omniture

Cytocell Ltd Memperkenalkan Prob FISH Hematologi Baharu bagi Leukemia Limfosit Kronik (CLL)

Cytocell Ltd
2013-11-27 17:49 204

CAMBRIDGE, England, 27 November 2013 /PRNewswire/ --

Cytocell Ltd. mengumumkan ketersediaan rangkaian baharu ujian diagnostik in vitro bagi membantu mengesan pesakit yang menghidap Leukemia Limfosit Kronik (CLL), sejenis kanser limfosit.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120906/559436 )

Rangkaian baharu prob FISH CLL Cytocell termasuklah Kit CLL PROFILER baharu yang terdiri daripada Kombinasi Prob P53/ATM dan prob Penghapusan/Penghitungan D13S319/13qter/12cen yang baru dihasilkan. Secara keseluruhannya, Cytocell mempunyai 19 prob FISH yang berbeza, direka khas untuk mengesan keabnormalan gen yang paling lazim dikaitkan dengan CLL.

CLL merupakan jenis leukemia yang paling kerap dikesan di A.S. dan Eropah dan sering didapati dalam kalangan lelaki Kaukasia berusia 60 tahun dan ke atas. Di Amerika Syarikat, lebih 15,000 pesakit didiagnosis dengan CLL setiap tahun dan kebanyakannya dikesan menerusi pemeriksaan perubatan yang dilakukan secara rutin. CLL berkembang lebih perlahan berbanding jenis leukemia lain dan kebanyakan pesakit yang didiagnosis dengan CLL berada pada tahap awal. Sehingga 50 peratus pesakit berisiko mengalami perkembangan kanser yang pantas manakala yang lain dapat meneruskan kehidupan dalam tempoh yang panjang dan biasanya tidak perlu menjalani apa-apa terapi.

Kit Aquarius® CLL PROFILER Cytocell mampu mengesan keabnormalan sitogenetik pada spesimen sum-sum tulang dan sampel darah periferi daripada para pesakit yang menghidap CLL. Penghapusan ATM dan TP53 merupakan penyusunan semula paling serius yang terlibat dalam CLL dan pengesanan penghapusan gen tersebut memberikan maklumat yang sangat penting bagi pemilihan terapi bagi para pesakit, memandangkan prognosis daripada penghapusan TP53 dan ATM adalah kurang baik.

"Tambahan baharu ini kepada katalog kami menambahkan koleksi prob FISH sedia ada yang meluas bagi leukemia dan memberikan penyelesaian menyeluruh untuk diagnosis CLL," ujar Dr Martin Lawrie, Pengarah Urusan Cytocell. "Pelancaran produk ini menunjukkan tumpuan berterusan kami terhadap rangkaian prob Hematologi kami yang kian berkembang. Kami juga percaya menerusi perkhidmatan prob FISH Tersuai Khusus kami, myProbes, kami dapat menawarkan lebih banyak produk seumpamanya bagi Hematologi yang didorong oleh keperluan klinikal pelanggan kami."

Latar Belakang FISH

Keabnormalan kromosom telah dibuktikan memainkan peranan penting dalam evolusi penyakit bagi beberapa malignansi hematologi. Penghibridan In Situ Berpendarfluor (FISH) menggunakan prob tentuan lokus, yang mampu menentukan perubahan jumlah dan struktur kromosom, dan kini menjadi ujian diagnostik rutin dalam makmal klinikal. Teknik tersebut juga terbukti berkesan dalam mengurus pesakit kanser.

Latar Belakang Cytocell Ltd.

Cytocell merupakan pembangun dan pengeluar Eropah yang menerajui bagi prob FISH yang digunakan dalam sitogenetik rutin dan analisis serta pengelasan Kanser. Kedudukan produk Syarikat ini adalah mantap dalam pasaran Sitogenetik memandangkan Syarikat ini meraikan ulang tahun ke-20 dalam membekalkan produk ke dalam pasaran berkaitan. Baru-baru ini, Syarikat ini telah memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan produk bagi Onkologi dan kini mempunyai katalog bagi kira-kira 350 produk analisis Sitogenetik, Hematologi dan Ketumbuhan Pejal serta membangunkan prob FISH tersuai khusus bagi para pelanggan yang mempunyai minat tertentu terhadap jenama myProbes®. Produk Cytocell boleh didapati menerusi rangkaian pengedar yang mantap, yang meliputi lebih 60 negara di seluruh dunia. Perkhidmatan prob FISH Cytocell kini terbukti sebagai sangat penting bagi para penyelidik dan doktor yang merawat kanser di serata dunia.

Siaran berita Cytocell dan maklumat lain boleh didapati pada laman Web syarikat itu di http://www.cytocell.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Stewart Kennedy,
Pengarah Jualan & Pemasaran
Tel: +44(0)7860-455527

Sumber: Cytocell Ltd

Source: Cytocell Ltd
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries