehkan kumpulan lalu lintas lapisan 2, lalu memudahkan kerumitan konfigurasi serta meningkatkan keandalan. Suis CloudEngine 12800 menyediakan rangkaian Ethernet 10G yang sangat boleh skala, dan menyokong antara muka Ethernet 10G/40G dengan kad talian 24*40GE/96*10GE. Penyelesaian ini juga mempunyai seni bina fabrik yang sangat boleh skala dan direka bagi memberikan kelebaran jalur lebar sebanyak 4Tbit/s untuk setiap slot dan sehingga 64Tbit/s untuk keseluruhan sistem, lalu menyediakan kemampuan bagi menyokong keperluan pembangunan perkhidmatan APT untuk sepuluh tahun seterusnya.

Huawei melancarkan siri CloudEngine untuk suis berprestasi tinggi dan Penyelesaian Fabrik Awan untuk pusat data awan pada bulan Mei 2012. Sejak pelancarannya, Penyelesaian Fabrik Awan telah memenangi lebih 130 pelanggan syarikat dengan lebih 900 suis teras CloudEngine 12800 Huawei dijual seluruh dunia.

Tentang APT Datamatrix Ltd. (APT Datamatrix)

APT Datamatrix Ltd. (APT Datamatrix) ialah syarikat subsidiari milikan penuh APT Satellite Holdings Limited (kod saham HKSE: 1045) dan menyediakan perkhidmatan telekom kepada pasaran yang memegang Lesen Pembawa Tetap di Hong Kong SAR. APT Datamatrix mengendalikan Pusat Data (IDC) di Tai Po Industrial Estate, pusat pengurusan kemudahan tujuan khusus yang tersendiri dengan infrastruktur telekom yang canggih dan sangat sofistikated.

Tentang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan telekomunikasi global yang menerajui. Melalui dedikasi kami terhadap inovasi berpusatkan pelanggan dan perkongsian yang kuat, kami telah menetapkan kelebihan hujung ke hujung dalam rangkaian telekom, peranti dan pengkomputeran awan. Kami komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali telekom, syarikat dan pengguna dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan berdaya saing. Produk dan penyelesaian kami telah digunakan di lebih 140 negara, berkhidmat untuk lebih satu pertiga daripada populasi dunia. Bagi maklumat lanjut, lawati Huawei dalam talian: www.huawei.com

Ikuti kami di Twitter: www.twitter.com/huaweipress dan YouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiPress

 

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Joint ventures Trade show news